Home Klik Di Bawah

Isnin, 24 Disember 2012

Cara mudah membuat luka palsu

Mengemis mungkin menjadi jalan pintas untuk seseorang memperoleh pendapatan. Ada sesetengah pengemis tersangatlah licik dengan berlakon seperti orang miskin sedangkan mereka berkemampuan untuk bekerja. Malah, ada diantara mereka mempunyai rumah serta kereta yang mewah. Pelbagai cara digunakan untuk meraih simpati antaranya dengan membuat muka sedih, berpakaian compang-camping, dan membuat kecederaan palsu pada anggota badan.

Cara membuat luka palsu pula bukanlah sesuatu yang sukar. Modal yang diperlukan juga tidak seberapa. Dengan kos sekitar RM2 hingga RM5, luka yang dihasilkan begitu realistik dan sudah memadai untuk memperdaya orang ramai. Berikut merupakan langkah-langkah untuk penghasilan luka palsu.
 
 
 
1. Sediakan bahan yang diperlukan iaitu dakwat merah, pencungkil gigi, putik kapas, berus, dan juga gam.
2. Buat kecederaan dengan menggunakan gam.
3. Tunggu sehingga ianya kering.
4. Rapikan gam dengan menggunakan pencungkil gigi supaya ianya lebih kuat.
Cara mudah membuat luka palsu
5. Ratakan kesan gam yang masih menggumpal dengan menggunakan berus.
Cara mudah membuat luka palsu
6. Samarkan kawasan kecederaan bahagian luar dengan sedikit dakwat merah.
Cara mudah membuat luka palsu
7. Sapukan sedikit dakwat merah menggunakan putik kapas di sekitar luka supaya nampak lebih realistik.
Cara mudah membuat luka palsu
8. Cungkil luka pada bahagian dalam dengan menggunakan pencungkil gigi bagi mendapatkan kesan kulit seperti terkoyak.
Cara mudah membuat luka palsu
9. Sapukan dakwat merah di seluruh bahagian luka.
Cara mudah membuat luka palsu
10. Tunggu sehingga ianya kering.
Cara mudah membuat luka palsu
11. Akhirnya siap. Luka yang dihasilkan ini sudah mampu menipu orang ramai.
Cara mudah membuat luka palsu
  blog-ketegaq.blogspot

Tiada ulasan:

Catat Ulasan