Khamis, 29 Januari 2015

Masjid Qods : Masjid Dengan Rekaan Futuristik Di Tehran

Wow

Ini ialah rekaan Masjid Qod yang terletak di Tehran Iran. Masjid ini mempunyai rekaan futuristik pada bahagian dinding luarnya. Panel hexagon disusun menjadi dinding yang menutup lorong pejabalan kaki. Kalimah Allah dijadikan motif utama pada bahagian dinding ini. Nampak seperti sarang lebij islamik. Masjid ini direka oleh Arash Tehrani, Sebuah lagi rekaan masjid moden yang menarik pada hemat kami. 


Info - Kebaikan Membedung Bayi

bedung
Hari ini ramai ibu bapa yang baharu menimang cahaya mata mengadu si kecil cukup tidak suka apabila dibedung. Setiap kali dibedung pasti bayi akan menangis tanda tidak selesa atau mengeluarkan tangannya daripada bedungan.

Mungkin sebagai ibu bapa baharu, anda masih tidak mahir mengaplikasikan teknik membedung bayi dengan cara yang betul membuatkan si kecil jadi tidak selesa atau bedung tersebut mudah terbuka. Ada beberapa teknik yang harus diikuti untuk memastikan bayi selamat apabila anda mengangkat, mendukung atau membuainya ketika dibedung. Bedung yang tidak kemas akan membahayakan keselamatan bayi.

Pernahkah anda Lihat Gambar Terbesar yang Pernah diambil?

Biasanya kita menggunakan kamera di smartphone, kamera kompak atau pun DSLR untuk mengambil gambar. Saiznya pula hanya beberapa Megabyte yang juga boleh disimpan di dalam kad memori. Bagaimana pula dengan gambar yang paling besar saiznya?

Pada 5 Januari NASA mengambil gambar berkapasiti 1.5 bilion piksel imej (69536 x 22230) yang memerlukan lebih daripada 4 GB ruang cakera. Imej tersebut adalah Andromeda Galaxy dan ia ditangkap menggunakan NASA / ESA Teleskop Angkasa Hubble. Satu imej mengandungi angaran 100 juta bintang dan membawa kepada lebih daripada 40,000 tahun cahaya.

Galaksi Andromeda 

Cara Elak Serangan Jantung Dengan Amal Diet Nenek Moyang

diet 
PANDANGAN konvensional terhadap punca utama penyakit jantung tertumpu kepada empat arterikoronari yang mengalami penyempitan berterusan.

Timbunan plak yang dikaitkan dengan pengambilan makanan berlemak secara berlebihan, berlemak tepu atau berkolesterol pula dikatakan sebagai punca arteri menjadi sempit.

Teori tersebut merupakan teori asal pembentukan plak atherosclerosis dan masih digunakan ramai doktor hingga sekarang.

Resepi Daging Palembang Sedap

 
 Assalamualaikum...

Resepi Daging Palembang sangat femes seantero maya, cuma saya yg agak ketinggalan baru saja berkesempatan mencuba...menyesal pulak lambat menerai resepi yg senang tp hasilnya sangat mabeles..Kepada kawan2 yang pernah makan Daging Masak Hitam rasa Daging Palembang lebih kurang macam tu la.Cuma tak letak rempah kari jer dalam bahan.Daging Palembang ni saya makan bersama dengan Nasi Daging Berempah memang sangat serasi bersama. Okey tanpa membuang masa, jom kite semak resepi.

MasyaAllah.. Pemain Bola Sepak Jerman Umum Peluk Agama Islam


 
 
TERSENTUH hati kami mendengar luahan seorang pemain bola sepak Jerman bernama Danny Blum yang mengumumkan telah memeluk agama Islam dan menyifatkan agama ini sebagai sumber kekuatan kepada dirinya.

“Islam memberi saya harapan dan kekuatan. Solat menenangkan jiwa saya,” beritahu Blum kepada akhbar Bild pada hari Isnin lalu.

Petua Menghargai Pasangan

 
Tips ini adalah untuk pasangan yang sah dinikahkan, bagi yang belum tu, boley jugak baca untuk knowledge
 

1. Anggap pasangan seperti diri sendiri
Menganggap pasangan sebagai diri sendiri yang harus dihargai, dibelai, dihormati, disayangi dan dikasihi. Semua orang suka dibelai dan dikasihi apatah lagi pasangan suami dan isteri. Mengapa selepas berkahwin cinta tidak sehangat sewaktu bercinta. Inilah yang sering diabaikan oleh banyak pasangan. Pasangan anda adalah cerminan diri anda sendiri. Kemana pun anda pergi potret wajahnya perlu anda bawa bersama. Jika ini diamalkan selalu, rumahtangga akan menjadi bahagia.
 
 

Dua Jenis Orang Miskin

SAYA merasa pelik, ada orang miskin yang begitu mudah meminta-minta. Mereka merasa gembira menjadi penerima, malah seolah-olah bersyukur pula dengan kemiskinan yang menimpa. Namun, saya juga melihat ada kelompok fakir dan miskin yang cuba menyembunyikan kemiskinan dan mereka malu menerima bantuan. Apakah penjelasan terhadap kewujudan dua fenomena ini?

Jawapan

Memang benar kenyataan saudara, bahawa wujudnya dua kelompok berbeza dalam kalangan orang-orang fakir dan miskin. Ada kelompok yang meminta-minta dan ada kelompok yang enggan meminta-minta. Dalam hal ini, cuba kita renungi firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Ma'arij, ayat 24 dan 25: 

Dan orang-orang yang di dalam hartanya ada hak yang tertentu (bagi orang-orang fakir dan miskin), yang meminta-minta dan juga yang enggan meminta-minta.
 

Banyak Manakah al-Qur’an Perlu Di baca?‎

Al-Quran terdiri dari himpunan ayat-ayat yang terkandung di dalam 114 surah. Ayat-ayat di dalam surah-surah ‎tersebut, semuanya adalah wahyu dari Allah SWT kepada Rasulullah SAW, diturunkan selama 23 tahun. Setiap surah ‎berbeda panjang pendeknya, memiliki ciri-ciri tersendiri, dan kronologi peristiwa yang berbeda. Kebanyakan surah-‎surah mempunyai satu nama, namun ada yang lebih dari satu nama.‎

Tidak ada garis panduan yang muktamad tentang berapa banyak al-Qur’an perlu di baca. Ianya bergantung pada ‎azam dan niat seseorang. Juga pada situasi kehidupan yang dijalani individu. Membaca untuk tujuan ‎bertafakur, memikir dan mendalami pemahaman, maka al-Qur’an di baca dalamasa yang lebih panjang. Iman al-‎Ghazali pernah mendengar seseorang berkata “aku selesai membaca al-Quran kadangkala pada setiap hari ‎Jumaat, kadangkala setiap bulan, kadangkala setiap tahun.” Dan pernah juga beliau terdengar dari seseorang, “aku telah cuba ‎mengkhatam pembacaan al-Quran sejak 30 tahun yang berlalu, namun masih belum mampu.” (Ihya ‎Ulumuddin)
 

Rabu, 28 Januari 2015

Keganasan Perang Antara Suku Kaum Di Irian

Perang suku di Irian yang hingga kini masih berlaku antara masyarakat tradisional untuk mempetahankan wilayah atau perselisihan faham antara suku-suku.

Gambar-gambar ini di ambil dari insiden perang antara suku di Kabupaten Mimika iaitu di kampung Kwamki lama. Pihak berkuasa terpaksa campur tangan dalam insiden bedarah ini yang menyebabkan seorang terbunuh dan 4 buah kereta terbakar



Menakjubkan! Burung Ini Mampu Terbang Secara Berundur.



Tahukah anda Burung Kolibri atau Hummingbird iaitu hanya satu burung yang boleh terbang berundur? Tidak seperti burung-burung umumnya yang cuma dapat mengepakkan sayapnya untuk terbang, burung kolibri mempunyai  sayap yang sangatlah fleksibel, sehingga ia boleh memainkan sayapnya hingga 180 darjah. Lantaran kelebihannya ini, burung kolibri boleh terbang ke belakang serta ke sisi tanpa ada mesti memainkan arah.

Trick ini terkadang dilakukan bila  diserang oleh burung lain, Burung kolibri bakal segera terbang berundur atau terbang dengan kedudukan tubuh terbalik, Hebatnya lagi mereka boleh lakukan trick ini tanpa mengkurangkan kelajuan terbang mereka. Memanglah burung kolibri disedari saintis juga sebagai haiwan yang akrobatis, di sokong dengan otot dada yang kuat, burung kolibri boleh lakukan salto di udara.
 

Menarik - Belajarlah Setia Dalam Perhubungan Dari Burung Merpati

Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, ucapkan syukur atas nikmatnya. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.


merpati putih

Ramai yang tanya acik bagaimana untuk setia ? ada cara yang terbaik untuk setia ? Kehidupan ini kita perlu saling menghargai sesama jantina, belajar untuk menghargai pasangan mahupun saling melengkapi satu sama lain. Hari ini acik belajar sesuatu melihat keindahan penciptaan alam. Belajar daripada filosofi burung merpati.

Resepi Baru Tomato Sumbat Keju



Tomato sumbat keju?...macam pelikkan....tapi itu lah hakikatnya resipi dari "kak hani" atau lebih famous dgn nick Ringo....



Fakta Unik Mengenai Orang Kidal

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Subhanallah Walhamdulilah Walailaha Ilallah Wallahu Akbar
Allahumma Solli ‘Ala Saidina Muhammad Wa’ala Alihi Saidina Muhammad
Semoga di beri kesihatan yang baik dan di sayangi ALLAH SWT selalu


Kidal bermaksud individu yang lebih cenderung menggunakan tangan kiri untuk. melakukan berbagai tugasan. 10 peratus dari 6.7 billion populasi di dunia ini adalah manusia yang kidal ( lefthanded ).
Hubungan kidal dengan otak Secara amnya kidal juga bermaksud lebih menguasai otak di sebelah kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kanan dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kiri.


Kenapa Makan Guna Tangan ,Tak Guna Sudu ?


Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Hari ini bertolak ke pahang kerana ada kerja yang perlu di selesai. Pagi-pagi dah keluar rumah sebab takut terlewat. Perut laparlah pula, jadi pergilqh makan di tbs.

Sebelah meja sepasang mat saleh sedang makan. Pelik juga, mat saleh duk pandang je aku makan. Rasa janggal pun ada, aku ada buat salah ke? 

Tetiba-tiba...
 

Istighfar

Kita hendaklah banyak beristighfar dengan mengingatkan Allah subhanahua ta'ala sambil mengingatkan dosa-dosa kita yang begitu banyak. Begitu banyak dosa-dosa yang kita buat siang dan malam, jadi kita kena beristighfar dengan penuh menyesal, sentiasa merendah diri kepada Allah, penuh menyesal dan bertaubat kepada Allah ta'ala.

Sesiapa yang melazimi istighfar kepada Allah ta'ala, sentiasa beristighfar kepada Allah ta'ala, Allah s.w.t. akan bagi jalan keluar kepadanya dari segala masalah, dan Allah akan hilangkan segala kesusahan-kesusahannya, segala perkara yang menyebabkannya susah hati Allah ta'ala akan hilangkannya.
 

Kehilangan ini mengajarkan kita erti seorang hamba dan kekuatan.


kehilangan ini menguatkan
kehilangan ini bukanlah melemahkan, malah menguatkan. * the difference between happiness and sadness. by awfultosee
Tahun yang penuh dengan kehilangan.

Tahun ini merupakan tahun yang banyak kehilangan berlaku bukan pada saya tapi pada teman-teman rapat saya.

Bermula dengan kematian seorang pelajar di universiti saya kemudian kematian tunang kepada junior yang rapat dengan saya.

Tak sampai 2 bulan ayah kepada roommate saya pula meninggal dunia dan kemudiannya ibu kepada rakan sekuliah saya dan paling terbaru adalah kematian junior kelab saya.


Selasa, 27 Januari 2015

Kekeliruan Yang Sering Terjadi Dalam Istikarah

ehsan google 

Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, ucapkan syukur atas nikmatnya. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad. Ramai yang duduk PM acik di facebook tentang istikarah. Solat sunat istikarah seharusnya kita lakukan ketika kita dalam dilema dan dalam kekeliruan untuk memilih. 

Ramai yang keliru, mengatakan kenapa bila buat solat istikarah tidak dapat petunjuk dan bila buat solat istikarah itu nampak wajah seseorang bersilih ganti ?


Sebelum itu, fahami kenapa kamu buat solat istikarah ? 
 

Cara Ikat Tali Leher Yang Lebih Kreatif

Cara Ikat Tali Leher Yang Lebih Kreatif yang boleh diapplikasikan oleh kaum lelaki ye. Yang perempuan pun boleh ambil tahu jugak. Ye lah nak tolong husband ikatkan tali leher kan senang. Ala² sweet gitu. Pernah je belajar ikat tahi leher dengan Encik husband tapi tak pandai² gak. Nasiblah Encik husband bukan pakai tali leher pun.ᕙ(`▽´)ᕗ

Tak yah cakap banyak tengok je tutorial bergambar ni. Dari yang biasa biasa kita cuba jadi luar biasa pulak.
 

Perkara Yang Tidak Menarik Dari Kacamata Lelaki..

YANG menarik di mata wanita, tak semestinya cantik di mata lelaki dan begitu juga sebaliknya.
Tapi tahukah anda kebanyakan benda yang gemar dilakukan di bawah ini merupakan antara perkara yang tidak begitu disenangi oleh si jejaka jika ianya dilakukan oleh wanita-wanita di luar sana.
Nak tahu apa dia? Jom check senarai ni!

1) Gaya rambut yang rumit

1 


Kadar Baru Cukai Pendapatan Individu LHDN 2015

income tax 2015
Kadar Baru Cukai Pendapatan Income Tax Individu LHDN 2015. Berikut adalah kadar cukai bagi individu di Malaysia untuk taksiran 2015 terkini selepas pembentangkan Bajet 2015 Oktober lalu. PM mengumumkan pengurangan kadar cukai pendapatan individu antara satu hingga tiga mata peratusan. Turut diumumkan adalah golongan berkeluarga yang berpendapatan empat ribu ringgit sebulan tidak lagi mempunyai tanggungan cukai.

Justeru itu, dianggarkan seramai 300,000 individu tidak perlu lagi membayar cukai pendapatan.

Berikut adalah kadar baru cukai pendapatan bulanan individu LHDN 2015.
* Sumber LHDN



Resepi - Steamboat Ala Johnny’s

Hari ni saya nak kongsikan resepi steamboat ala Johnny’s. Sesiapa yang pernah makan steambot di Johnny’s mesti akan cakap, sos dia sedap kan? Alhamdulillah terima kasih pada Google sebab bawa saya ke blog Aisyrania yang sudi berkongsi resepi sos steamboat marvellous tu. Mmg sebijik macam kat Johnny’s ok! Gambar2 di sini pun ada yang saya ambil dr blognya juga.

KENAPA SAYA SUKA RESEPI STEAMBOAT NI?

Resepi ni sangat2 sesuai untuk ibu berkerja yang tak sempat duduk lama di dapur. Satu menu dan tak perlu nak masak pelbagai lauk sebab semua orang boleh makan, termasuk anak2 kecil sebab tak pedas (melainkan kalau anda buat sup tomyam). Sos steamboat boleh buat banyak dan kemudian disejukkan untuk next time punya meal, jadi next time hanya perlu masak nasi dan buat sup sahaja. Simple, cepat, kenyang, dan sihat. Resepi ni sesuaiii sangat tanak bagi kulit berminyak & berjerawat gitu. ;)

resepi malas masak
Menu saya sekeluarga malam tadi :)


Perkara Pelik Dilakukan Oleh Pengguna Kenderaan di Jalanraya


Kenderaan sekarang merupakan satu benda yang wajib dan penting digunakan oleh semua orang sebagai medium pengangkutan.

Pada tahun 2010 sahaja terdapat 239,8 juta biji kenderaan didunia dengan Amerika Syarikat memegang rekod kenderaan paling banyak di duni iaitu 769 kendaraan per 1000 penduduknya.

Jadi tidak hairanlah bermacam-macam ragam dapat dilihat oleh pemandu kereta dan motosikal ini.




Info - Vitamin Untuk Meningkatkan Kesuburan

10 Vitamin Untuk Meningkatkan Kesuburan

1

Adakah anda ingin menimang cahaya mata sendiri tetapi anda tidak tahu sejauh mana tahap kesuburan anda? Jika begitu mulakan dengan pengambilan vitamin yang betul. Terdapat 10 vitamin utama yang boleh meningkatkan kesuburan dan menyediakan tubuh kita untuk kehamilan.

1. Asid Folik
Asid folik adalah penting untuk melindungi bayi di dalam kandungan daripada kecacatan saraf (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida.

Selalunya doktor akan menasihatkan anda mula memakan 400 mikrogram asid folik setiap hari sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum anda merancang untuk hamil.

Selain daripada pil, anda boleh mendapatkan asid folik dengan memakan buah-buahan sitrus dan sayur-sayuran berdaun.

Isnin, 26 Januari 2015

Info - Bahaya Air Kosong kepada Bayi Anda


Air merupakan elemen terpenting untuk setiap hidupan di muka bumi. Tubuh manusia sahaja mempunyai 70% air. Dewasa perlu meminum 1 liter air untuk kesihatan yang optimum. Namun ia berbeza kepada bayi yang berumur 6 bulan ke bawah.

Air kosong tidak sepatutnya diberikan kepada mereka walaupun pada ketika cuaca sangat panas. 

Sebaliknya, susu ibu atau susu formula sudah mencukupi untuk mengawal keseimbangan bendalir di dalam badan bayi.

Berikut adalah sebab mengapa anda tidak sepatutnya memberikan air kosong sebagai minuman kepada bayi

Ahad, 25 Januari 2015

Tip Untuk Wanita Yang Bakal Jadi isteri


Foto : by narusehikari

1. Berkhidmat dengan rasa puas serta taat padanya.

2. Memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.

3. Menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat kira-kira dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.

Info Menarik - Bahaya GER terhadap bayi

 
Keadaan bayi yang baru dilahirkan kerap mengalami masalah ketika proses penyusuan (regugitasi) seperti batuk semasa menyusu, memuntahkan susu yang diminum, masalah pernafasan dan tidak selesa selepas menyusu amat membimbangkan ibu bapa serta menimbulkan keresahan.

Bagaimanapun, situasi berkenaan fenomena biasa dinamakan refluks gastroesofagus (GER) iaitu asid perut menolak makanan atau minuman dalam perut ke atas iaitu ke arah saluran esofagus yang juga tiub menghubungkan mulut ke perut.

Resepi Biscotti Kacang Rangup

Masakan Itali selalunya kaya dengan rasa dan penuh dengan hidangan yang enak. Walaupun masa makan telah sampai ke pengakhirannya, masih ada lagi hidangan enak untuk dijamu. Apakah yang rakan Itali kami suka nikmati bersama kopi yang harum pada pengakhiran sesi makan? Semestinya biscotti! Ikutilah resepi biscotti ini untuk menghasilkan biscotti yang rangup dan berkacang untuk dinikmati bersama secawan kopi sempena musim Tahun Baru Cina ini.

Resepi Biscotti
Untuk resepi kedua bulan Januari, kami mempersembahkan resepi biscotti kacang rangup kami. Terdapat beberapa versi biscotti, ada yang lebih tebal, ada yang nipis seperti kadboard. Ada yang hanya mengandungi kacang, manakala ada yang juga mengandungi buah-buahan kering. Walaupun terdapat resepi biscotti yang menggunakan seluruh telur, resepi kami hanya menggunakan putih telur untuk menghasilkan biskut yang ringan lagi rangup. Selain dari putih telur, resepi ini hanya memerlukan beberapa bahan lain – gula kastor, tepung biasa, kacang (seperti badam, pistachio, walnut) dan secubit garam. 

Khamis, 22 Januari 2015

Kehebatan Dua Ayat Terakhir Surah Al-Baqarah

UNTUK PERLINDUNGAN DARI SEGALA KEJAHATAN:
 
Abu Mas’ud Albadri r.a. berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda; “Barangsiapa membaca dua ayat dari surat Al-Baqarah, maka cukuplah baginya (dari hal-hal yang membencikan. Dan menurut sebahagian pendapat :sama dengan bersembahyang malam).” (Riwayat Bukhari & Muslim)

UNTUK MEMOHON AGAR DIKABULKAN:
 
Ibnu Abbas r.a. bercerita: Pada suatu ketika Malaikat Jibrail berada disisi Nabi Muhammad s.a.w. , tiba-tiba terdengar suara dari atas, maka ia mengangkat kepalanya dan berkata: “Ini sebuah pintu dilangit, pada hari ini dibuka dan turun seorang malaikat memberi salam dan berkata: “(Bergembiralah dengan dua cahaya penerangan yang diberikan oleh Allah s.w.t. kepadamu dan belum pernah diberikan kepada seseorang Nabi sebelum kamu iaitu: FATIHUL KITAB dan akhir SURAH AL-BAQARAH. Tiada engkau membaca suatu huruf daripadanya melainkan pasti permintaanmu diberi).” (Riwayat Muslim)

(Surah AL-BAQARAH: 285-286):
 
 

Jambatan Akar Pokok di India yang Sangat Menakjubkan, Menjadi Semakin Kukuh Setiap Tahun

Kebiasaannya apabila masa berlalu sesebuah objek akan menjadi semakin usang dan dan tidak sekukuh seperti awalnya. tetapi berbeza pula dengan satu jambatan yang sangat menakjubkan di Mawsynram di Meghalaya, India ini. Masyarakat tempatan telah melatih akar pokok getah untuk melingkar sehingga membentuk sebuah jambatan yang sangat unik. Apa yang lebih menakjubkan lagi adalah jambatan akar pokok ini menjadi semakin kukuh dari masa ke masa apabila akar pokok berkenaan semakin berkembang.

treerootbridge01 


Kerana Sedih Anak Angsa Bunuh Diri Selepas Ibu Mati

Seekor anak angsa ditemui mati akibat bunuh diri di sebuah tasik di Taman Sanmenxia, Henan China. Kejadian ini dilihat dan gambarnya dirakam oleh seorang pendaki, Yan Yan Hsiao.

1.
anak-angsa-bunuh-diri
Pada mulanya, ia memanggil2 si ibu yang telah mati di tasik tersebut. Akibat sedih, tertekan atau stress, dia mengibar2 kepak dan kemudian selam kepala ke dalam air. Tak lama selepas tu, si anak pun turut mati bersama ibunya.

Subhanallah - Keajaiban Dalam Bencana Banjir

Disebalik kemusnahan yang dapat disaksikan dalam banjir tsunami yang menimpa Kelantan yang juga dikenali sebagai serambi Mekah terdapat juga keajaiban yang menjadi pengajaran kepada kita.
 
Gambar-gambar berikut menunjukkan beberapa kejadian yang diceritakan setelah surutnya banjir tsunami tersebut.

 
 
 

Menarik - Cara Berjimat Dari Q Rhy Mey Agar Dapat Travel Keliling Dunia

Kami pasti ramai yang berimpian mahu terbang keliling dunia, melihat indahnya alam, bertemu berbagai bangsa dan berkenalan dengan berbagai rupa manusia.

Tapi bukan semuanya mampu. Nak travel kena ada duit banyak (sob… sob…).

Mungkin perkongsian dari Saudara Q Rhy Mey ini bakal membuat anda terus kekal memasang impian untuk mengembara melihat dunia. Kita ikuti tips beliau bagaimana untuk berjimat agar impian untuk mengembara tercapai.



Ada sahabat tanya saya macamana saya boleh jimat duit dan travel walaupun saya tidak kaya? Berdasarkan pengalaman sendiri, ini yang saya lakukan beberapa tahun lepas.


Perpustakaan Paling Menakjubkan Di Dunia

Dr James Campbell seorang akademik dari british, dia perna melawat lebih daripada 80 perpustakaan di 20 buah negara dan semuanya amat menakjubkan. Jom kita lihat perpustakaan yang perna dilawat oleh beliau.

Perpustakan di Kuil Haeinsa di Korea Selatan, mempunyai pelbagai buku yang menarik, dan rupa bentuk perpustakan ini sangat unik.
 

Tips - Atasi Masalah Suami Cermat


Atasi suami cermat

Sebagai wanita punya suami yang cukup berkira memang menyesakkan dada. Apa yang mahu dibeli diteliti terlebih dahulu, wang diberi cukup-cukup malah selalunya kurang hingga menyebabkan anda tertekan apatah lagi anda hanya suri rumah tangga yang tiada pendapatan lain. Jadi bagaimana berdepan suami begini. Ini saranannya.
 

Resepi Kerabu Sotong dan Udang Ala Thai

Kerabu Sotong dan Udang Ala Thai
Masa:
Penyediaan: 15 minit | Memasak: 0 minit | Keseluruhan: 15 minit
Jumlah Hidangan : 3 orang


Rabu, 21 Januari 2015

Landskap yang Sangat Menakjubkan Diperbuat daripada 60,000 Keping CD Lama

CD atau DVD mungkin semakin kurang mendapat tempat pada masa sekarang dan mungkin juga akan pupuas pada masa hadapan. Ini kerana penggunaan storan awan yang lebih efisyen dan menjimatkan. Post kali ini kami nak kongsikan kepada anda landskap yang sangat menakjubkan menggunakan 60,000 keping CD terbuang hasil karya artis dari Perancis, Élise Morin.

elisemorin1 


Kepentingan Vitamin D Untuk Tumbesaran Kanak-kanak

http://siraplimau.com/wp-content/uploads/2014/04/kelebihan-vitamin-d-kanak-kanak.jpg

Kelebihan Vitamin D

Vitamin D merupakan salah satu vitamin yang penting dalam tumbesaran kanak-kanak. Vitamin D membantu dalam pertumbuhan tulang membesar dengan baik serta memastikan tulang kanak-kanak dalam keadaan kuat. Lazimnya manusia mendapat sumber vitamin ini daripada cahaya matahari. Selain itu, vitamin D juga boleh diperolehi daripada sumber makanan daripada jenis tenusu.

Perkara Yang Membuat Lelaki Menyenangi Wanita

Setiap wanita di dunia ini pasti inginkan hubungan mereka berkekalan sehingga ke jinjang pelamin dan sehingga akhir hayat dan tidak sesiapa pun yang mahu hubungan sekerat jalan kerana ia hanya membawa kepada kesedihan dan hati yang hancur sahaja.

Tetapi sebenarnya wanita juga perlu mengetahui apakah perkara yang disenangi oleh kaum lelaki supaya kaum lelaki ini memahami pasangannya dan seterusnya menjadikan hubungan itu lebih intim dan tiada salah faham antara satu sama lain.

1. Terima Lelaki agar Dia Menerima Anda

Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain dari “Terimalah lelaki sebagai sediakala”. Terima dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda mengetahui ialah mengenai lelaki, bukan mengubah lelaki.

Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih anda atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan yang lain, yang mungkin tidak anda sukai, dan tidak menyukai anda.



Air Terjun Gunung Uhud Tanda Kiamat?


Syekh Dr. Muhammad alu Nashr mengulas video ini dengan mengatakan:

صدق رسول الله صلى الله عليه وسلم:لن تقوم الساعة حتى تعود جزيرة العرب جناة وانهارا -انها اعلام النبوة

“Benarlah Rasulullah shallallahu ‘alayhi wasallam yang bersabda: tidak akan datang kiamat hingga jazirah arab kembali menjadi kebun-kebun dan sungai-sungai” sungguh ini mu’jizat kenabian!
 

Selasa, 20 Januari 2015

Perkara Elakkan Ketika Bergadoh

Perbalahan sentiasa berlaku. Tidak semua di antara kita sebagai manusia akan bersetuju dengan pendapat orang lain setiap masa. Orang lain juga pun takkan sentiasa setuju dengan pendapat kita. Namun demikian, dalam percintaan dan perhubungan, perbalahan boleh menjadi terlalu mengikut emosi, sampai ke tahap boleh melukakan hati pasangan.
 
 

Cool - Padang Golf Terapung Coeur d´Alene

Fore!

Golf bukanlah permainan marhaen kerana ianya sukan yang mahal. Tetapi jika anda swag dan mempunyai wang berlebihan sukan golf amat sesuai untuk bisnes dan melarikan diri dari peduli hal negara terutamanya jika bermain golf bersama Obama. Di Padang Golf Coeur d´Alene yang terletal di Idaho Amerika Syarikat ada sebuah tarikan unik. Lubang ke 14 padang golf ini terapung dan pemain perlu menaiki bot untuk melakukan putting. Kedudukan pulau ini juga boleh diubah mengikut kehendak pengendali padang golf. Looks cool!




Petua Mencari Sahabat Sejati

Assalamualaikum...


Rasulullah saw pernah berpesan: "Agama seseorang itu terletak di atas agama atau jalan yang dipilih oleh rakannya". Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dalam memilih siapa yang harus dijadikan sahabat.

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: "Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:


Filem Blockbuster Wajib Ditonton Tahun Ini

Susunan filem-filem hebat sepanjang tahun ini juga bakal merancakkan pawagam dan sekali gus mengembalikan keterujaan penonton untuk memilih panggung wayang sebagai satu bentuk hiburan utama.

Mengapa anda perlu ke pawagam dengan kerap tahun ini?

Dominasi francais-francais terhebat tahun ini antara sebab kenapa anda mesti meluangkan lebih banyak masa bagi menonton wayang.

Di sini penulis senaraikan 10 filem hebat 2015 yang mesti ditonton.

1) Into The Woods – Tarikh tayangan, 15 Januari 2015
Kupasan: Memulakan keterujaan tahun baru ini adalah filem terbitan Walt Disney Pictures, Into The Woods.
Berkonsepkan muzikal fantasi, keunikan filem ini terletak pada plotnya yang menggabungkan empat kisah dongeng ternama garapan Brothers Grimm.

Menerusi naskhah ini, penonton akan dibawa menyelami pengembaraan pasangan suami isteri Baker dalam memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh si ahli sihir (Witch).

Cinderella and Prince CharmingJack and the BeanstalkLittle Red Riding Hood, serigala (Wolf) serta Rapunzel menjadi kunci kepada pasangan Baker bagi memastikan impian mereka untuk menimang cahaya mata dikabulkan Witch.

Filem ini membariskan nama-nama besar seperti Meryl Streep (Witch), Anna Kendrick (Cinderella), Johnny Depp (Wolf), Chris Pine (Prince Charming) dan James Corden (Mr. Baker).

Tips - Kembalikan Kilat Sudu, Garfu dan Pisau!

Kembalikan Kilat Sudu, Garfu dan Pisau !

Sudu, garpu dan pisau merupakan salah satu aksesori dapur yang paling mudah berkarat dan melekat kotoran selain daripada kuali dan periuk. Oleh itu ramai suri rumah mula membelanjakan wang ringgit untuk membeli set yang baru di kedai.

Jangan bazirkan duit jika masalah itu sebenarnya boleh di selesaikan. Jom cuba salah satu cara untuk mengilatkan sudu dan garfu di rumah anda dengan cara paling mudah.


Resepi Kek Pisang Lagi - KEK PISANG BERSANTAN

Tak abis lagi cerita buah pisang ni lagi.. Hahahaha... nasib badan le yer.. ada lagi baki buah pisang ni selepas saya tamak perisi biji-bijinyer saya frozenkan dalam frezeer. Kekonon nak masak macam-macam le sangat... apam le bagai tapi hapa pun tarak.. last2 nak perabiskan pisang ni saya wat kek lagi... hehhheeh tak abis2 kek lagi kan.... peduli apa saya.. yang penting abis.. selesai sedekah kat jiran tetangga..... Resepi saya amik 
 
Yang saya buat ni adunan untuk 3 loyang yer. Itu yang saya pilih resepi ni.. biar settle semua pisang tu... 
 
 
 Kalau kawan-kawan nak buat .. bahagi 2 atau 3 yer dari resepi ni..
 
gedebob...

Isnin, 19 Januari 2015

SANTAI : Video Lagu Mawar Merah Nyanyian Lata Mangeshkar

  Legendary singer Lata Mangeshkar takes to Twitter to refute death rumours
Penyanyi suara emas India, Lata Mangeshkar
Tidak ramai yang menyedari perkara ini tetapi ia adalah benar.

Penyanyi yang digelar sebagai wanita bersuara emas itu, menyanyikan lagu dan lirik hasil ciptaan Rhoma Irama dan Eddy Milfaris.


Resepisdap dan mudah - BISKUT TIRAMISU

BISKUT TIRAMISU
 
Bahan-Bahannya:
1 peket biskut - dari apa-apa jenis (saya guna biskut cream creakers)
1 tin susu cair - saya guna susu full cream Dutch Lady
1/2 tin susu pekat - saya kurangkan sebab tak suka manis sangat
4 sudu makan tepung kastard
1 cawan air
Secubit garam 
Serbuk milo
 

Fakta - 5 Pesawat Yang Hilang Dan Menjadi Misteri Sehingga Kini

Tahun lepas merupakan antara tahun yang amat malang untuk industri penerbangan dunia. Beberapa kejadian yang melibatkan kapal terbang telah berlaku. Setakat ini, kehilangan Malaysian Airlines MH370 pada bulan Mac 2014 masih menjadi misteri untuk semua.
Tahukah anda, terdapat juga beberapa misteri melibatkan pesawat lain yang masih tidak dapat diselesaikan sehingga ke hari ini? Berikut adalah antara pesawat yang telah hilang secara misteri dan menjadi tanda tanya hingga kini.
 

'Suamiku curang berpuluh kali'

Foto ilustrasi Foto ilustrasi
LEMAH lesu di perbaringan, saya memandang kosong ke dinding wad. Telefon bimbit kejap di tangan. Saya masih berkira-kira sama ada hendak menelefon suami atau tidak. Sudah beberapa jam saya dimasukkan ke wad bersalin ini, bayi ketiga hasil perkahwinan 10 tahun lalu, belum diazankan.
 
ALLAHUAKBAR... kuatkan semangatku. Janganlah KAU izinkan suami ke mari bersama perempuan itu. Rintih saya sebelum menggagahkan diri mencari kekuatan untuk mendail nombor suami. Hanya mendail dengan jari, tetapi kekuatan yang diperlukan ibarat segunung bongkah batu. Demi cinta dan demi anak ini, saya hubungi juga si pemilik hati.
 
“Assalamualaikum abang. Tia dah bersalin. Wad bersalin tingkat 3. Datang sendiri ya.”
 

Mengapa Umat Islam Jadi Sasaran Pemusnahan di Akhir Zaman?

DARI Ummul Mukminin Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam), beliau berkata: "(Pada suatu hari) Rasulullah Shallallahu' Alaihi wa Sallam masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cemas sambil bersabda, 'La ilaha illallah, celaka (binasa) bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka bahagian dinding Ya'juj dan Ma'juj seperti ini ', dan Baginda mencari hujung ibu jarinya dengan hujung jari yang sebelahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyaratkan seperti bulatan.

Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya, 'Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa, sedangkan di kalangan kami masih ada orang-orang yang soleh? '

Lalu Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda,' Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak ', "(HR. Bukhari dan Muslim).
 
 

Pengarah Filem Perancis masuk Islam setelah serangan Charlie Hebdo

 
Isabelle Matic
Seorang pengarah filem Perancis telah mengumumkan masuk Islam dalam akaun Facebook-nya, tidak lama selepas insiden serangan Charlie Hebdo yang mempengaruhi peningkatan pelbagai gerakan anti Islam di Eropah akhir-akhir ini.
 
"Hari ini, saya melewati tiang pertama Islam. "Tidak ada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah Rasul-Nya," kata Isabelle Matic dalam mesej yang dipaparkan di laman Facebook-nya pada 11 Januari, sebagaimana dilaporkan Onislam dan Mi'raj Islamic News Agency (MINA).
 
Tidak hanya itu, posting-posting pengarah itu di jejaring sosial kini berkaitan dengan agama yang dianutnya, termasuk ucapan terima kasihnya kepada pelakon asal Maghribi Hicham Bahloul kerana membantu penyiaran keislamannya di sebuah akhbar di Maghribi.
 

Ahad, 18 Januari 2015

Amalan Rasulullah S.a.w dan sahabat ketika ribut

Sayyidatina Aisyah r.a meriwayatkan bahawa apabila berlaku ribut dan taufan, akan zahir perubahan pada wajah Nabi S.a.w iaitu menjadi pucat. Baginda S.a.w akan berjalan keluar masuk dalam keadaan resah sambil membaca doa ini;
 اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ خَيْرَهَا وَخَيْرَ مَا فِيهَا وَخَيْرَ مَا أُرْسِلَتْ بِهِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا وَشَرِّ مَا فِيهَا وَشَرِّ مَا أُرْسِلَتْ بِهِ
"Ya Allah, aku mohon daripadaMu kebaikannya dan kebaikan yang ada di dalamnya dan kebaikan yang Engkau kirim dengannya, dan aku berlindung denganMu daripada keburukan angin ini dan keburukan yang ada di dalamnya dan keburukan yang Engkau kirim dengannya."
 
 

Senarai Biasiswa Untuk Melanjutkan Pelajaran Ke Universiti

Senarai Biasiswa Untuk Melanjutkan Pelajaran Ke Universiti
Berikut antara senarai bantuan biasiswa dan pinjaman untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti/IPTA dan lain-lain lagi.

Untuk makluman, permohonan online UPU ke IPTA, Politeknik dan sebagainya akan di buka pada 19 Januari 2015. Untuk keterangan lanjut sila layari informasi di SINI.
 
 

Tips - Langkah Bijak Untuk Anda Menangani Sifat Malu Terima Pujian

Pipi anda tiba tiba bertukar merah, anda kehilangan kata kata & memalingkan pandangan mata ke satu arah lain apabila anda menerima pujian mesra daripada seseorang. Seperti wanita lain di luar sana, anda tidak keseorangan dalam perkara ini.

Namun ianya bukan penghalang untuk anda secara anggun dan bijak menangani pujian seterusnya dari sesiapa pun dan kami ada panduan untuk anda ikuti.

1. Kenalpasti si pemberi pujian

Apa perasaan anda jika pujian yang anda berikan kepada seseorang rasa seperti tidak diendahkan sedangkan penerima pujian itu sebenarnya malu dan segan, sama seperti anda. Di sini pentingnya untuk anda kenalpasti dan lihat terus ke mata pemberi pujian untuk memberikan tanda yang anda sedar akan pujian yang diberi dan akan melakukan perkara nombor dua …


Pertemuan Semula Menyayat Hati Mangsa Culik Dengan Bapanya Setelah 24 Tahun

Airmata bercucuran Selasa lepas apabila seorang lelaki dari Sichuan, China, yang diculik semasa berusia empat tahun akhirnya disatukan semula dengan bapanya, 24 tahun kemudian.

Pada tahun 1991, Sun Bin yang ketika itu masih anak kecil diculik dari pasar di Chengdu, Sichuan, di mana bapanya berniaga sayur. Dia kemudiannya dibawa oleh penculiknya ke Xuzhou, Jiangsu, lapor NetEase.

 photo family-reunion2.jpg

Pada usia 28 tahun dan teruja untuk bertemu kembali dengan ahli keluarganya, Sun dengan bantuan biro keselamatan awam berjaya mengasan bapanya dan mengadakan pertemuan semula. Pertama kali berjumpa bapanya sejak peristiwa itu, lelaki itu menangis sebelum mereka berdua berpelukan. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...