Penonjolan mendadak syarikat-syarikat teknologi dari China telah merubah
industri gajet mudah alih. Jika dahulu bila sebut sahaja Made In China,
tanggapan pertama yang terbayang dalam kepala berkenaan produk
berkenaan ialah barangan rendah kualiti, cetak rompak, murah, tidak
tahan lama dan macam-macam lagi.
Hari berganti hari, persepsi negatif terhadap barangan buatan China yang
sekian lama tersemai dalam fikiran pengguna gajet di Malaysia sejak
akhir-akhir ini berubah apabila munculnya beberapa peranti pintar
canggih dari negara tembok besar itu yang dilihat mampu menyaingi
pengeluar jenama gajet pintar lain di dunia seperti Samsung, Apple,
Microsoft dan lain-lain.
Selain dari teknologi, harganya yang murah dan mampu milik turut menjadi
faktor utama mengapa peranti pintar keluaran syarikat dari China ini
semakin popular mendapat sambutan di pasaran Malaysia dalam masa yang
begitu singkat.
Dalam segmen gajet blog Infoanda.net kali ini, penulis senaraikan
beberapa syarikat gergasi teknologi dari China yang mula berkembang di
Malaysia dengan produk peranti pintar masing-masing.