Home Klik Di Bawah

Ahad, 22 Januari 2012

Penempatan PTD Dalam Sistem Pengurusan di Kementerian Pelajaran? Apa Pendapat Guru-guru?

Baru-baru ini JPA bercadang untuk menempatkan kalangan Pegawai tadbir Diplomatik (PTD) di dalam sistem pengurusan di Kementerian Pelajaran Malaysia. Walaubagaimanapun, cadangan penempatan PTD tersebut telah dibantah keras oleh kalangan guru-guru di Malaysia.
Cadangan Penempatan PTD Dalam Sistem Pengurusan KPM Bertujuan :

                      i.mengurangkan bebanan guru
                     ii.seterusnya guru-guru dapat memberi tumpuan khusus kepada pengajaran dan pembelajaran

Setakat ini, Berita Harian melaporkan setakat ini sejumlah 27 kesatuan dan persatuan guru yang mewakili 430,000 guru di seluruh negara  menolak cadangan penempatan PTD dalam sistem pengurusan dan pentadbiran di kementerian itu serta agensi di bawahnya kerana :
      - hanya guru sahaja yang berupaya melaksanakan tugasan pengurusan dan pentadbiran dengan berkesan    dalam bidang pendidikan

Isu Penempatan PTD di KPM : Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Perlu Adakan Pertemuan Dengan Persatuan Guru

BATU PAHAT: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) perlu mengadakan pertemuan dengan persatuan guru bagi menyelesaikan isu menempatkan pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) dalam sistem pengurusan di Kementerian Pelajaran.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata JPA perlu mendengar sendiri suara hati guru dalam isu berkenaan supaya kebimbangan serta keresahan mereka dapat diselesaikan.
“Pertemuan segera perlu diadakan supaya tiada pihak rasa teraniaya serta tidak puas hati terhadap cadangan berkenaan.
“Saya yakin JPA tiada masalah mendengar pandangan guru mengenai isu ini dan apa jua keputusan yang dicapai nanti, paling penting pembelaan guru harus sentiasa diutamakan,” katanya.
Kalau sebelum ini ketika kerajaan bercadang menukarkan sistem guru kerja 9 jam, telah dibantah keras sebahagian besar guru-guru di sini. Sekitar 81% tidak bersetuju melalui ruang undian yang disediakan yang mana akhirnya dasar tersebut telah ditarik semula


P/S : Apa pandangan & pendirian kalangan guru-guru di sini dengan cadangan terbaru ini dengan menempatkan kalangan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) untuk “masuk” dalam sistem pengurusan KPM?


beritasemasa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan