Home Klik Di Bawah

Khamis, 8 November 2012

Betul Betul Lawak - Koleksi Teka Teki Lawak


1) Apa beza kacang panjang dengan seluar panjang?
- Seluar panjang kalau dipotong jadi seluar pendek, tapi kacang panjang kalau dipotong tetap namanya kacang panjang aaa...

2) Banyak-banyak mi, mi ape yang takleh di makan?
- Misai





3) Ada orang ni nak naik bas.Dia ada 50 sen saja. Tambang bas ke tempat dia nak pergi tu 60 sen. Macam mana dia nak pergi ke tempat tu?
- Dia buat muka seposen je..50 sen + 10 sen = 60 sen

4) Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi dia nak tanam 2 jenis pokok iaitu getah dengan koko. Untuk memenuhi cita-citanya dia pun tanamlah pokok getah separuh dan pokok koko separuh, Soalannya pokok apa tumbuh dulu?
- Dua-dua tak tumbuh pasal Pak Ali tanam separuh jek..

5) Burung apa yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk ?
- Penguin

6) Banyak² katak, katak apa yang boleh bercakap?
- Katakanlahhhhhh... (Hazami kot..hahaha)

7) Tersebutlah kisah, ada seorang wanita yang menamakan anaknya nama FATIMAH. Kenapa ?
- Sebab anak tu perempuan..huar..huar..huar..

8) Tempat apa ini... ... peserta dia pakai uniform, selalu bertambah & tak akan berkurangan?
- Tempat Perkuburan... (serammm... heyyy maknusia..!!)

9) Badannya hijau, matanya merah dan berjalan mengundur, taik warna kelabu taik anjing. Apa dia?
- Lingkaran nyamuk Shieldtox

10) Negara apa yang banjir dulu lepas tu baru hujan?
- Bahrain (sebab bah dulu, rain kemudian)

11) Macam mana nak pergi haji kalau duit takde?
- Jangan hisap rokok. Duit tu kalau kumpul sehari RM5, setahun dah RM 1,800. 10 tahun dah dapat RM 18,000. Dah boleh pergi haji... Renung²kan, selamat beramal~~
RILEK-RILEK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan