Headphone atau earphone seringkali dipakai dengan meletakkannya berdekatan dengan lubang telinga..Namun, dengan teknologi terkini, korang boleh mendengar muzik dengan hanya meletakkan headphone pada tulang telinga yang terletak berhampiran dengan pipi..Hebatkan? Nak tahu dengan lebih lanjut, meh baca kat bawah ni..
Headphone terbaru
yang diberi nama AfterShokz Bluez ini akan berfungsi dengan menggunakan
teknologi Bluetooth dan Wireless dan akan dilancarkan sebagai headphone
pertama di dunia yang digunakan pada luar telinga.
AfterShokz Bluez
menggunakan pad tranduser yang terletak pada tulang pipi seseorang bagi
membolehkan penghantaran audio terus ke telinga tanpa perlu menyumbatkan
earphone secara terus ke telinga dan menggetarkan gegendang telinga
seperti produk earphone dan headphone yang lain.
Rekaannya yang
ringan dan stabil membolehkan pengguna mendengar lagu sambil mendengar
bunyi sekeliling yang lain. Ciri ini sangat penting terutamanya untuk
aktiviti luar di mana ia mementingkan kesedaran seseorang itu terhadap
persekitaran dan keselamatan semasa menjalankan aktiviti.
Oleh itu, tidak
hairanlah jika rekaan AfterShokz Bluez ini dianugerahkan dengan Anugerah
Inovasi Rekabentuk dan Kejuruteraan CES 2013 dalam kategori headphone
serta dinamakan sebagai salah satu daripada 25 peserta separuh akhir
dalam pertandingan Last Standing Gadget 2013.
Headphone ini akan
dilancarkan pada acara CES 2013 di Las Vegas Convention Center pada 8 -
11 Januari 2013 pada harga US$129 seunit. Bagi pelanggan di Amerika
Syarikat dan Kanada, pra-pesanan boleh mula dibuat di laman web
syarikat.
p/s: Macam pakai spek mata terbalik ja kan..Hehehe..
drysheetblogsport
Tiada ulasan:
Catat Ulasan