Home Klik Di Bawah

Rabu, 24 Oktober 2012

5 Tempat Unik Untuk Sembunyikan Cincin Pertunangan

Beberapa orang memilih untuk melamar dan menyorokkan cincin pertunangan dengan cara yang tidak biasa. Salah satunya menyembunyikan cincin di dalam makanan penutup pasangan. Penasaran dengan 5 tempat unik untuk sembunyikan cincin pertunangan ini?

 5 Tempat Unik Untuk Sembunyikan Cincin Pertunangan 





Ais batu
Membekukan cincin dalam bongkahan aisbatu bukan idea yang buruk. Sebab selagi Anda menghabiskan waktu berbual bersama pasangan, ais batu akan mencair dalam gelas minuman si dia. Pasangan pun akan terkejut mendapati ada cincin yang ada di dalam gelasnya.

Cengkerang kerang
Daripada menunggu hidangan penutup dan menyisipkan cincin pertunangan di dalamnya, gunakan saja makanan utama. Misalnya sajian kerang, sehingga anda boleh menyembunyikan cincin di dalam cenkerang. Semakin cepat melamar, semakin baik bukan?

Kentang rebus
Kunci menyembunyikan cincin di dalam makanan adalah memastikan bahawa makanan boleh dibelah dengan sudu dan pasangan mendapatkan kejutan yang sudah disiapkan. Jadi kentang rebus sebagai teman dari steak juga merupakan salah satu tempat unik yang boleh digunakan untuk menyembunyikan cincin.

Sepit ketam
Seafood adalah salah satu pilihan makanan yang istimewa untuk dijadikan tempat menyembunyikan cincin pertunangan. Tetapi Anda tidak perlu benar-benar menyembunyikan cincin. Selipkan saja cincin pada sepit ketam agar pasangan boleh melihatnya. Cara ini termasuk mudah, elegan, dan romantis sekaligus.

Snack
Apakah Anda masih ingat saat membuka bungkus snack dan berharap ada hadiah di dalamnya? Anda pun boleh mengulangi momen tersebut untuk melamar pasangan. Jadi, siapkan snack kesukaan pasangan yang di dalamnya sudah ada cincin pertunangan.
blogammar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan