Open Minda:http://baca-blogspot.blogspot.com
Paparan Terbaik Open Minda Menerusi Mozilla Firefox,Opera, Google Chrome Dan Safari.
Home Klik Di Bawah
▼
Isnin, 24 Disember 2012
Alhamdulillah, lapan orang pemain Islam dalam pasukan Manchester City
Sebelum ini, Daily Mail mengulas mengapa pengurusan Newcastle United komited membina surau di Sports Direct Arena.
Pengurus the Magpies, Alan Pardew menghormati lapan pemain Muslim yang
memperkuatkan pasukan Newcastle. Kini Newcastle disebut sebagai kelab
Liga Primer Inggeris yang mempunyai pemain Muslim terbanyak.
Kini anggapan itu tidak
lagi kerana Manchester City juga mempunyai lapan pemain Muslim. Empat di
antaranya yang sering membarisi 11 pemain utama.
Malah kerana ingin memberikan peluang mengembangkan pengalaman, pengurus
Roberto Mancini meminjamkan pemain itu kepada kelab lain.
Selain Habib Kolo Toure dan Yaya Toure, Samir Nasri, dan Edin Dzeko,
penggawa the Citizens yang beragama Islam adalah Abdisalam Ibrahim,
Mohammed Abu, Abdul Razak, dan Karim Rekik.
Dua nama terakhir ini
ada dalam senarai pemain simpanan semasa juara bertahan Liga Primer
Inggeris itu menewaskan Newcastle, 3-1 pada hujung minggu lalu.
Abdul Razak adalah pemain Liga Ivory Coast berusia 20 tahun. Sedangkan
Karim Rekik baru berusia 18 tahun dan merupakan pemain pertahanan dalam
Liga Belanda U-19 keturunan Tunisia. Bersama Razak, Rekik dilihat
sebagai pemain masa depan City.
Abdisalam sekarang ini
dipinjamkan ke Stromsgodset bermain di Liga Norway. Meskipin lahir di
Mogadishu Somalia, pemain tengah berusia 21 tahun itu menjadi dukungan
utama Liga Norway sejak U-15 hingga U-21.
Sementara, Mohammed Abu dipinjamkan ke Rayo Vallecano untuk menimba
pengalaman di La Liga Sepanyol. Jumlah pemain tengah yang ramai membuat
kan pemain berusia 21 tahun itu harus tersingkir dari pasukan City musim
ini.
Satu lagi kewujudan pengarah eksekutif pembangunan bola sepak yang juga
bekas pemain City, Patrick Vieira membuatkan kesan Islam di kelab itu
semakin jelas.
Sejak Sheikh Mansour menguasai Manchester City, ahli perniagaan dari
Emiriah Arab Bersatu itu banyak mengeluarkan polisi yang memberikan
pemain Muslim menjalankan ibadahnya dengan lebih selesa. Memboleh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan