Assalamualaikum dan selamat sejahtera, apabila hampir tiba perayaan
Hari Krismas, banyak barangan seperti pokok krismas, baju santa claus
dan sebagainya di jual.. Tidak terkecuali topi-topi santa claus untuk
penganut agama Kristian untuk merayakannya. Tetapi tidak terkecuali
orang Islam sendiri yang memakainya, sama ada disuruh oleh majikan atau
sekadar suka-suka. Tapi tahukah anda hukum pakai topi santa claus ni?
Mufti Johor, Datuk Tahrir Shamsuddin menasihatkan umat Islam supaya
tidak memakai pakaian atau perhiasan yang menyamai ‘Santa Claus’ kerana
ia bercanggah dengan seruan Nabi Muhammad saw.
Katanya, kebanyakan umat Islam di negara ini tidak sedar dan kurang
pengetahuan mengenai ilmu agama hingga menyebabkan mereka turut serta
meraikan perayaan Krismas yang disambut penganut kristian. Setiap kali
menjelang 25 Disember, ada antara orang Islam memakai pakaian itu. Bagi
saya, hukumnya haram kerana ia boleh mempengaruhi dan memesongkan akidah
seseorang Islam itu. Baru-baru ini, saya ada menerima aduan daripada
orang ramai yang prihatin mengenai perkara ini malah ada yang meluahkan
perasaan sedih kerana ada segelintir masyarakat Islam sanggup berpakaian
seperti Santa Claus, ” katanya kepada Berita Harian.
Datuk Tahrir berkata, ada sesetengah masyarakat Islam yang bekerja di pusat beli – belah terpaksa memakai pakaian atau perhiasan berkenaan atas kehendak tugas.
Pihak atasan organisasi berkenaan seharusnya sedar dan sedia maklum mengenai sensitiviti masyarakat Islam. Mereka sebenarnya boleh mengarahkan pekerja lain dan sebagai contoh pekerja yang beragama Kristian untuk memakai pakaian terbabit, ” katanya.
Via – Lenggangkangkung

Tiada ulasan:
Catat Ulasan