Si kecil menendang dan mengamuk!
Kemudian melemparkan barangan ke lantai kedai kerana anda tidak mahu
membelikan apa yang diinginkan. Malunya rasa bila anak buat perangai
macam tu depan orang ramai.
Apa harus buat apabila berhadapan situasi ini?
JANGAN LAKUKAN:
1. Memberi alasan atau penjelasan panjang lebar kepada si kecil
yang sedang mengamuk. Dia yang sedang marah tidak akan mendengar
kata-kata pujukan.
2. Jangan cepat naik angin dengan kelakuan anak. Ia akan membuatkan anak takut dan seterusnya mencontohi kelakuan anda.
3. Jangan terlalu mengikut kemahuannya kerana ia hanya akan
membiasakan si kecil mengamuk apabila kehendaknya tidak dituruti.
4. Jangan berjanji akan memberi ganjaran lain jika dia tidak
mengamuk. Ia akan membuatkan si anak terbiasa mendapat ganjaran apabila
keinginannya tidak dipenuhi.
PATUT BUAT:
1. Bertenang menghadapi sikap anak yang sedang mengamuk. Usah hiraukan pandangan orang lain.
2. Dukung anak apabila perlu untuk mengelakkan dia daripada terus merosakkan barang di sekitarnya.
3. Tinggalkan segera kedai tersebut apabila si kecil masih mengamuk.
4. Apabila anak sudah kembali tenang, jelaskan kepadanya bahawa
anda akan keluar daripada kedai tersebut jika dia terus mengamuk.
majalah pamas
Tiada ulasan:
Catat Ulasan