Home Klik Di Bawah

Selasa, 1 November 2011

PENDAPATAN Selangor Bertambah Sebab Tiada ‘PENYAMUN’ Di tengah Jalan – Khalid Samad

Oleh  


PONTIAN – Ir. Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam menyifatkan pihak yang telah mengambil kesempatan semasa diberi peluang mengurus tadbir negeri Selangor sebelum ini sebagai ‘penyamun’.

Beliau menegaskan perkara ini bila memperlihatkan diawal pemerintahan Pakatan Rakyat di negeri jolokan’lubuk emas’ itu, dianggarkan pendapatannya tidak sampai satu billion namun setelah tiga tahun berlalu, ia terus meningkat lebih dari angka yang diperolehi sebelumnya.

”Pendapatan Selangor bertambah. Mula tadbir, pendapatan tak sampai 1 billion. Lepas tiga tahun meningkat hingga 1600 juta.

”sebab apa bertambah? (kerana) tak ada penyamun di tengah jalan!” jelasnya lagi.
Beliau berkata demikian pada majlis ceramahnya di Dun Benut, dekat sini, baru-baru ini.

Menurut beliau lagi Selangor telah membuktikan disebalik pertambahan perolehannya adalah kerana setelah didapati urus tadbirnya yang cekap, beramanah dan bertanggung jawab.

Sebagai contoh katanya, Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim telah menamatkan satu perjanjian dengan sebuah Kosortium antarabangsa yang diberi pajakan tanah hutan dara yang melibatkan 5000 ekar dalam tempoh 60 tahun yang disifatkannya tidak memberi pulangan yang baik.

Namun tindakan itu, telah berjaya membuktikan bahawa simpanan dan pendapatan Selangor terus meningkat dari semasa ke semasa bahkan boleh memberi imbuhan kepada rakyat melalui program-program kebajikannya.

”Program bantu rakyat berterusan. Bukan macam BN. Kat Pilihan raya baru nak bagi. Itupun one off.
”Sebaliknya Selangor, bila pertama sekali memerintah bagi 20 meter padu percuma. Bayangkan satu lori tangki Petronas datang kat rumah kita. Kita terpaksa membelanjakan 150 juta setahun bagi tujuan itu.

”Tabung Warisan Selangor. Tarikh 1/1/2008 setiap kelahiran, kerajaan buka tabung dengan nilai RM 100.00. Bila capai umur 18 tahun, setiap orang ada simpanan paling kurang RM 1500.00” terangnya lagi.

Sementara itu, Khalid turut menempelak ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional yang berang dengan penarikan balik elaun yang mereka sifatkan sebagai hipokrit kerana Selangor memberi imbuhan yang sama kepada Ahli Dewan Undangan Negerinya.

Akhbar sebelum ini melaporkan kerajaan menarik balik cadangan kenaikan elaun Ahli-ahli Parlimen sebanyak 30 juta yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2012 menyebabkan perkara ini digugurkan daripada bajet tersebut.

Katanya lagi, Pakatan Rakyat tidak menyetujui cadangan itu setelah melihatkan hutang terlampau tinggi dan ia akan bertambah jika dinaikkan elaun para Ahli Parlimen.

Tambahan pula, pembentangan Belanjawan negeri Selangor dikatakan seimbang kerana tidak memiliki hutang dan tiadanya pemborosan dalam soal mengurus tadbir kewangannya.

Sementelahan ujarnya, jika mahu dibandingkan prestasi antara Ahli Parlimen BN dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di Selangor jauh lebih baik.

”BN tak boleh lawan Pakatan Rakyat. Prestasi lawan prestasilah. Bajet lawan bajet lah. (janganlah) hingga sanggup buat fitnah” ujarnya lagi.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas fitnah kononnya anak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah mencabul seorang remaja perempuan baru-baru ini.

Hadir sama Hj. Raden Sarobo Pono, Yang Dipertua PAS Pontian, Ustaz Atan Gombang, Pengelola Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Benut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan