Ikan bilis sering dijadikan sebagai perisa tambahan dalam hidangan goreng, sup, bubur dan sayur-sayuran. Lagi sedap jika digoreng garing dan rangup dimakan begitu sahaja seperti makan keropok.
Kenapa Ikan Bilis Cepat Liat Dan Kenyal?
Biasanya, selepas ikan bilis digoreng, cepat saja dah lemau dan liat. Bukannya lama pun kita hidangkan di luar.Kenapa boleh jadi begini ya?
Ini kerana ikan bilis tersebut tidak digoreng sempurna dan masih mengandungi air di dalamnya.
Antara kesilapan yang selalu dilakukan ialah membasuh atau merendam ikan bilis dan tidak memastikannya benar-benar kering sebelum digoreng. Lihat lagi tips di bawah untuk mengelakkan ikan bilis daripada menjadi liat.
6 Petua Goreng Ikan Bilis Yang Betul. ‘Confirm’ Garing & Rangup!
1. Pilih Ikan Bilis Berkualiti
Lebih terang warna ikan bilis, lebih sedap dan kualitinya2. Keringkan Sepenuhnya
Jika rendam ikan bilis, pastikan ia benar-benar sudah kering sebelum dimasak3. Tunggu Minyak Betul-betul Panas
Jika menggoreng ikan bilis, pastikan minyak sudah panas sepenuhnya4. Kawal Api
Apabila menggoreng, perlahankan api untuk elak ikan bilis cepat hangus5. Simpan Dalam Bekas Kedap Udara
Masukkan ikan bilis yang sudah digoreng dalam bekas kedap udara. Tutup bekas dengan segera untuk elak ikan bilis dimasuki angin dan kurang rangup.6. Jauhkan Kelembapan
Elak guna sudu yang basah sewaktu mengambil ikan bilis kerana ia boleh mengurangkan kerangupan ikan bilisCara Dapatkan Ikan Bilis Garing Dan Rangup Menggunakan ‘Oven’
Selain mengamalkan petua goreng ikan bilis yang betul, anda juga boleh menggunakan ketuhar untuk mendapatkan hasil yang sama rangupnya.Untuk mengetahui lebih lanjut, rujuk langkah di bawah!
- Tuang sedikit minyak masak pada ikan bilis dan bakar dalam microwave oven. Tetapkan masa selama 1 minit. Jika masih belum garing, naikkan masa kepada 20 hingga 30 saat sehingga ikan bilis garing.
- Jika anda tidak suka pada rasa masin ikan bilis, rendam dulu ikan bilis dan cuci hingga bersih. Keringkan selama sejam sebelum dimasukkan dalam oven. Panaskan oven pada suhu 180 darjah selama 10 hingga 15 minit dan masukkan ikan bilis. Bakar hingga ikan bilis bertukar warna perang.
Amalkan Selalu!
Ikan bilis yang digunakan harus berkualiti tinggi. Untuk sedapkan lagi, goreng ikan bilis bersama bawang putih. Boleh juga dicampurkan bersama sambal.Kalau ianya digoreng sempurna dan dibakar hingga cukup garing, biasanya boleh bertahan lama hingga enam bulan!
Makan dengan nasi putih & sambal tumis pun dah cukup ‘layan’!
siraplimau
Tiada ulasan:
Catat Ulasan