ALLAH SWT menciptakan
bumi ini dengan begitu indahnya. Bumi ini tidak hanya diisi dengan tanah
yang rata, yang hanya boleh digunakan untuk membuat bangunan bagi
tempat tinggal manusia. Tapi, ada pula gunung-gunung yang dipenuhi
pokok-pokok sebagai tempat tinggal haiwan-haiwan tertentu.
Allah SWT menciptakan
gunung-gunung sebagai paku bumi. Seperti layaknya paku, suatu benda
berbahan kayu yang ditampal di dinding tidak akan bertahan lama jika
tidak dipaku dengan baik. Begitu pula bumi. Jika pakunya sudah rosak,
maka dapat dikatakan bumi ini pun tidak akan bertahan lama. Inilah yang
akan terjadi di akhir zaman.
Rasulullah ﷺ sudah
mewartakan bahawa salah satu tanda kiamat adalah lenyapnya gunung-gunung
dari tempatnya. Baik kerana lenyap dengan sendirinya akibat ditelan
bumi, tanah runtuh dan lain sebagainya. Maupun karena ulah manusia
akibat pembangunan sehingga merobohkan gunung seperti yang teradi
sekarang ini di beberapa negara.
Samurah RA meriwayatkan
bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, "Hari kiamat tidak akan terjadi sehingga
gunung-gunung lenyap dari tempatnya, lalu kalian menyaksikan
kejadian-kejadian besar yang belum pernah kamu saksikan sebelumnya,"
(HR. Thabrani)
sumber islampos.com / detik islam
Assalamualaikum...
BalasPadamDah banyak bukit juga yang tinggi2 puncaknya diratakan...bersiap sedia sahaja...semoga kita berpeluang beramal soleh lagi...