Home Klik Di Bawah

Selasa, 23 Oktober 2012

Keindahan masjid kedua terbesar di dunia ini, sujud boleh melihat terus ke dalam laut

Banyak destinasi pelancongan di dunia yang menarik untuk dikunjungi, kerana agama dan seni binanya. Kedua-dua hal ini ada di Masjid Hassan II yang terletak di Casablanca, Maghribi.

Masjid Hassan II merupakan masjid kedua terbesar di dunia. Menara masjid setinggi 210 meter disebut sebagai menara masjid yang paling tinggi di dunia. Masjid yang mempunyai kapasiti 25 ribu orang ini dibina hanya dalam tempoh enam tahun, mulai 1980 dan direka oleh arkitek warga Perancis, Michel Pinseau.
 
 

Masjid dibina oleh Raja Hassan II yang kemudian dinamakan sama dengan nama raja. Masjid Hassan II terletak di sebuah tanjung yang menghadap terus ke Lautan Atlantik.

Ini merupakan permintaan khas dari Raja Hassan kerana di dalam Al-Quran, kitab suci umat Islam, disebutkan bahawa singgahsana Tuhan terletak di atas laut. Istimewanya, sebahagian lantai masjid diperbuat daripada kaca dan oleh itu umat Islam yang beribadah atau sujud boleh melihat terus ke dalam laut.
Masjid direka tahan gempa lengkap dengan mandian khas Turki dan mempunyai lantai yang boleh dihangatkan sesuai dengan cuaca. Atap masjid diperbuat dari pintu elektrik yang boleh terbuka, sebagai simbol semua ibadah yang dilakukan di masjid ini akan dibawa ke atas (syurga).

Seni bina masjid dipengaruhi gaya Moorish dan mirip Masjid Al Cordoba di Sepanyol. Masjid Hassan II dan Masjid Tin Mal adalah dua masjid di Maghribi yang terbuka untuk umum dan tetamu bukan Islam. Semua tetamu boleh membeli tiket masuk masjid dan akan dipandu oleh pemandu pelancongan yang menjelaskan secara terperinci interior masjid. - 
 terjemahan dari blog-ansyari.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan