Telur kebiasaannya hanyalah sebahagian dari sajian makanan. Namun bagi
mereka yang benar-benar kreatif, telur boleh dijadikan bahan dalam
penghasilan seni yang menarik. Kita biasa dengar ada yang menghasilkan
potret mahupun struktur binaan menggunakan berdozen-dozen telur tetapi
apabila kedua-dua seni tersebut digabungkan, ianya mampu membentuk
sebuah bandar yang hebat. Struktur bandar yang diinspirasikan dari
bandar China ini menggunakan lima ribu biji telur yang dicampur dari
beberapa jenis haiwan yang berbeza. Di tengah-tengah bandar ini pula
terdapat gambar pemerintah China. Bandar telur ini dipamerkan pada umum
di sebuah pameran yang diadakan di Muzium Groninger, Belanda.
blogketegaq
Tiada ulasan:
Catat Ulasan