Isnin, 24 Disember 2012

TINGGAL 12 PERKARA DAPAT 12 PERKARA.

Assalamualaikum dan salam bahagia :)

1- Tinggalkan pandangan liar akan dapat tekun dan khusyuk.

2- Tinggalkan bercakap banyak akan dapat hikmah dan bijaksana.


3- Tinggalkan makan banyak akan dapat sihat dan rajin beribadah.





 

4- Tinggalkan melihat aib orang akan dapat melihat aib diri.


5- Tinggalkan memikirkan zat Allah akan lepas dari keraguan dan munafik.


6- Tinggalkan banyak tidur akan terlepas dari papa.


7- Tinggalkan makan haram akan hidup hati dan kabul doa.


8- Tinggalkan makan syubahat akan jernih hati dan kuat agama.


9- Tinggalkan maksiat akan dapat terang hati dan manis ibadah.


10- Tinggalkan cinta dunia akan dapat mencintai Allah.


11- Tinggalkan riak, ujub dan takabur akan terlepas dari syirik halus dan diterima ibadah.


12- Tinggalkan da’wi akan dapat tawadduk. (da’wi iaitu mengaku diri kita terbaik).


peringatan untuk diri sendiri juga..in sha Allah

Ya Allah Ya Tuhan kami,
Kami berlindung kepadaMu daripada ilmu yang tidak memberi manfaat kepada diri dan agama kami, jadikanlah kami orang yang beramal dengan ilmu yang telah Engkau pinjamkan kepada kami.
herba-tiharablogsport

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...