Home Klik Di Bawah

Jumaat, 6 Januari 2012

Mari Kenali Masjid Tertua Di Negara Ini

Salam Jumaat.

Kami memang memasukkan agenda lawatan ke Masjid Kampung Laut dalam agenda jalan-jalan kami. Ia terletak di pertengahan jalan pulang kami dari Kota Bharu ke rumah ANYSS di Ketereh. ANYSS juga telah menulis entri tentang Masjid ini minggu lepas: Masjid Kampung Laut



Info copy paste dari sana:

Masjid Kampung Laut terletak di Nilam Puri berhadapan dengan Universiti Malaya,
kampus cawangan Kelantan, iaitu 20 km dari pusat bandar Kota Bharu.
Usia masjid Kampung Laut ini dipercayai melebihi 300 tahun
turut dikaitkan kedatangan Islam di Kepulauan Nusantara abad ke-17 Masihi
Ia diiktiraf sebagai masjid tertua di negara ini dan
antara masjid paling “bersejarah” di Asia Tenggara,
seangkatan dengan masjid Nat Tanjung dan masjid Wadi Hussin di Thailand,
Masjid Demak di Jawa, Indonesia dan Masjid Kono (Champa, Kemboja).


Struktur asal hanya empat tiang yang menyangga bumbung tiga tingkat
diperbuat daripada daun rumbia dengan keluasannya hanya 400 kaki persegi sahaja
akhir abad ke-19, diperbesarkan
untuk bilik sembahyang tambahan, peran, serambi, dan menara
20 batang tiang dibina menyangga binaan tambahan
yang guna teknik ‘Tebuk-Pasak’ yang amat unik, tanpa sepucuk paku sekalipun
Atap daun rumbia kemudiannya digantikan dengan atap genting.




Masjid ini asalnya berada di lokasi Kampung Laut, di tebing sungai,
sering dilanda oleh banjir seperti banjir besar di Kelantan pada tahun 1926
arwah Tok Ayah dan Wa selalu cerita pasal “Bah Air Merah” ni
banjir yang teruk pada tahun 1966 telah menghanyutkan sebahagian masjid itu,
Persatuan Sejarah Malaysia mencadangkan untuk pindahkan masjid ini
Pada tahun 1968, masjid itu dibuka dan dipasang semula di tempat yang ada sekarang.



Mimbar, snap dari tingkap rendah yang terbuka.

Kami berpeluang bersolat (jamak) di sini. Cuaca redup dan suasana sekeliling memberikan suatu perasaan sepi dan syahdu yang berbeza. Berjalan berkeliling meninjau sebanyak sudut yang boleh, sungguh memuaskan hati.



Suasana persekitaran begitu sejuk dingin dan sunyi walaupun masjid ini terletak di tepi jalan besar.

Suatu lawatan yang berbeza.

azieazah-aa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan