Home Klik Di Bawah

Sabtu, 26 Mac 2016

Doa elak cabaran yang berat

Tak kira siapa, hidup ini memang penuh dengan cabaran. Tetapi yang kita ingin elakkan adalah cabaran yang tidak mampu ditanggung!

Hidup ini ada cabaran kerana ia adalah lumrah kehidupan sebagai manusia biasa. Allah sengaja menguji hambaNya, sejauh mana kita dapat taat perintahNya walau badai datang menimpa.

Namun, satu yang kita pinta kepadaNya ialah…

“Yaa Allah jangan Engkau timpakan cabaran yang saya tak mampu nak tanggung…”

Cabaran seperti apa?

Seperti ini :

  • Sebelum ini, saya pernah terbaca kisah di akhbar mengenai bayi berumur setahun meninggal kerana tertelan skru. Bayangkanlah jika bayi itu anak kita. Adakah kita mampu menanggung ‘dugaan berat’ itu? Wallahi, saya rasa saya tak mampu.
  • Anak kita dari kecil diasuh dengan baik. Masuk sekolah agama bagai, tapi bila dah besar dia menderhaka dengan kita. Tidak solat. Jadi mat rempit, kemudian ditangkap kerana mengedar dadah, dihukum gantung sampai mati. Cuba bayangkan kemungkinan ini…. sanggupkah kita menghadapinya? Nauzubillahiminzaalik, saya minta Tuhan jauhkan.
  • Kita sekarang sihat walafiat. Jaga makan, kerap bersenam. Tiba-tiba pergi hospital, didiagnosis penyakit sukar nak disembuhkan (kanser tahap 4 contohnya). Doktor kata kita boleh hidup cuma sebulan jer lagi… apa macam?
Kerana itu saya kerap berdoa dengan doa ini…




“Robbana walaa tuhammilnaa maa laa tooqota lanaa bih… Wa’fu anna waghfirlana warhamna…..”
baqarah 286
Maksudnya :
“Yaa Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami sesuatu yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami….”
(Srah Al-Baqarah, 286)

Doa ini pendek & nampak remeh saja. Tapi kalau dihayati, sangat besar maknanya dalam kehidupan kita.

Ayuh saudara saudari. Mari amalkanlah dengan sesungguh hati. Hafal doa ini, fahami maknanya. Bacalah doa dengan penuh penghayatan dan pengharap daripadaNYA.


InsyaAllah Allah yang bersifat ar-Rahman akan jauhkan kita dari semua bala bencana dan dugaan yang tak mampu kita tanggung. Allahumma Amiin.


pakar how to

Tiada ulasan:

Catat Ulasan