Home Klik Di Bawah

Rabu, 24 Oktober 2012

Kenapa Lanun Bermata Satu

Seorang pelaut bertemu dengan seorang lanun di sebuah bar dan terlibat perbualan menarik tentang petualangan mereka.Si pelaut sangat tertarik melihat imej si lanun yang mengunakan kaki palsu,tangan bercangkuk besi dan bermata satu.

“macam mana ceritanya sampai anda boleh berkaki palsu seperti itu?”,tanya si pelaut.
 
 
 

“Waktu itu ombak besar menghempaskan saya ke laut dan ternyata di tempat itu banyak ikan hiunya!.Ketika kawan-kawan menarik saya ke atas,seekor ikan hiu menggigit kaki saya hingga putus!”,cerita si bajak laut berapi-api.

“Wow!!!”,jerit si pelaut.“lepas tu,macam mana pula anda boleh memakai cangkuk tajam di tangan anda?”.

“Well.......inilah kehidupan lanun.Waktu itu saya dan kawan-kawan terlibat peperangan dengan musuh.Malangnya,seorang musuh berhasil menetak tangan saya hingga putus.Sejak saat itulah saya menggunakan cangkuk besi”,jawab si lanun.

“Luarrr biasaaa!!!”,balas si pelaut yang kagum mendengar cerita heroik si lanun.“Lalu,macam mana pula dengan mata anda?”.

“macam ni ceritanya,pada pagi hari,selepas hujan.Ketika itu saya mendongak ke atas melihat keindahan pelangi.Tiba-tiba seekor burung melintas dan membuang kotoran tepat di mata saya”,ujar si lanun.

“Anda kehilangan mata kerana dijatuhi kotoran oleh seekor camar?”,tanya si pelaut tidak percaya.

“Eerrr,Hari itu adalah hari pertama saya menggunakan cangkuk besi di tangan”,jawab si lanun.
 fcukz.co

Tiada ulasan:

Catat Ulasan