Home Klik Di Bawah

Ahad, 26 Februari 2012

Hukum Pakai Kopiah Nampak Rambut - Ustaz Azhar Idrus

Assalamualaikum & salam sejahtera

Soalan daripada hadirin :
Bolehkah kita memakai kopiah menampakkan rambut?
 

Jawapan daripada Ustaz Azhar Idrus :
Tidak menjadi masalah, sekiranya kita hendak memakai kopiah. Seeloknya pakai kopiah seperti yang kebiasaan.

Cuma masalah yang timbul adalah ketika bersolat. Jika ingin bersolat, pastikan kopiah tidak menutupi dahi bagi mengelakkan dahi tidak mencecah lantai. Akibatnya, solat tidak sah.

Sama juga seperti memakai serban yang tebal, pastikan apabila sujud, kita boleh bersujud dalam keadaan sempurna. Pasti dahi bersentuh.

Bukan masalah kopiah, tetapi masalah sah sembahyang.
budaktechnician

Tiada ulasan:

Catat Ulasan