Home Klik Di Bawah

Jumaat, 13 Mei 2016

Resepi Kek Oren yang Moist

Sempena bulan May ini, kami kongsikan beberapa resepi yang sesuai untuk menambat hati ibu anda. Resepi untuk entri kali ini adalah resepi kek oren yang mudah dan moist.

Resepi Kek Oren yang Moist


 
 

Bahan-bahan
1 bar butter
1 cawan gula castor/halus
4 biji telur
1 cawan susu segar
2 cawan tepung gandum
1 camca teh baking powder
1 camca teh esen vanilla
2 sudu pati oren (jenama double lion)
sedikit parutan kulit oren (1 biji oren sunkist)

Cara membuatnya
pukul butter dan gula menggunakan mixer.
masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga kembang.
masukkan tepung gandum dan baking powder yang telah diayak sedikit demi sedikit dan kaup  
menggunakan senduk kayu sahaja.(jgn gunakan mixer).
masukkan esen vanilla, pati oren dan parutan kulit oren dan kaup.
masukkan susu segar dan kaup lagi.
setelah adunan sebati, masukkan adunan ke dalam loyang yg telah disapu dengan butter.
bakar adunan dengan suhu 180c selama 40 minit.

Selamat Mencuba!!!
http://koleksi-resepi-online.blogspot.my/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan