Di sini terdapat kompilasi peringkat-peringkat nafsu…
1) Nafsu Ammarah
Peringkat nafsu ini merupakan peringkat nafsu yang paling hina dan jahat. Nafsu Ammarah tidak menyuruh sesuatu pun pada diri kita kecuali kepada kejahatan. Orang yang berada di tahap nafsu ini telah dikuasai oleh hawa nafsunya. Apabila nasfu menguasai, maka segala perbuatan dan perkataannya sentiasa terdorong kepada kejahatan dan kederhakaan kepada Allah.
Allah menyatakan kejelekan nafsu ini dengan
Firman-Nya: Sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan.(yusuf:53).
Sekiranya kita berada di tahap nafsu ini maka celakalah kita. Sebabnya kita tidak akan terlepas daripada seksaan api Nereka Allah. Ini adalah kerana tiada kebaikan pada diri kita. Nafsu diperingkat ini memiliki hati yang penuh dengan sifat-sifat mazmumah Seperti sombong, dengki, mengumpat, mengadu domba, dendam, menghina, riak, ujud, sum’ah, pemarah, pemalas, kuat tidur, kuat makan, malas beribadah, suka kepada kesoronokan dan sebagainya. Mereka telah menjadi hamba nafsu bukannya menjadi hamba Allah.
2) Nafsu Lawwamah
Peringkat nafsu ini lebih baik sedikit daripada nafsu Ammarah. Peringkat nafsu ini, telah pun menyedari keburukan sifat-sifat yang bersarang dihatinya. Telah berusaha bermujahadah menentang segala sifat buruk itu. Mereka telah memiliki ‘iman ilmu’ dengan cara mempelajari dan mendalami ilmu-ilmu yang berkaitan Islam. Ini tidak juga menjamin mereka beramal dengan apa yang mereka ketahui. Kadang-kadang kejahatan ulama-ulama dan dosa yang mereka lakukan melebihi kejahatan yang dilakukan oleh orang jahil. Mereka yang bernafsu lawwamah telah pun melakukan mujahadah menentang sifat-sifat buruk itu, tetapi sering tewas oleh bujukan hawa nafsunya sendiri. Bila menyedari kesilapan, mereka menyesali atas kejahatannya, tetapi mengulanginya kembali disebabkan desakan nafsunya melebihi keimanannya.
Peringkat nafsu ini boleh berlaku kepada mereka yang sudah bergelar ustaz, ustazah, kadhi, mufti, ulama, tok guru dan professor. Ilmu yang banyak tidak dapat menjamin keselamatan dan terpelihara daripada pujukan nafsunya sendiri. Setiap ilmu yang ada hendaklah diamalkan dengan bersungguh-sungguh dan berterusan (istiqamah) disamping berusaha dengan tekun melawan kehendak nafsu yang hina. Dengan cara inilah nafsu jahat kita akan berubah sedikit demi sedikit menaiki tangga nafsu yang lebih baik dari sebelumnya. Tanpa perubahan yang dilakukan , mereka masih tercela dan dimurkai Allah, kerana orang yang bernafsu lawwamah masih tidak selamat dari Neraka Allah.
3) Nafsu Mulhamah
Latihan yang sistematik dan istiqamah dalam mengikis sifat-sifat kesyaitanan dan kebinatangan (sifat mazmumah) akan menyucikan hati kita. Hati ibarat sebagai satu bekas, mestilah kosong dari sifat-sifat mazmumah (tercela), supaya hati itu dapat pula diisi dengan sifat-sifat mahmudah (terpuji). Jiwa yang bernafsu Mulhamah adalah jiwa yang mula menampakkan keelokan pada jiwa itu. Orang yang bernafsu Mulhamah mula mendapat ilmu-ilmu terus dari Allah yang disebut ‘Ilham’atau ‘Laduni’.
Firman Allah Taala:
Demi nafsu (manusia) dan yang menjadikan (Allah) lalu diilhamkan kepadanya mana yang buruk dan mana yang baik. Sesungguhnya dapat kemenanganlah orang yang menyucikan (nafsunya) dan rugilah orang yang mengotorkannya. (As-Syam: 7-10)
Tahap nafsu ini merupakan tahap pertama dalam memasuki sempadan kewalian. Oleh kerana itu kita seharusnya berada paling minimanya di tahap nafsu ini. Walau bagaimana pun kita janganlah terus berada diperingkat nafsu ini, kerana orang yang berada diperingkat nafsu ini belum lagi mantap. Jiwa perlu digilap dan ditingkatkan lagi agar ia dapat mendaki nafsu yang lebih tinggi.
4) Nafsu Mutma’innah
Sekiranya kita berada diperingkat nafsu ini, barulah kita akan terselamat dari seksaan Neraka. Ini dinyatakan sendiri oleh Allah Taala.
FirmanNya berbunyi:
Wahai jiwa yang tenang (nafsu muta’innah) kembalilah kepada TuhanMu dengan hati yang puas lagi diredaiNya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu dan masuklah ke dalam SyuargaKu. (Al-Fajr: 27-30).
Merupakan peringkat permulaan untuk menuju kepada Allah. Tetapi awas kita akan jatuh juga di dalam tipuan-tipuan yang tersangat halus, sekiranya kita tidak berhati-hati. Di antara penipuan-penipuan itu ialah seperti syirik khafi (syirik yang tersembunyi), cintakan kedudukan dan pangkat. Orang yang bernafsu mutma’innah ini dari segi zahirnya nampak cantik iaitu bersifat yang mulia lagi terpuji seperti pemurah, lemah-lembut, bertawakal, zuhud, warak, syukur, sabar, redha. Tersingkap kepada mereka akan rahsia-rahsia ketuhanan, bahkan telah terjadi kepadanya perkara-perkara pelik dan sebahagian dari keramat-keramat. Ia merasakan dirinya telah dinaikkan maqam Iman Al A’zam (Iman Besar). Inilah sebahagian daripada penipuan-penipuan yang perlu kita berhati-hati.
5) Nafsu Radiah
Apakalanya mereka yang bertaraf nafsu mutma’innah itu memperolehi inayah dari Allah dan ia bersandar kepada Syeikhnya (guru yang membimbingnya) secara keseluruhannya serta dilazimi mujahadah sehingga tetaplah dia dengan sifat-sifat yang terpuji dan hilangnya unsur-unsur riyak maka jadilah nafsunya hina, sama baginya pujian atau celaan. Dia telah masuk di dalam maqam fana, redha dengan apa yang terjadi atas dirinya tanpa tentangan maka meningkatlah maqam mutma’innah ke tahap nafsu radiah.
6) Nafsu Mardhiah
Boleh juga berlaku pandangan fana dan ikhlas akan jatuh ke dalam bahaya ujud iaitu hairankan diri. Maka ketika itu hendaklah ia memohon perlindungan daripada Allah dari hal seumpama itu dengan bantuan Syeikhnya. Tanpa bantuan Syeiknya ia tidak akan berjaya. Apabila ia telah kembali fana dan ikhlas , akan ditajallikan kepadanya redha, diampunkan dosanya yang telah lalu, digantikan kejahatannya dengan kebaikan, maka terbukalah segala pintu zauk dan tajalli, lalu tenggelamlah ia di dalam lautan Tauhid dan burung-burung rahsia akan memperdengarkannya nyanyan-nyanyian. Nafsu ini dinamakan nafsu mardhiah.
7) Nafsu Kamilah
Tingkat nafsu ini adalah tingkat yang terakhir dan yang tertinggi sekali. Tingkat ini jarang dicapai oleh jiwa-jiwa seperti kita. Tingkat ini biasanya dicapai oleh para Rasul, Nabi-Nabi, para Sahabat dan wali-wali besar sahaja. Golongan ini akan meningkat dari darjat fana(binasa) kepada baqa(kekal) dengan Allah Taala sentiasa. Di tahap ini seseorang itu tidak perlu bersusah payah dengan bermujahadah dan berusaha melawani desakan hawa nafsu dan syaitan, kerana sifat kesempurnaan telah mendarah daging dan bersebati dengannya.
Firman Allah: Sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan. (Yusuf: 53)
Musuh kita yang paling jahat ialah nafsu kita yang berada di antara dua lambung kita. Kejahatan nafsu melebihi kejahatan syaitan atau iblis. Jadi permusuhan kita dengan nafsu kita sendiri melebihi permusuhan kita dengan syaitan. Namun, syaitan dapat menguasai diri kita melalui nafsu yang berada pada diri kita. Dengan kata lain, nafsu merupakan talibarut atau suruhan syaitan untuk menerangi kita.
Menyedari tentang hal ini, maka janganlah kita tertipu oleh nafsu kita sendiri. Kerana sesuatu yang datang darinya adalah yang dapat menipu-dayakan kita. Sekiranya kita lupa dari bermuhasabah terhadapnya, kita akan dihanyutkan olehnya. Bahkan sekiranya kita gagal dalam menentang dan melawannya, kita akan diseret masuk ke Neraka.
Untuk menyelamatkan diri, kita kenalah bertakwa kepada Allah. Renungilah sebanyak manakah usia kita yang telah kita pergunakan untuk mencari kebahagian Akhirat, kerana renungan seumpama itu sebenarnya dapat membasuh hati kita.
Sabda Rasullulah SAW: Berfikir satu saat itu lebih baik dari ibadah setahun.
Pendekkan angan-angan , memperbanyakkan berzikir pada Allah, menjauhi tegahan-tegahanNya, menahan dari mengikut kehendak hawa nafsu dan syahwat. Ini adalah nafsu itu berhala. Oleh itu sekirannya kita tunduk dan memperhambakan diri pada nafsu, bermakna kita telah tunduk dan menyembah berhala.
Berkata Yahya bin Muaz ra:
Bermujahadah menentang nafsumu iaitu dengan melakukan ketaatan pada Allah dan melakukan latihan-latihan (riadah kerohanian). Latihan itu ialah dengan menghindarkan tidur, mengurangkan percakapan, tahan menanggung kesakitan dan bala dari manusia serta mengurangkan makan. Maka lahirlah dari sedikit tidur itu, sucikan kemahuan. Sedikit percakapan dapat menyelamatkan diri daripada berbagai penyakit. Dengan menanggung kesakitan dari manusia akan mendapat menyampaikan maksud dan cita-cita. Dan sedikit makan akan mematikan nafsu, kerana membanyakkan makan akan mengeraskan hati dan menghilangkan cahaya.
Sedangkan cahaya (nur) hikmah itu ialah lapar, sedangkan kenyang dapat menjauhkan diri dari Allah.
Rasullulah SAW bersabda: Jangan kamu mematikan hati kamu dengan memperbanyakkan makan dan minum, kerana hati akan mati seperti mana tanaman akan mati apabila terlalu banyak disiram dengan air.
Rasullulah SAW bersabda: Sesungguhnya syaitan akan menusuk masuk ke dalam tubuh anak Adam melalui tempat pengaliran darah. Maka persempitkan tempat aliran darah itu dengan berlapar.
Rasullulah SAW bersabda lagi: Tiga perkara yang membinasalkan: Hawa nafsu yang ditaati, kebakhilan yang dituruti dan hairan seseorang itu terhadap dirinya sendiri.
Sifat-sifat tercela (Mazmumah)
Sebagaimana yang kita telah ketahui , bahawa diri kita akan menjadi diri yang suci bilamana hati kita tidak dibelenggu lagi oleh sifat-sifat yang dicela atau mazmumah. Hati yang penuh dengan sifat mazmumah akan menjadikan hati sentiasa dikunjungi oleh syaitan. Kunjungan syaitan pada hati adalah merupakan kunjungan untuk menawan dan mengawal hati kita. Apabila syaitan dapat mengawal dan berkuasa pada hati kita, syaitan akan bawa hati kita menderhakakan Allah swt. Hati yang telah dikawal dan dikuasai oleh syaitan tidak akan membawa tuannya kepada mentaati Allah.
Jadi untuk menggelakkan diri kita sentiasa dalam kutukan dan kemurkaan Allah, kita perlu menyucikan hati kita dari segala sifat jahat yang selalu bermaharajalela di dalam hati kita. Kita perlu bermujahadah dan berjuang untuk mengikis buang segala sifat tercela itu bersungguh-sungguh, jangan memberi peluang langsung kepada syaitan untuk membelenggu diri kita.
Sebelum kita melalui proses bermujahadah membuang segala sifat-sifat yang keji dan jahat pada diri kita itu, perlu pula kita mengenali dan mengetahui apakah sifat-sifat buruk yang masih bertapak dalam hati kita itu. Apakah puncanya? Setelah kita mengenali jenis dan punca penyakit yang dihidapi oleh diri kita, barulah boleh kita berusaha untuk mengubati penyakit tersebut. Sama juga dengan penyakit zahir perlu diketahui terlebih dahulu apakah jenis penyakit dan apakah sebab-sebabnya. Apabila kita telah dapat mengesan jenis penyakit itu, barulah boleh kita berusaha untuk mengubatinya.
Di sini terdapat beberapa jenis penyakit yang selalu bermain-main dalam hati dan diri kita. Marilah bersama-sama kita kaji, mencari punca dan sekaligus mencari cara untuk menghindarkan diri kita daripada wabak penyakit itu. Penyakit-penyakit yang selalu dihidapi oleh kita, termasuklah pada diri saya sendiri.
Antaranya ialah :
1. Bahaya lidah 2. Marah 3. Hasad dengki 4. Bakhil 5. Sukakan kemuliaan dan kemegahan 6. Riak 7. Sombong (takabur) 8. Ujud (hairankan diri) 9. Tipu daya (ghurur)
arif4316.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan