Home Klik Di Bawah

Ahad, 22 Januari 2012

Fakta: Asia Pengguna Internet Paling Ramai

Asia pengguna internet paling ramai

Sepanjang tahun 2011 dianggarkan jumlah pengguna internet telah bertambah dari 360 juta orang pada hujung tahun 2000 dan sekarang jumlah ini dianggarkan meningkat kepada 30%  pengguna dari jumlah populasi dunia sekarang.

Mengambil kira semua benua, Asia mempunyai 922 juta pengguna internet, Eropah; 476 juta dan Amerika utara berada di tempat ketiga dengan 271 juta. Daripada jumlah pengguna internet Asia dianggarkan lebih dari 485 juta pengguna internet dari Cina, jumlah ini lebih 36% dari populasi negara tersebut.



Jumlah laman web pula dianggarkan meningkat kepada 555 juta pada Disember 2011, dengan 300 juta dari jumlah itu baru ditambah pada suku ketiga tahun tersebut. Domain dengan nama .com merupakan paling banyak dengan jumlah 95.5 juta.

Pada hujung tahun 2011, Facebook mempunyai lebih dari 800 juta pengguna, 200 juta darinya baru sahaja menyertai laman web social tersebut pada tahun lepas. Pengguna twitter pula meningkat kepada 225 juta, dengan 100 juta pengguna aktif pada tahun 2011.

Untuk tahun 2012, dianggarkan akan lebih banyak penggunaan internet dan kini internet telah menjadi komponen penting dalam segala aktiviti yang kita lakukan harian.

mynameisham.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan