Home Klik Di Bawah

Ahad, 22 Januari 2012

Kompoun Pendaftaran Kelahiran Lewat Dimansuhkan (JPN)



KOMPOUN PENDAFTARAN KELAHIRAN LEWAT DIMANSUHKAN | JABATAN PENDAFTARAN NEGARA (JPN) | Berkuat kuasa serta-merta, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memansuhkan bayaran kompaun RM50 yang dikenakan terhadap pemohon pendaftaran kelahiran lewat. 

Ketua Setiausaha KDN, Tan Sri Mahmood Adam. berkata pendaftaran kelahiran lewat ialah yang dilakukan lebih daripada 42 hari selepas sesuatu kelahiran yang dikenakan yuran proses RM10 dan kompaun RM50.



Beliau berkata, mengikut Seksyen 38, Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957, Ketua Pengarah Pendaftaran Negara boleh menggunakan budi bicaranya untuk mengecualikan kompaun berkenaan mengikut kes seperti pemohon miskin atau berada di luar bandar. Mengikut undang-undang, sesuatu kelahiran perlu didaftarkan dalam tempoh 14 hari yang mana prosesnya percuma. Bagi pendaftaran kelahiran antara 15 hingga 42 hari, yuran proses dinaikkan kepada RM5. Mahmood berkata, pengecualian itu juga turut membabitkan mereka yang tinggal di Sabah dan Sarawak.


beritaharian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan