Home Klik Di Bawah

Rabu, 22 Februari 2012

Pelawak Veteran Datuk Yahya Sulong Tenat, Kini Di ICU

 Pelawak Veteran Datuk Yahya Sulong Tenat, Kini Di ICU
Pelawak veteran Datuk Yahya Sulong kini berada di Unit Rawatan Rapi Hospital Ampang kerana menghidap penyakit di bahagian jantung dan paru-paru.

Keadaanya kesihatannya tenat dan masih dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Ramai yang tidak tahu, pelawak yang berusia 84 tahun ini pernah menjadi mangsa kekejaman komunis suatu ketika dulu sewaktu bertugas dalam pasukan polis.

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Pak Ya pernah digantung di pokok getah dengan kepala ke bawah, kaki di atas selama tiga hari dua malam.

Pak Ya bernasib baik kerana ditemui oleh askar Gurkha.

“Disebabkan perbuatan kejam komunis, Pak Ya koma selama enam bulan. Sedar-sedar Pak Ya berada di Hospital Teluk Intan,” katanya yang pencen sebagai Sarjan pada tahun 1967.

Untuk rekod, sejarah seninya bermula dengan pentas bangsawan.

Dari situ Pak Ya beralih ke lakonan drama dan diikuti dengan filem.

Filem pertama lakonan Pak Ya ialah Abu Nawas dan hingga kini dia telah berlakon 24 buah filem.
Antara filem lakonannya ialah Gila-Gila, Putus Sudah Kasih Sayang, Da Di Du, Toyol, Prebet Lapok dan Senario The Movie.

Pelawak itu juga popular dengan sitkom TV, Hang Setia bersama allahyarham R.Jaafar, Param dan Hamid Gurkha serta siri Si Jantung Hati.

Pak Ya yang sudah empat kali mendirikan rumah tangga dan mempunyai 11 orang anak, enam cucu dan dua cicit itu kini kekal dengan isteri tercinta Datin Alisah Ali.

Mereka menetap di flat Seri Perak, Bandar Baru Sentul.

Apapun bersamalah kita berdoa agar Pak Ya sihat seperti sediakala. 
mynewshub

Tiada ulasan:

Catat Ulasan