Home Klik Di Bawah

Rabu, 22 Februari 2012

Kenali - Raksasa ‘Alien’ Laut Paling Dalam


Ia kelihatan seperti raksasa menakutkan dari planet lain. Apa yang pasti haiwan ini adalah penghuni planet bumi yang menduduki kawasan paling dalam di dunia lautan di mana cahaya matahari langsung tidak dapat menembusinya.

Makhluk raksasa kecil asing ini telah mengubah tanggapan para saintis mengenai kehidupan di bawah lautan bumi kita yang paling dalam yang belum pernah diketahui sejak 40 tahun lalu.Polychaeta, atau cacing skala yang berukuran dua atau tiga sentimeter panjang telah berevolusi untuk bertahan menghadapi tekanan yang sangat hebat tinggal lebih daripada 1,000 meter di bawah laut di mana sinar matahari langsung tidak pernah menembusinya. Daripada tanah terbiar gersang, para penyelidik telah menemui komuniti pelbagai makhluk yang tinggal di sekitar lohong hidroterma.

Lohong hidroterma melepaskan air panas melampau sehingga 375C dan koktail bahan kimia ini telah menyediakan rumah untuk makhluk seperti cacing skala.


Lebih popular dikenali sebagai ‘perokok’, lohong hidroterma hasil keretakan di dasar laut, biasanya ditemui di sekitar zon gempa bumi, gunung berapi dan pinggir plat tektonik.



Daniel Desbruyeres, seorang penyelidik kanan di I’lfremer, Institut Penyelidikan Perancis untuk Carigali Laut berkata, “Penemuan-penemuan baru lohong hidroterma ini telah menukar pandangan kita seluruh alam marin

lamankongsi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan