Home Klik Di Bawah

Khamis, 8 November 2012

Petua Menghilangkan Benjol

Benjol bukanlah satu penyakit, tetapi ia merupakan simptom yang datang apabila kepala kita terhentak dengan sesuatu benda yang keras. Kebiasaannya kepala benjol ini sering dialami oleh golongan kanak-kanak. Hal ini kerana kanak-kanak antara golongan yang aktif bermain dan sering terdedah kepada hentakan kepala. Bukan setakat jatuh, kadang-kadang kawan dia sendiri pun dia langgar. Jom ketahui apakah kaedah terbaik untuk menghilangkan benjol.

 





Petua Menghilangkan Benjol
Kalau ada kesempatan ambil 2-3 helai daun sirih dan sapukan sedikit minyak masak. Lepas tu layurkan daun sirih tadi di atas nyalaan api. Bila dah terasa panas tekapkan ia pada tempat yang berbenjol. InsyaAllah, ia akan surut secara perlahan-lahan.

Petua Merawat Benjol
Ambil asam jawa (kalu takde asam jawa, asam keping pun kira okey lah..). Campurkan asam jawa tu dengan sedikit air bersama sedikit garam dan gaulkan. Kemudian lumurkan campuran tu pada tempat yang bengkak tadi. Dalam 15 minit, benjol atau bengkak tu akan segera sembuh. InsyaAllah.

Petua Hilangkan Benjol
Kalau tak dapat cari bahan-bahan di atas, boleh pakai lagi satu petua yang lebih mudah. Gunakan ais ketul.
Seeloknya masukkan dahulu ketulan ais tu dalam beg plastik, ikat dengan kemas. Lepas tu balut pula dengan kain atau tuala nipis supaya tak terlalu basah.

Kaedah menekap tempat yang cedera dengan ‘ice pack’ atau ketulan ais, tak kisah ler samada cedera sampai luka atau setakat lebam atau bengkak jer, memang selalu dipraktikkan oleh pasukan perubatan cemas. Sesiapa yang sering menonton sukan kat t.v tu tentu perasan benda nie.

Malah, kebanyakan doktor akan menyarankan kaedah meletakkan ais di tempat yang bengkak tu berbanding cara tuam dengan kain panas. Sebabnya, ais akan membantu mengecutkan saluran darah, manakala cara tuam ngan kain panas akan membuka saluran darah.

Melayukini.net - Usah risau jika kepala anda benjol di kepala kerana ia hanyalah simptom sementara sahaja. Namun jika rasa sakit itu berpanjangan, eloklah berjumpa dengan doktor pakar, bimbang jika terdapat pendarahan dalaman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan