Ada seorang raja yang hobinya memburu binatang. Setiap kali
ingin pergi memburu, raja ini membawa penasihatnya sekali. Mereka
berdua masuk ke dalam hutan. Kemudian, raja tersebut ternampak seekor
rusa. Lalu, raja itu menembaknya. Namun, rusa itu masih belum mati. Raja
itu mengeluarkan pisau lalu meyembelih leher rusa itu. Tanpa disedari,
satu jarinya telah terpotong. Lalu, dia mengadukan kesakitannya kepada
penasihatnya itu. Kata raja,"Wahai penasihatku, sungguh sakit yang ku
rasakan akibat terpotongnya jariku ini".
Penasihat itu menjawab dengan
tenang,"Ada hikmahnya, tuanku". Raja mula berang. Dikatanya,"Wahai
penasihat, hikmah apakah yang ada jika jariku terpotong? Tiada hikmah.
Malah aku kehilangan satu jari". Kemudian, raja itu menghumban penasihat
itu ke dalam penjara istananya. Selepas itu, si raja meneruskan
hobinya.