Home Klik Di Bawah

Isnin, 22 Oktober 2012

Melawan Usikkan Hantu Pocong di Batu 3 Mentakab Berhampiran Simpang Temerloh-Jerantut


Apabila ada anak2 ataupun rakan2 melalui jln batu 3 Mentakab antara temerloh menghala ke jerantut haruslah berhati2 kerana ramai yg sudah terkena usikkan hantu kucung/pocong di situ..citer ni kalu yusri kru tau ni memang die nk buat filem ni mcm filem karak tu..Ia terletak berhampiran dengan estate kuala krau mentakab.
 
 
 




citenye begini...kire jd urban legend jgk bg org area sini..pernah skali tu seorg lelaki membawa motosikal dan enjin mati dtengah jln dan terasa berat moto die tu kerana pocong menumpang kt blakang..ada juga yg terasa berat bumbung kereta kerana pocong duk btenggek atas bumbung..klu korang bwk kete n semua kete yg mlintasi keta korang tu bunyikan hon jaga2, ini kerana  ada pocong duk ats bumbung tu...

dan lagi satu biasanya org yg dganggu pocong tu akan diselamatkan oleh seekor burung yg sbesar garuda...burung tu akan menyambar hantu tu dan mnghempaskannya keaatas tanah smpai pecah kain kafan pocong tu tersembur ulat dan nanahnya...ni kerana burung tu dikatakan jin islam kepada abg kepada si adik yg menjadi pocong itu.....ia ditugaskan utk mnyelamatkan org2 yg dganggu pocong tersebut

asal usul kisahnya bermula disini...................................................jeng jeng jeng...........

Pada tahun 1900an , sebelum zaman perang dunia pertama lagi, ada 2 org adik beradik dimana si abgnya seorg yg baik dan si adiknya seorg yg suka cemburu dan pemarah..apabila si abgnya dpt memiliki seorg gadis yg cntik yg dgilai ramai, si adiknya mula cemburu dan mula menuntut ilmu salah seperti ilmu hitam..aku xbrapa ingt lgi kisahnya sbb ada byk lgi peristiwa yg mmbuatkan adik bradik ni clash antara satu sama lain..lantas mereka pn membuat perhitungan di gua gunung senyum, si adik tewas walaupun sudah memiliki ilmu hitam....

si adiknya terus mnuntut ilmu hitam dan bertekad akn mncari jln utk mmbunuh abgnya dan keturunannya...si abgnya pula terus bertapa di gunung senyum dan selepas beberapa ketika bertemu kembali mmbuat perhitungan..kerana kebenaran sememangnya mengatasi kejahatan adiknya tewas setelah beberapa jurus...dengan bantuan shabat abgnya iaitu jin islam yg mnjelma kpd burung garuda...adiknya dihempaskan oleh burung trsebut ke atas batu besar lalu pecah badannya...

namun dengan menggunakan ilmu hitam anehnya, si adik yg telah mati bangkit semula kemudian berkata akan mmbalas dendam kepada keturunan abg dan org2 yg lainnya...adiknya terus berlalu pergi dengan dendam yg mmbara manakala si abg pula terus bertapa di gua gunung senyum...ada sesetengah org kata si abgnya ni masih lagi bertapa di gunung senyum ni smpai sekarang...

tamat imbas kembali....

dan hantu yg berkucung/pocong tu adalah jelmaan adiknnya yg suka mengganggu org ramai tatkala malam...dan jika bernasib baik, org yg diganggu tue akan diselamatkan oleh burung garuda iaitu jin sahabat abgnya.......

wah pnjng jgk citer aku ni, sbnrnye crita nye pnjang lgi aku pndekkan sikit...dan ada byk versi ,lain org lain cara penceritaannya tapi mmbawa kepada cerita asal yg hampir 90% sama...sbnrnye ade byk lagi cite seram pngalaman org yg dikacau pocong tu.kang xtdo mlm lak korang hahahah...wah, ade x yusry kru bce post ni???nak buat filem tak cite ni hahahahah contact me, hakcipta terpelihara okay by Azim Aris.....            

NAMUN HARUS BERINGAT, APABILA MELALUI JALAN BATU 3 MENTAKAB, ANTARA TEMERLOH KE JERANTUT........
takmungkinbenar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan