Hari ni nak berkongsi cerita tentang seekor ulat. Pernah nampak seekor ulat dan terfikir tak kenapa ulat tu wujud. Begini ceritanya dalam sebuat kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika dulu apabila Nabi Daud a.s sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab Az-Zabur, tiba-tiba dia terpandang akan seekor ulat merah pada debu. Lalu Nabi Daub a.s berkata kepada dirinya, "Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?"
Selepas berkata demikian, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata. Lalu ulat merah itu berkata kepada Nabi Daud a.s. "Wahai Nabi Allah! Allah SWT telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca 'Subhanallahu walhamdulillahi wala ilaha illallahu akbar' setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah mengilhamkan kepadaku supaya membaca 'Allahumma solli a'la Muhammadin nabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi ummiyyi wa a'la alihi wa sohbihi wa sallim' setiap malam sebanyak 1000 kali. Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud a.s. "Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah daripadamu?" Akhirnya Nabi Daud a.s menyedari akan kesilapan memandang remeh akan ulat tersebut dan dia sangat takut kepada Allah SWT. Maka Nabi Daud a.s pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah SWT.
Apa pengajaran yang dapat daripada cerita ni, kalau seekor ulat yang kecil tu pun kita tak boleh pandang rendah, apatah lagi manusia yang besar panjang ni kan, tak kisah la rupa bentuk, paras rupa, keupayaan, dan sebagainya. Walaupun selalu jumpa orang yang suka menjatuhkan orang lain ni, tapi .... berharap..... tak tergolong dalam golongan itu sebab ...... penuh dengan kekurangan jika dibanding dengan ulat merah itu sekalipun.
fantasikhalid.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan