Home Klik Di Bawah

Khamis, 14 April 2016

Resepi Apam Susu Milo Mudah dan Cepat


Resepi Apam Susu Milo Mudah dan Cepat -002 
 Resepi Apam Susu Milo mudah sahaja. Tak perlu bakar, hanya perlu kukus. Dan tak ada planta atau magerin yang digunakan. Sangat simple.
Saya hanya menggunakan mesin pengisar untuk mix kesemua bahan-bahan. Tak perlu mixer. Sebab tak ada mixer. hehe..
Resepi asal hanya resepi biasa dengan pewarna. Tapi saya olah letak milo sebab dah niat nak kongsi apam susu ni dengan Umar yang suka sangat cokelat. Tapi cokelat setoet je hahaha..

Resepi Apam Susu Milo Mudah dan Cepat

Bahan-bahan:
  • 4 biji telur gred B 
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu besar ovalate
  • 1 cawan gula pasir
  • 4 sudu besar susu pekat
  • 2 cawan tpung gandum (diayak)
  • 6 sudu besar Milo + 4 sudu besar Milo = 10
  • Pewarna hijau (ikut kesukaan)
Cara-cara:


  1. Gunakan blender , campur kesemua telur,esen vanila, ovalate, gula dan susu pekat dan blend sehingga halus dan kembang. Tuangkan ke dalam bekas.
  2. Masukan tepung dan gaul secara kauk balik sehingga rata.
  3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan warnakan 1 bahagian kepada warna hijau, dan satu lagi bahagian masukkan 4 sudu besar Milo.
  4. Ambil loyang dan jangan lupa untuk sapu majerin pada bahagian bawah dan tepi loyang, untuk mengelakkan ia melekat.
  5. Masuk adunan hijau separuh, kemudian masukkan kesemua adunan yang ditambah Milo.
  6. Kemudian taburkan 6 sudu Milo dan seterusnya kesemua adunan hijau yang masih berbaki separuh tadi ke dalam loyang.
    Resepi Apam Susu Milo Mudah dan Cepat -002
  7. Gunakan cover plastik untuk tutup bahagian permukaan loyang untuk elak air wap menitik atas kek.
  8. Panaskan pengukus, dan kukus selama 45 minit – 1 jam. Sebelum angkat cucuk dulu dengan lidi, kalau ada adunan melekat pada lidi maknanya belum masa. Biar sehingga masak. 🙂
Resepi Apam Susu Milo Mudah dan Cepat -002
Amacam? mudah tak?
 http://norfanil.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan