Home Klik Di Bawah

Jumaat, 6 Januari 2012

Cemerlang Dalam Pelajaran Tak Semestinya Berjaya Dalam Hidup

Sebagai ibu bapa kita selalu mengharapkan anak-anak kita menjadi insan yang cemerlang di dalam pelajaran. Menjadi anak-anak yang berjaya menjejakkan kaki ke menara gading dan seterusnya mempunyai kerjaya yang bagus. Kita semua berusaha ke arah itu. Kita juga masih meletakkan agama sebagai asas utama selain kejayaan dalam pelajaran. Ilmu agama yang bakal menjadi pembimbing anak-anak dalam mengharungi kejayaan di masa depannya. Sebagai ibu bapa kita juga telah melakukannya sebaik mungkin

Realiti kehidupan tidaklah sama seperti apa yang kita mimpikan. Suatu hari semasa kita kecil mungkin kita pernah meletakkan satu impian yang tinggi. Bekerja bagus, mempunyai kereta besar, rumah besar dan mempunyai wang yang banyak. Menjadi pendorong untuk kita belajar dengan lebih bagus. Pada masa yang sama dorongan ibu bapa juga perlu supaya anak-anak berada dilandasan yang betul dalam menuju cita-citanya.

Dewasa ini terlalu banyak cerita-cerita suka yang dipengakhirannya membawa khabar duka. Bagaimana anak-anak yang cemerlang atau genius kehilangan hidup sebenar mereka. Menumpukan pada pelajaran yang keterlaluan dan meninggalkan fasa kehidupan yang sepatutnya mereka lalui. Penekanan ibu bapa terhadap kecemerlangan anak-anak ada ketikanya sehinggakan mengabaikan dunia kanak-kanak yang sepatutnya mereka lalui. Tiada keseimbangan terhadap hidup yang mereka lalui. Lama-kelamaan anak-anak ini akan memberontak tanpa kita sedari.

Mengambil iktibar dari cerita terdahulu. Pelajar genius Malaysia Sufiah Yusuf. Ibunya Halimahton berasal dari Muar, bapanyaYusof Farooq berasal dari Pakistan. Pada usia 13 tahun telah melayakkan diri untuk masuk ke Universiti Oxford kerana kepintarannya dalam Matematik. Cerita duka di pengakhirannya membuatkan kita semua terkedu. Memilih untuk menjadi pelacur sedangkan Allah (s.w.t) telah mengurniakan kecerdikan kepadanya.

Siapa tidak mengenali Adi Putra, kanak-kanak genius matematik seperti juga Sufiah. Allah (s.w.t) telah juga mengurniakan kepintaran kepadanya. Di harap suatu hari nanti bila dewasa dia akan tetap cemerlang. Cemerlang dunia dan akhirat. Pada pandangan peribadi, mungkin Adi Putra genius tetapi sepatutnya dia mengambil peperiksaan seperti anak-anak lain. Mungkin dia boleh sahaja melompat kelas. Mengambil masa yang pendek atau shortcut untuk menghabiskan peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. Adalah lebih baik. Genius yang di buktikan dengan kebolehan. Mungkin dia genius matematik tetapi bidang-bidang lain yang memerlukan juga pertimbangan dan pergaulan rakan sebaya juga adalah perlu. Adi Putra boleh dilawati di sini.
Allah memberi kepada sesiapa yang dikehendakinya tetapi tidak mustahil Dia juga boleh menarik pada bila-bila masa juga rahmatnya. Semoga mereka menjadi orang-orang yang bersyukur.

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary antara insan yang berjaya di dalam hidup kerana kegigihannya. Tidak dilahirkan sebagai genius tetapi berkat tidak kenal putus asa dia menjadi ahli perniagaan yang berjaya hanya dengan SPM. Berkat kegigihannya beliau menjadi antara orang terkaya di Malaysia dengan berada di tangga ke-7. Seorang usahawan yang tidak melupakan sisi-sisi lain dalam hidupnya dengan tertubuhnya Yayasan Al-Bukhary. Beliau juga tidak lokek untuk menaja penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk menunaikan haji. 

Pilihan di tangan kita sebagai ibu bapa. Membentuk anak-anak menjadi yang terbaik. Kira mencorakkan mereka. Setiap ibu bapa mengharapkan anak-anak menjadi yang terbaik tetapi kita juga perlu seimbangankan kehidupan anak-anak. Berjaya dalam pelajaran bukanlah jaminan untuk berjaya di dalam hidup. Bimbingan, dorongan dan menjadi contoh yang baik pada anak-anak adalah yang terbaik supaya mereka dapat membina sahsiah yang positif. Hidup dalam kesederhanaan dalam mengejar kehidupan dunia dan mendapat keberkatan akhirat.

juneaina

Tiada ulasan:

Catat Ulasan