Setiap gambar mempunyai kisahnya tersendiri.
Sempena ulang tahun World Press Photo ke 59, sebanyak 82,951 foto telah
dipilih sebagai dinobatkan World Press Photo Of The Year 2016.
5775 jurugambar pelbagai syarikat penyiaran dan agensi akhbar dari 128
negara telah menyertai pertandingan paling berprestij ini demi
mengangkat martabat disebalik setiap foto yang diambil mereka.
Keputusan telah diumumkan pada 18 Februari yang lalu dan setiap pemenang
akan dinobatkan pada Hari Anugerah Tahunan World Press Photo 2016 yang
berlangsung di Amsterdam pada penghujung April ini.
The World Press Photo Contest telah bermula sejak tahun 1955 bertujuan
mengangkat setiap usaha jurugambar di dalam bidang kewartawanan. Segala
usaha mereka mendapatkan foto yang bakal mendapat perhatian akan
diletakkan sebagai foto tahunan terbaik yang dihasilkan oleh wartawan
pada tahun itu.
Di bawah adalah 12 foto yang telah memenangi foto terbaik World Press Photo 2016.
1. Tempat pertama World Press Photo of the year 2016 adalah foto seorang
lelaki menyorongkan bayi melalui pagar kawat di sempadan Hungary-Serbia
di Rszke, Hungary pada 28 Ogos tahun lalu.
Foto ini diambil oleh jurugambar wartawan dari Australia, Warren Richardson.
2. Tempat kedua bagi kategori foto berita terkini telah dicetuskan oleh
jurugambar dari Perancis, Corentin Fohlen. Foto menunjukkan sebuah
demonstrasi menentang keganasan di Paris. Demonstrasi tercetus kerana
berlakunya serangan di sekitar le-de-France. Sebanyak lima siri serangan
berlaku di bandar Paris yang bermula di ibu pejabat akhbar satira
Charlie Hebdo.
3. Bagi tempat pertama World Press Photo untuk kategori Isu
Semasa/tempat pula didominasi oleh wartawan China dari akhbar Tianjin
Daily, Zhang Lei.
Dalam foto tersebut menunjukkan keadaan sebuah bandar di Utara China yang diselebungi jerebu.
4. Tempat kedua kategori Ius Semasa dimenangi oleh jurugambar dari USA,
Adriane Ohanasian. Seorang kanak-kanak berusia 7 tahun telah terbakar
badannya akibat dari serangan bom dari pesawat Antonov milik kerajaan
Sudan. Kejadian tersebut berlaku di kawasan ruamhnya keluarganya di
Burgu, Darfur Tengah, Sudan.
5. Tempat Pertama bagi kategori kehidupan harian dimenangi jurugambar
dari Kanda, Kevin Frayer. Foto menunjukkan keadaan para pekerja China
menarik basikal roda tiga di kejiranan bersebalahan loji kuasa
berasaskan arang di Shanxi, China.
6. Manakala di tempat kedua bagi kategori sama(kehidupan harian) adalah
sebuah foto kanak-kanak puak asli Munduruku children bermain di sungai
Tapajos di petempatan puak di Sawre Muybu, Itaituba, Brazil. Foto oleh
Mauricio Lima, Brazil / Al Jazeera America.
7. Seorang doktor menyapu salap pada kesan terbakar di tubuh Jacob,
tentera Islamic State berusia 16 tahun, di hadapan poster Abdullah
Ocalan, pemimpin Parti Buruh Kurdistan yang dipenjara, di perkarangan
hospital Y.P.G. di pinggir Hasaka, Syria. Foto oleh Mauricio Lima,
Brazil / The New York Times. Kategori: Berita umum, tempat pertama.
8. Pelarian meredah kegelapan di Eropah untuk mengelak dari dikesan di
Lesbos, Greece. Foto oleh Paul Hansen, Sweden / Dagens Nyheter.
Kategori: Berita umum, tempat kedua.
9. Siri foto menampilkan para wanita yang telah diperkosa atau diserang
secara seksual ketika berkhidmat dalam US Armed Forces. Kategori: Projek
jangka panjang, cerita tempat pertama.
10. 'Tsunami awan' gergasi muncul menaungi Sydney sambil seorang
pengunjung asyik membaca tanpa menyedari awan yang menghampiri di Pantai
Bondi. Foto oleh Rohan Kelly, Australia
11. Seorang kanak-kanak perempuan dilitupi baju hujan sementara beratur
menunggu giliran mendaftar di kem pelarian Preevo, Serbia. Kategori:
Manusia, tempat pertama
12. Peserta Czech Republic Ondrej Bank terjatuh ketika perlumbaan
menuruni Alpine Combined pada FIS World Championships di Beaver Creek,
Colorado, USA. Foto oleh Christian Walgram, Austria / GEPA pictures.
Kategori: Sukan, tempat pertama. -HarianBlogger.Com
Rujukan Tambahan: AstroAwani
pen patah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan