Home Klik Di Bawah

Ahad, 26 Februari 2012

Tips Mengurangkan Tekanan Ketika Bekerja Mengikut Cara Islam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… Rasanya semenjak akhir-akhir ini,  selalu rasa tekanan atau stress ketika bekerja. Tak tahulah mana silapnya. Maybe kesilapan dalam pembahagian masa bekerja atau kurang keyakinan diri. Wallahualam.  “Tips Mengurangkan Tekanan Ketika Bekerja Mengikut Cara Islam”. . Bagus juga tips untuk atasi stress ini kalau cik tom praktiskan. So, KITA share kat sini juga kalau ada sesiapa yang berminat nak cuba juga. hee…
Kerja.. kerja... 


1. Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk

Jiwa kita akan menjadi tenang jika membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan.

2. Perbanyakkan membaca Al-Quran

Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

3. Perbanyakkan solat sunat

Sebagai mahkluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh memperbanyakkan amal ibadat dalam kehidupan seharian. Antaranya dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

4. Selalu berdoa pada Allah

Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripadaNYA yang bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. InsyaAllah, Allah akan memakbulkan doa hambaNYA yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa.

5. Bersangka baik dengan Allah

Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah bertujuan menguji keimanan kita sebagai hambaNYA. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan jangan menyalahkanNYA jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

6. Lakukan kegiatan luar seperti bersukan

Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cergas akan membentuk otak yang cerdas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dapat dilupakan apabila melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan badanseperti bersukan dan jogging. Situasi akan menjadi lebih gembira jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

7. Amal diet dengan disiplin yang kuat

Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan slaah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan dietdengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal boleh menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya.

8. Menangis dengan sepuas hati

Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu lain dapat diredhakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu pada sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan dalam hari boleh menyebabkan diri merana. “Luaran lain hati lain” yang terdapat pada sesetengah individu apabila mereka bijak menyembunyikan perasaan sebenar/ permasalahan dihadapan orang lain. Maka dengan itulah, menangis dilihat sebagai salah satu cara kita dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

9. Hargai kebolehan diri sendiri

Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain ketika bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Yang paling penting kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

CIKTOM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan