Home Klik Di Bawah

Selasa, 12 April 2016

Balasan untuk orang yang memutuskan Silaturahim


Allah S.W.T mengutuk dan melaknat bagi orang yang memutuskan silaturrahim serta tidak akan dimasukkan ke dalam syurga, sebagaimana hadis Rasulullah S.A.W maksudnya :

Dari Al-Zuhri bahawa Rasulullah S.A.W bersabda : "Tidak akan masuk Syurga bagi yang memutuskan silaturahim". (Hadis Riwayat Al-Imam Muslim)

Silaturahim adalah kunci terbukanya rahmat dan pertolongan Allah S.W.T. Dengan terhubungnya silaturahim, maka ukhuwah Islamiyah akan terjalin dengan baik di antara sesama muslim.

Rasulullah S.A.W. bersabda: Rahim (tali persaudaraan) itu digantungkan pada Arsy, ia berkata: "Barang siapa yang menyambungku (berbuat baik kepada kerabat), maka Allah akan menyambungnya dan barang siapa yang memutuskan aku, maka Allah pun akan memutuskannya." (Hadis Shahih Riwayat Muslim) 
 


Tahukah kalian apakah sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan ataupun keburukan?

Nabi S.A.W bersabda maksudnya, "Sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan adalah pahala orang yang berbuat kebaikan dan menghubungkan tali silaturrahim, sedangkan yang paling cepat mendatangkan keburukan ialah siksaan bagi orang yang berbuat jahat dan yang memutuskan tali persaudaraan" (HR. Ibnu Majah).

Silaturahim tidak sekadar bersentuhan tangan atau memohon maaf sahaja. Ada sesuatu yang lebih hakiki dari itu semua, yaitu aspek mental dan keluasan hati.apabila kita bersilaturahim jangan pula kita memilih-milih siapakah yang layak kita mengikat silaturrahim.

Rasulullah S.A.W bersabda, "Yang disebut bersilaturrahim itu bukanlah seseorang yang membalas kunjungan atau pemberian, melainkan bersilaturahim itu ialah menyambungkan apa yang telah putus" (Hadis Riwayat Bukhari).

Rasulullah S.A.W pernah memberikan nasihat kepada para sahabat, "Hendaklah kalian mengharapkan kemuliaan dari Allah". Para sahabat pun bertanya, "Apakah yang dimaksud itu, ya Rasulullah?" Baginda kemudian bersabda lagi, "Hendaklah kalian suka menghubungkan tali silaturrahim kepada orang yang telah memutuskannya, memberi sesuatu (hadiah) kepada orang yang tidak pernah memberi sesuatu kepada kalian, dan hendaklah kalian bersabar (jangan lekas marah) kepada orang yang menganggap kalian bodoh" (HR. Hakim).

Dalam hadis lain dikisahkan pula, "Mahukah kalian aku tunjukkan amal yang lebih besar pahalanya daripada solat dan puasa?" tanya Rasulullah S.A.W kepada para sahabat. "Tentu saja," jawab mereka. Baginda kemudian menjelaskan, "Engkau damaikan yang bertengkar, menyambungkan persaudaraan yang terputus, mempertemukan kembali saudara-saudara yang terpisah, menjambatani berbagai kelompok dalam Islam, dan mengukuhkan tali persaudaraan di antara mereka adalah amal soleh yang besar pahalanya. Barangsiapa yang ingin dipanjangkan umurnya dan diluaskan rezekinya, hendaklah ia menyambungkan tali silaturahim." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Oleh itu jauhilah permusuhan, pertengkaran dan hasad dengki sesama kita kerana semua amalan buruk ini akan menyebabkan terputusnya hubungan silaturrahim yang sangat di benci oleh Allah S.W.T. Mereka yang menyambungkan silaturahim akan di muliakan Allah S.W.T dan sentiasa mendapat rahmat-Nya di dunia dan akhirat.

Wallahu ‘alam.
viralla.blogspot.

3 ulasan:

  1. Assalamualaikum....bagus pesanan dan peringatan sebegini....

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum... bagus betul peringatan ini

    BalasPadam
  3. Saya kecewa dan hancur hati apabila suami saya meminta cerai. Kemudian saya menghubungi Dr DAWN, selepas saya melihat banyak kesaksian tentang bagaimana Dr DAWN membantu ramai orang memulihkan keamanan dalam perkahwinan dan hubungan mereka,
    Saya juga melihat bagaimana dia merawat penyakit yang berbeza dan membantu beberapa orang untuk merawat kemandulan, dan saya memutuskan untuk menghubunginya untuk mendapatkan bantuan,
    Dia berjanji untuk membantu apabila selepas saya menjelaskan segala-galanya kepadanya, saya menyediakan semua yang dia minta dan dia melakukan kerja dia, kini suami saya sangat menyayangi saya dan dia melayan saya dengan Care. Rumah saya begitu damai dan penuh dengan kebahagiaan, terima kasih kepada Dr DAWN,

    Hubungi dia jika anda sedang menghadapi sebarang masalah. WhatsApp dia: +2349046229159
    E-mel: dawnacuna314@gmail.com

    BalasPadam