Cara membuat luka palsu pula bukanlah sesuatu yang sukar. Modal yang
diperlukan juga tidak seberapa. Dengan kos sekitar RM2 hingga RM5, luka
yang dihasilkan begitu realistik dan sudah memadai untuk memperdaya
orang ramai. Berikut merupakan langkah-langkah untuk penghasilan luka
palsu.
1. Sediakan bahan yang diperlukan iaitu dakwat merah, pencungkil gigi, putik kapas, berus, dan juga gam.
2. Buat kecederaan dengan menggunakan gam.
3. Tunggu sehingga ianya kering.
4. Rapikan gam dengan menggunakan pencungkil gigi supaya ianya lebih kuat.
5. Ratakan kesan gam yang masih menggumpal dengan menggunakan berus.
6. Samarkan kawasan kecederaan bahagian luar dengan sedikit dakwat merah.
7. Sapukan sedikit dakwat merah menggunakan putik kapas di sekitar luka supaya nampak lebih realistik.
8. Cungkil luka pada bahagian dalam dengan menggunakan pencungkil gigi bagi mendapatkan kesan kulit seperti terkoyak.
9. Sapukan dakwat merah di seluruh bahagian luka.
10. Tunggu sehingga ianya kering.
11. Akhirnya siap. Luka yang dihasilkan ini sudah mampu menipu orang ramai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan