KITA TAHU TAPI…
Imam Ibnul Qayyim
Rahimahullah pernah mengisahkan, seorang anak perempuan meninggal kerana
taun, kemudian ayahnya melihatnya di dlm mimpi, maka ayahnya berkata
kpdnya, “Wahai anakku kabarkan kpdku tentang akhirat!”
Anak perempuan itu
menjawab, “Kami telah melewati perkara yg sangat besar, dan sesungguhnya
kita telah mengetahui, tetapi kita tidak mengamalkannya. Demi Allah,
sesungguhnya satu ucapan tasbih atau satu rakaat solat yg tertulis dlm
lembaran amalku lebih aku sukai drp dunia dan seluruh isinya..”
Berkata Ibnul Qayyim,
“Anak perempuan itu telah mengatakan perkataan yg dlm maknanya
(sesungguhnya kita telah mengetahui, tetapi kita tidak mengamalkan),
akan tetapi banyak di antara kita yg tidak memahami maknanya..”
“Kita mengetahui, bahwa
ucapan Subhaanallaahi wa bihamdihi sebanyak 100 kali dlm sehari akan
menghapuskan dosa-dosa kita walaupun dosa kita sebanyak buih di lautan.
Akan tetapi sayang, berapa banyak hari yg kita lalui tanpa
mengucapkannya sedikit pun.”
“Kita mengetahui, bahawa
pahala dua rakaat Dhuha setara dgn pahala 360 sedekah. Akan tetapi
sayang, hari berganti hari tanpa kita melakukannya.”
“Kita mengetahui, bahawa
orang yg berpuasa sunnah kerana Allah satu hari sahaja, akan dijauhkan
wajahnya drp api neraka sejauh 70 musim atau 70 tahun perjalanan. Tapi
sayang, kita tidak sanggup menahan lapar.”
“Kita mengetahui, bahawa
siapa yg menziarahi orang yg sakit akan diikuti oleh 70 ribu malaikat
yg memohon keampunan utknya. Tetapi sayang, kita belum juga menziarahi
seorang pun yg sakit di bandar ini.”
“Kita mengetahui, bahawa
sesiapa yg membantu membangunkan masjid kerana Allah walaupun hanya
sebesar sarang burung, akan dibangunkan utknya sebuah rumah di syurga.
Tetapi sayang, kita tidak tergerak utk membantu pembangunan masjid
walaupun hanya dgn beberapa ringgit.”
“Kita mengetahui, bahawa
sesiapa yg membantu janda dan anak yatimnya, pahalanya seperti berjihad
di jalan Allah atau seperti orang yg berpuasa sepanjang hari tanpa
berbuka atau orang yg solat sepanjang malam tanpa tidur. Tetapi sayang,
sampai saat ini kita tidak berniat utk membantu seorang pun janda dan
anak yatim.”
*Kita mengetahui, bahawa
orang yg membaca satu huruf dari Al-Quran, baginya sepuluh kebaikan dan
satu kebaikan akan dilipat gandakan sepuluh kali. Tetapi sayang, kita
tidak pernah meluangkan waktu membaca Al-Quran dlm jadual harian kita.”
“Kita mengetahui, bahawa
haji yg mabrur, tidak ada pahala baginya kecuali syurga dan akan
diampuni dosa-dosanya sehingga kembali suci seperti saat dilahirkan oleh
ibunya. Tetapi sayang, kita tidak bersemangat utk menunaikannya,
padahal kita mampu utk menunaikannya.”
“Kita mengetahui, bahawa
orang mukmin yg paling mulia adalah yg paling banyak mendirikan solat
malam dan bahawasanya Rasulullah SAW dan para shahabatnya tidak pernah
meninggalkan solat malam di tengah kesibukan dan jihad mereka. Tetapi
sayang, kita terlalu meremehkan solat malam.”
“Kita mengetahui, bahawa
hari kiamat itu pasti terjadi tanpa ada keraguan dan pada hari itu
Allah akan membangkitkan semua yg ada di dlm kubur. Tetapi sayang, kita
tidak pernah mempersiapkan diri utk hari itu.”
“Kita sering menyaksikan
orang-orang yg meninggal dunia mendahului kita. Tetapi sayang, kita
selalu larut dan lalai dgn senda gurau dan permainan dunia seakan kita
mendapat jaminan hidup selamanya di dunia dan tidak akan pernah menyusul
pemergian mereka.”
Wahai saudaraku yg di
rahmati Allah, semoga kita segera merubah keadaan kita mulai detik ini
dan mempersiapkan datangnya hari perhitungan yg pasti akan kita hadapi.
Hari di mana kita dipertanggungjawabkan di atas setiap perbuatan kita di dunia.
Hari ketika lisan kita dikunci, sedangkan mata, kaki dan tangan kita yg menjadi saksi.
Dan pada hari itu,
setiap orang akan lari drp saudaranya, ibu dan bapanya, teman-teman dan
anaknya, kerana pada hari itu setiap orang akan disibukkan dgn urusannya
masing-masing.
Saya telah mengirimkan nasihat ini kpd orang yg saya cintai kerana Allah, maka kirimkanlah nasihat ini kpd orang yg kamu cintai.
sumber https://peribadirasulullah.wordpress.com/ / detik islam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan