Home Klik Di Bawah

Selasa, 1 November 2011

Sudah Dua Kali Mohon Tapi senyap

Oleh 

PONTIAN- ”Abang saya sudah dua kali buat permohonan baiki jalan tapi senyap sahaja” demikian luahan Mohd. Nizam Yahya, 42 kepada SO di sini.

Menurutnya lagi, lorong Mohd. Yusof di Pekan Sanglang yang berusia 30 tahun itu dianggapnya sudah terlalu dhaif kerana jalan sepanjang 300 meter itu dilihat banyak yang berlobang.

Hal ini katanya berpunca daripada sistem perparitan yang tidak diurus dengan baik hingga menyebabkan permukaan jalan menjadi lecak dan berlopak apabila hari hujan.
Disamping itu laluan ini turut digunakan lori satu tan mengangkut keluar hasil tanaman dan kenderaan keluar masuk untuk menjalani rutin harian penduduk di situ.

”Memang susah nak keluarkan sawit, nak bergerak hantar anak ke sekolah dan masjid. Kadang-kadang budak kecil naik basikal jatuh kerana langgar lopak, keretapun tersembam selalu.” ujarnya.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PAS Cawangan Sanglang bersama sepuluh ahlinya turun padang membantu bagi meringankan bebanan penduduk di situ.

Sejumlah dua buah lori 4 tan berisi batu-batu kasar telah disumbangkan bagi kerja-kerja menampal lubang-lubang dibuat secara bergotong royong.

Menurut Ketuanya, Tn. Hj. Abdul Ghani berkata tahun ini sahaja 4 program Kebajikan telah dilakukannya bagi melaksanakan amanah yang dipikul tanpa mengira aliran pemikiran politik kepartian.

Disamping itu, pihaknya berharap dengan sumbangan itu membuka minda masyarakat untuk melakukan perbandingan antara PAS dan UMNO berhubung soal kebajikan.

Hal ini katanya, UMNO selama ini menuduh PAS mencedok ideanya disebalik slogan Negara Berkebajikan terbukti bahawa PAS belum memerintah lagi sudah mampu menyalurkan bantuan ikut kadar yang munasabah.
”Hal ini kita buat dengan harapan rakyat dapat membuat perbandingan antara kedua-dua parti.” jelasnya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan