Home Klik Di Bawah

Rabu, 6 Jun 2012

Guru bukan Islam Tertarik dengan sistem Sekolah Islam

Menerima pekerjaan sebagai guru bahasa Inggeris di Al-Noor Academy, Rick Booth mendapatkan layanan yang baik dari para pelajar muslimnya.

"Kelakuan moral yang sangat hebat," kata Booth, seorang bekas wartawan selama lebih dari 30 tahun di surat khabar The Sun Westerly di Rhode Island, mengatakan pada Boston Globe Minggu, 3 Jun semalam.
 
 
 
 


"Saya cuba untuk melawan, tapi saya sudah jatuh cinta dengan tempat ini. Saya mencari rumah di sini."

Al-Noor Academy adalah salah sebuah sekolah dengan kelayakan SMP dan SMA yang ditubuhkan pada bulan September tahun 2000 untuk komuniti Muslim di Greater Boston dan Rhode Island bahagian utara. Kurikulumnya merangkumi semua mata pelajaran yang diajar di sekolah umum di negara bahagian Massachusetts yang hanya ditambah agama Islam dan bahasa Arab.

Bergabung dengan kakitangan sekolah di bulan Mei 2011, banyak kejadian di sekolah yang asing bagi Booth. Sebagai contoh, pelajar sekolah solat lima kali sehari yang menjadi adat di sekolah itu. Sekolah juga bermula dengan acara pembacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Menunjukkan betapa hormatnya pada kegiatan-kegiatan para pelajar dan rakan gurunya yang muslim, Booth juga menerapkan etika dalam aktiviti pengajarannya.

Menurut salah seorang murid, Firas Al-Shaar, Booth biasanya memberikan banyak kerja-kerja rumah, namun membuat pengecualian ketika cuti hari raya Islam.

"Jika kami ada bercuti khusus (kegamaan), dia tidak akan memberikan kami banyak kerja-kerja rumah," katanya.

Mengajar pelajar Muslim di sekolah Al-Noor telah mengubah banyak persepsi Booth. Dengan adanya pelajar muslimat yang mengenakan tudung yang labuh dan longgar, Booth melihat itu sebagai cara Al Quran untuk melindungi kaum wanita dan juga memberikan cahaya bagi wajah mereka.

"Ajaran mereka mudah. Mereka mengingatkan saya kepada gadis-gadis di Amerika pada 60 tahun lalu."

Melihat cita-cita yang tinggi di antara pelajar, seperti ramai dari kalangan mereka yang ingin menjadi doktor, Booth melihat pelajar di sekolah Al Nour sebagai impian bagi setiap guru untuk menjadi motivasi, keyakinan diri, dan tekun dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
halimIslam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan