Home Klik Di Bawah

Ahad, 28 Februari 2016

Resepi - Daging Goreng Berlado

Jika mahu lebih pedas, campurkan bersama sedikit cili padi ke dalam masakan.
hiasan

BAHAN-BAHAN:
500gm daging | direbus empuk dan hiris nipis
*5-6 tangkai cili merah
*4 biji cili kering | direndam dalam air panas
*4 biji bawang merah
*2 ulas bawang putih
*1 inci halia
Sedikit jus asam jawa
Garam dan gula secukupnya

Setiap bahan bertanda * hendaklah ditumbuk kasar.






CARA MEMASAK:
 
1.    Lumur daging yang sudah direbus dengan serbuk kunyit dan gara,. Goreng sehingga garing.
2.    Gunakan minyak yang sama (hanya 3-4 sudu besar), tumis pula bahan tumbuk sehingga pecah minyak.
3.    Kemudian masukkan jus asam jawa dan perasakan dengan sedikit garam dan gula.
4.    Masukkan daging goreng tadi dan gaul rata. Siap!
rasa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan