Home Klik Di Bawah

Jumaat, 31 Oktober 2014

Petua Mengawal Tahap Kolesterol Dalam Darah

Kolesterol ialah bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan. Ia juga ditemui dalam edaran darah manusia. Dua sumber utama kolesterol dalam darah diperoleh daripada pemakanan dan pengeluaran hati.

Dibawah ini terdapat 17 petua untuk mengawal tahap kolestrol dalam darah dengan secara diamalkan untuk aktiviti seharian supaya dapat mengawal secara terbaik.
 

Khamis, 30 Oktober 2014

Ibadah paling mudah

Assalamua'laikum wbt
senyum

Di petang yang hening ni, bertemani titisan-titisan air hujan, aku mengagahi jari jemari untuk menaip sedikit entry utk dipost dalam blog. Dedulu berazam nak post sehari satu entry. Tapi nampaknya azam tinggal azam je. Makin hari, makin kurang post dan makin lama makin kurang update. 

Minggu ni memang agak buzy sesangat...sehinggakan nak minum segelas air pun tak sempat. Hahaha... (poyos je lebih). Minggu depan dah nak start sesi baru untuk pelajar-pelajar. So, tadi berlangsungnya sesi pendaftaran. makanya, semua orang sibuk membuzykan diri sendri melayan para ibu bapa dan juga pelajar-pelajar baru. Dan semangat nak mengajar pun berkobar-kobar...

Haa... sebenarnya ada satu persoalan dibenak aku... Yang meronta-ronta untuk luahkan a.k.a bertanya kepada sesiapa yang sudi membaca coretan diblog ni. 
 

Menarik - Bagaimana Menguatkan Hati Disaat Dia Tinggalkan Saya Tanpa Sebab & Penjelasan

tinggalkan
6 tahun menyulam cinta. Berjanji setia. Akan terus kekal bersama walau apa sekalipun yang berlaku.
Saling menyayangi, saling mengasihi.

Bagi saya, dia sebahagian daripada hidup saya. Antara insan yang terpenting.

You are my other half of my heart.

Tapi bila dia pergi tinggalkan saya tanpa sepatah pesan, tanpa sepatah bicara, tanpa alasan yang pasti, langkah ini seolah-olah rebah.

Hati berkecai lumat jatuh ke bumi.

Rebah. Hilang punca. Hilang segalanya.

Akhirnya, Dia Tinggalkan Saya Tanpa Sebab Dan Sebarang Penjelasan

 

Kenali - Wang Zhengyang, Hacker 13 Tahun Terhebat Dari China.


 Seorang kanak-kanak berusia 13 tahun bernama Wang Zhengyang digelar sebagai anak ajaib kerana mampu melakukan penggodaman pada sistem komputer. Kerana kemampuannya itu, Wang digelar sebagai hacker kecil. Wang yang berasal dari China ini memang sudah melakukan beberapa aksi hack . Dia pernah menggodam sistem komputer di sekolahnya.

Kemudian, Wang juga pernah menggodam sebuah kedai online, lalu menurunkan harga barang di situ. Dari yang semula 2500 yuan menjadi hanya 1 yuan. Untungnya dia tidak bermaksud buruk dan tidak membeli barangan tersebut. Dia terus menghubungi pihak kedai untuk memberitahu ada kelemahansistem keselamatan yang ditemuinya. 
 

Tips - Panduan Guna Minyak Masak


Panduan Guna Minyak Masak

Dalam kebaikan minyak yang ada, terselit juga kemudaratan seandainya digunakan dalam kuantiti yang banyak. Kebaikannya ialah minyak dapat menyalurkan sumber tenaga dengan cara paling mudah. Minyak juga memiliki komponen yang akan membantu penyerapan vitamin seperti DHA, AHA, dab beberapa vitamin lain yang amat penting untuk fungsi otak dan sel membran.
 

Resepi - Kek Span Vanilla

 
Tips akhirnya saya cuba bermain dengan bahannya pulak tapi bahan cecair sebab dari kelas baking yang pernah saya hadiri, bahan cecair harus kurang dari bahan kering (tepung dsbnya) supaya kek tak mendap. Itulah yang saya buat, akhirnya hari ini dapatlah tekstur kek yang saya nakkan sangat selama ni. Suka sangat-sangat. Apa lagi jom semak resepinya. Memang tak banyak perubahan cuma yang saya ubah pada kandungan minyaknya saja. 
 

Fakta Menarik Mengenai Wanita

Fakta-Fakta Tentang wanita

1.Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2.Bila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3.Wanita susah untuk mencari sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayangi (karena itu banyak wanita yang patah hati bila hubungannya putus di tengah jalan).

4.Jika seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di pikirannya walaupun ketika itu dia sedang bersama dengan lelaki lain.
 

Isu Cinta - Berkasih Atau Bersahabat Sahaja



Bolehkah merubah perhubungan dari seorang kekasih menjadi sahabat sahaja? Boleh. Cuba ubah hubungan yang selama ini pasangan kekasih kepada menjadi hubungan persahabatan.

Ketika pilihan ini menjadi satu-satunya pilihan pemutus kerana iman, maka pilih dan beralihlah ke konsep hubungan persahabatan semata-mata. Dan tahukah kita bahawa seorang sahabat akan ikut berasa senang jika melihat sahabatnya senang? Dan sahabat sejati juga tidak akan meninggalkan kita dikala sedang sedih dan dirundung duka. Mereka akan selalu memberi sokongan, bantuan dan bahkan menghulurkan tangan sewaktu kita terjatuh.
 

Rabu, 29 Oktober 2014

Kereta Bantuan Kecemasan Mewah Di Dubai

Swagbulance

Di Dubai kita semua tahu terdapat kenderaan polis yang mewah seperti Lamborghini dan GTR. Kini pekhidmatan bantuan kecemasan juga menggunakan kenderaan mewah berprestasi tinggi Lotus Evora dan Ford Mustang. Kenderaan bantuan kecemasan ini tidak boleh membawa pesakit ke hospital tetapi mampu memberikan batuan awal untuk menstabilkal pesakit. Ia dilengkapi heart monitor, pek bantuan awal dan defibrilator. Ini memang swagbulance. Coming up next lori sampah Ferrari in Dubai. Jangan ketawa kerana ianya mungkin berlaku. Ada urban legend seorang Maharaja India marah dengan Rolls Royce kerana enggan melayan beliau ketika di London. Baginda kemudian membeli kereta Rolls Royce yang kemudian diubah suai menjadi lori sampah di negeri di bawah jajahan baginda. Wasteful vangeance



Amalan Puasa Sunat 10 Muharam


Amalan Puasa 10 Muharam
Amalan Puasa 10 Muharam

Salam 4 Muharam buat semua pembaca. Bulan Muharam adalah diantara bulan yang istimewa didalam Islam kerana keberkatan yang ada didalamnya. Banyak amalan sunat yang kita boleh lakukan untuk memuliakan bulan ini. Salah satu amalan sunat yang disebutkan secara khusus pada bulan Muharram adalah Puasa Sunat Hari Asyura yang jatuh pada 10 Muharram. Puasa Asyura’ merupakan kewajiban puasa pertama dalam islam, sebelum Ramadhan. Setelah Allah wajibkan puasa Ramadhan, puasa Asyura’ menjadi puasa sunat. 

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah SAW bersabda: “Seafdal-afdal puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa dalam bulan Muharram dan seutama utama solat sesudah solat fardu ialah solat 1/3 malam.”   (Hadis Riwayat Muslim r.a.)


Wajah Sebenar Firaun Tutankhamun

 Wajah Sebenar Firaun Tutankhamun
Perincian Bentuk Badan dan Wajah sebenar Raja Tut didedahkan kepada Umum. Melalui Teknologi Autopsi Maya lebih daripada 2,000 imej dihasilkan dari imbasan telah digabungkan. Perincian Fizikal menunjukkan Raja Tut memiliki saiz pinggul yang kecil, bergigi jongang dan berkaki tempang. Kecacatan kaki kiri Firaun Tutankhamun memaksa memerintah Mesir pada tahun ke 14 sebelum Masihi berjalan menggunakan tongkat sepanjang hayatnya.


Teka-Teki Terbaik..Jom Layan!!!



Kalau mengantok bacalah teka teki ni….

Dalam Banyak2 air, air apa yg paling berani? Ha.Ha. Ape bende tu? Kalau nak tahu, jawapannya ialah air kopi.. eh.. eh takdelah jawapan yg sebenarnye ialah air terjun.. sebab dia berani terjun!!!! Ha!!! Ha!!! Ha!!!!!

Banyak-banyak binatang, binatang apa keluar haid… nak tau cari sendiri.. takdok eh..
jwpn: kura-kura..ala tu pun tak tahu…keluar HEAD..saja buat lawak..tak paham jugak. ala kepala le..
 

Kenali -Jenis - jenis makanan untuk elak GOUT

Penyakit gout berlaku disebabkan oleh urik asid yang berlebihan dalam darah. Mendapan kristal urik asid (monosodium urate) pada persekitaran sendi ataupun di dalam sendi menimbulkan keradangan yang boleh menyebabkan sakit sendi.

Metabolisma dan pengendalian urik asid yang tidak seimbang, samada pengeluaran yang berlebihan atau kegagalan buah pinggang untuk menyingkirkannya, mengakibatkan urik asid yang berlebihan.

Selain menggunakan rawatan sakit gout yang bersesuaian, perkara lain yang penting untuk penghidap sakit gout ialah untuk mengelakkan atau mengurangkan makanan yang biasa dikaitkan dengan penyakit gout.


Resepi - Apam Dewa

Ternampak beberapa orang berkongsi status di FB dengan kesedapan dan kegebuan Apam Dewa yang mereka buat. Saya turut teruja nak mencuba., bahannya pula cukup mudah. Jom cuba!
Apam Dewa
 Print Recipe
 

Kenali Bahan Makanan Yang Boleh Digunakan Untuk Mencuci

Tahukah pembaca, terdapat sebilangan bahan mentah yang menjadi makanan setiap hari, sebenarnya bertindak lebih baik daripada bahan pencuci seperti sabun dan peluntur yang dijual di pasaran?

Ya, jangan tak percaya, bahan-bahan tersebut juga sebenarnya digunakan sebagai formula untuk dimasukkan dalam kandungan bahan pencuci pada hari ini.

Namun, untuk keberkesanan berganda, adalah lebih afdal andai ia terus digunakan tanpa dicampur dengan bahan lain. Jimat pun ya!

Buahan seperti lemon dan limau nipis sangat dikenali sebagai agen pencuci kan?

Namun, banyak bahan lain yang boleh menyenangkan kehidupan seharian pembaca andai ia digunakan pada cara yang betul.


Fakta: Memerang tidur diatas air berpegangan tangan

Memerang ialah haiwan yang tinggal berdekatan air. Haiwan ini sebahagian daripada keluarga Mustelidae. Tahukah anda mcm mana memerang tidur? Haiwan ini selalunya tidur di daratan mahupun di dalam air. Seandainya memerang tidur di dalam air mereka akan saling berpegangan tangan. Mereka tidak mahu berpisah apabila dihanyutkan ombak.

romantiknya haiwan ini tidur..




Ebola Penyakit di Akhir Zaman

Serangan Virus Ebola terbaru di Guinea Afrika
Di akhir zaman, kemunculan penyakit-penyakit baru yang aneh dan jarang berlaku. Bahkan dari beberapa penyakit tersebut ada yang masih belum ditemui ubatnya. Salah satunya adalah penyakit yang sangat berbahaya dari Afrika iaitu Ebola.

Ebola. Satu nama virus yang pernah merebak di Afrika suatu ketika dahulu dengan sangat paniknya. Tahap kedahsyatan merebaknya virus Ebola ini pernah diabadikan dalam sebuah filem bertajuk 'Outbreak' yang dihasilkan pada tahun 1995, lakonan Dustin Hoffman dan juga pelakon popular, Morgan Freeman. 
 

KELEBIHAN ILMU BERBANDING HARTA

Assalamu'alaikum W.B.T kepada semua yang masih sudi jenguk-jenguk, intai-intai, jeling-jeling blog aku ni, bersempena dengan mid-term exam bagi subjek Wealth Planning And Management esok, aku nak kongsilah sedikit ilmu yang ada dalam simpanan bahan bacaan aku ni. kisah ini berlaku pada Saidina Ali B. Abi Talib R.A yang ditanya oleh para sahabat tentang kelebihan ilmu berbanding harta. Jawapan yang diberikan oleh Ali B. Abi Talib R.A ialah:

Selasa, 28 Oktober 2014

Pemandangan Laut Mati Dari Udara Yang Cantik

Laut Mati (Bahasa Ibrani: ים המלח; Bahasa Arab: البحر الميت‎) merupakan tasik air masin yang terletak di sempadan Jordan dan Tebing Barat. Pantainya berada di kedudukan serendah 418m di bawah aras laut yang merupakan kedudukan terendah di atas daratan dunia dan juga tasik masin yang terdalam dengan kedalaman 330m. Airnya mempunyai kemasinan kedua tertinggi di dunia selepas Laut Asal di Djibouti dengan kemasinan sebanyak 33.7 %. Ini lebih kurang 8.6 kali lebih masin dari laut biasa. Oleh sebab itu tiada satu pun hidupan yang boleh hidup di dalamnya dan kapal tidak boleh berlayar di atas permukaannya. Tasik ini berukuran 67km panjang dan 18km lebar. Cabang sungai utamanya ialah Sungai Jordan.


Panorama matahari terbenam di Laut Mati(dari Suwayma, Jordan
 
 

4 jenis Ujian Dajjal KeAtas Manusia

Secara ringkasnya, dalam suratul Kahfi, ada 4 jenis ujian yang Dajjal cubakan ke atas umat manusia. Ujian-ujian tersebut ialah:
1. Ujian Aqidah - umat akhir zaman boleh mengambil iktibar dari tindakan pemuda-pemuda yang apabila diasak oleh pemerintah, telah melarikan diri bersembunyi di dalam gua semata-mata kerana berusaha menyelamatkan aqidah mereka. Jika terkepit, demi mempertahankan aqidah, kalau perlu, pergi ke hutan dan gigit kayu sampai mati.
 

info - Kelahiran Pengaruhi Bentuk Kepala Bayi

kepala bayi
 
Apabila melihat bayi baharu lahir, tentu anda pernah tertanya-tanya mengapa bentuk kepala bayi semuanya berbeza. Ada yang berbentuk bulat dan ada yang lonjong. Benarkah proses bersalin mempengaruhi bentuk kepala bayi?

Sememangnya bentuk kepala bayi baharu lahir yang berbeza-beza dipengaruhi oleh proses bersalin yang dilalui oleh ibu. Perbezaan bentuk kepala bayi memang disesuaikan dengan bentuk dan ukuran ketika lahir, saat dia masuk ke laluan kelahiran. Ini kerana tengkorang bayi terdiri daripada beberapa tulang lembut yang belum sempurna.
 

Tips Untuk Berdepan Dengan Ego Lelaki

mike garlington and the "EGO" project
Anda wanita yang mahu memenangi ego seorang lelaki? Hakikatnya lelaki dan ego memang tidak boleh dipisahkan kerana ia memang telah menjadi lumrah alam. Ciri-ciri maskulin ini pasti akan ada dalam diri setiap lelaki yang normal. Ia bukanlah sifat diri yang sengaja dibuat-buat, tetapi memang telah tertanamkan dalam diri setiap lelaki.

Walaupun begitu jika anda wanita yang mahu berdepan dengan lelaki sejati ini tak perlu takut sangat kerana ego lelaki bukanlah bermaksud sesuatu yang negatif semuanya. Kebanyakkan lelaki rasional dan pandai mengendali ego masing-masing.

Selain itu tips dibawah ini juga antara cara terbaik untuk berdepan dengan ego lelaki:


Resepi - Asam Pedas Udang

Assalamualaikum
Masak apa ya tengahari ni? Menu berasaskan makanan laut seperti udang pun sedap juga kan. Kalau jemu masak gulai, masak lemak,sambal tumis atau tomyam, apa kata kita cuba masak asam pedas udang. 

Sebenarnya asam pedas udang ni adalah masakan tradisi dari Aceh, dan bahan asas yang di gunakan adalah asam sunti atau belimbing buluh yang di keringkan dengan garam. Di rumah saya sentiasa tersedia stok asam sunti dan di gunakan dalam masakan asam pedas, sama ada asam pedas ikan tongkol atau asam pedas udang dan membuat pais ikan. Yang menariknya kedua-dua asam pedas yang menggunakan asam sunti ini makin terasa enak bila di panaskan hingga kering sedikit dan di nikmati ke esokan harinya. terasa masam manisnya :)

Jika tak ada asam sunti ni, bolehlah di gantikan dengan air asam jawa, ya :)

 
 
 

Fakta Menarik Tentang Senyuman

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
 
 

Mesti Baca - Madah Jenaka Ustaz Love

Assalamualaikum wbt...
Hahaha tergelak2 sengsorang bila baca tulisan madah dari Ustaz Love ni, adoiii laa, biarpun agak jenaka tapi mesej yang di sampaikan tu memang ada benarnya, ada yang baca tu makan dalam tu hahahaha
Ustaz Love ni memang suka berjenaka, buat madah pun bunyi kelakar hahaha..
memang suka baca tulisan dia..dan kal ni  copy paste untuk kongsi di blog ..
Kowang bacalah, mesti kowang gelak sendiri hahahaha.. 
Tq ustaz love
 
 

Cerita Adam Warren, Bakal Paderi Yang Peluk Islam ( Menarik )

Mynewshub.cc ada menerima kiriman emel daripada bekas pembantu paderi yang kini memeluk Islam dengan nama Adam Warren Fernandez Abdullah menceritakan kisah hidupnya, sebelum mengucapkan dua kalimah syahadah.

Semalam, kami sudah pun melaporkan mengenai dirinya yang kini memeluk Islam selepas mendapat hidayah daripada Allah SWT.

Berikut adalah cerita yang ditulis sendiri dan dihantar kepada Mynewshub.cc berkenaan perjalanan beliau ke arah menerima hidayah Allah seterusnya memeluk agama suci Allah.  - 

Semasa kecil, Impian saya adalah untuk jadi seorang Paderi. Di usia 11 tahun saya sertai sebagai Altar Boy (pembantu Paderi) & begitu kagum dengan Paderi yang saya bantu, melihat dia menguruskan Upacara.


Ahad, 26 Oktober 2014

Keindahan Seni Penghias Botol Kaca Dengan Pasir.


Seni menata pasir di dalam botol telah ada sejak ratusan tahun lalu. Seorang seniman berasal  dari Iowa bernama Andrew Clemens telah membuat banyak karya di bidang itu meskipun ia bermasalah pendengaran .

Kesenian ini bermula Andrew sejak usianya masih tiga tahun. Saat itu, ia mengikuti percutian musim panas dengan rakan-rakan sekolahnya. Andrew secara naluri mengambil pasir yang mempunyai warna berbeza di kawasan Pikes Peak State Park.

Seniman kelahiran 1856 itu memisahkan pasir-pasir yang dikumpulkannya dan menggunakan mereka untuk membentuk gambarnya. Awalnya ia memasukkan pasir pada botol kaca kecil yang biasanya digunakan untuk meletakkan mata  pancing. 


Kisah Benar - Pakcik Jual Cempedak Goreng Ini Amat Menyentuh Hati!

Kisah Pakcik Jual Cempedak Goreng Ini Amat Menyentuh Hati  

Kisah inspirasi ini dikongsikan oleh Syafiq Roos di grup Shah Alam Residents di Facebook. Tidak pasti samada penjual cempedak ini berada di sekitar Shah Alam atau tidak. Namun, cukup teruja bila membaca cerita ini.

Ini cerita Syafiq:


Resepi - Tempoyak Goreng Udang

 
Memang ramai yang letak resepi tempoyak goreng,tapi saya nak juga tulis resepi tempoyak goreng versi saya pula...

Gambar Semasa Pembinaan Eiffel Tower

Menara Eiffel adalah salah satu struktur yang paling terkenal di dunia. Ia telah dinamakan selepas nama Eiffel Alexandre yang merupakan salah seorang engineers menara yang dibina  pada tahun 1888 ini.Kos pembinaan £ 260.000 dengan kebanyakan wang disediakan oleh Eiffel sendiri dan kerajaan Perancis.



Perkara Yang Isteri Harus Buat Untuk Menambat Hati Suami


menambat hati suami
Tahun-tahun pertama perkahwinan adalah tempoh paling bahagia bagi pasangan suami isteri, namun dengan selarinya peredaran waktu, kasih sayang yang dirasakan selama ini dirasakan semakin memudar.

Ada isteri yang merasakan suaminya sudah tidak menyayanginya lagi. Tidak, jangan melulu menyalahkan suami. Mungkin anda jugalah penyebabnya.

Mari kita semak kembali apa yang kebanyakan suami sukakan dan mahukan daripada isterinya. Berikut adalah 17 perkara yang isteri perlu beri perhatian dalam menambat hati suami:


Cerita Lucu Akhir Zaman ( Mesti Baca)


Lucu...
Kalau dulu Rasulullah S.A.W  bersungguh-sungguh sebarkan kalimah Allah pada manusia..
Pada akhir zaman ini kita pula bersungguh-sungguh melarang orang lain dari mempertuhankan Allah S.W.T.

Lucu...

Kalau dulu Rasulullah S.A.W. bermati- matian menyeru agar umat patuh pada aturan Al Quran..
Ulama kini bermati-matian meyeru umat patuh pada perlembagaan..
 

Apabila Matahari Telah Terbit Dari Barat, Masa Sudah Terlambat

Apakah kita mengetahui bilakah akan berlakunya KIAMAT? apa yang pasti tanda-tanda kiamat kecil sudah lengkap dan antara tanda besar akan berlakunya kiamat adalah apabila terbitnya dari tempat tenggelamnya.
Cuba kita bayangkan Pada suatu hari 6:00 am kita bangun solat subuh, kemudian kita bersiap2 utk ke tempat kerja, sampai ofis
jam 7:00 am, hari masih gelap.
Maybe kita anggap hari nak hujan, so abaikan.
 
 

Sabtu, 25 Oktober 2014

Tips - Kenali Sawan Demam Pada Kanak Kanak



sawan 
Sawan (seizure/fit/ convulsion) ialah fenomena akibat perubahan pada gelombang otak yang berlaku secara tiba-tiba. Sawan demam merujuk kepada sawan di kalangan kanak-kanak yang berumur dari enam bulan hingga enam tahun yang demam akibat berlaku jangkitan atau radang selain jangkitan otak dan saraf.

Ia berlaku kepada kanak-kanak yang demam dengan suhu badan mencecah 38 darjah celsius (100.4 darjah Farenheit).

Lumrahnya sawan demam tidak menyebabkan kerosakan otak mahupun menggugat tahap intelektual kanak-kanak.

Kanak-kanak yang mengalami sawan demam tidak diberi diagnos epilepsi. Epilepsi bermaksud kejadian sawan sekerap dua episod atau lebih tanpa demam.


Menakjubkan! Labah-labah Menghasilkan Jaring Labah-labah Menggunakan Batu.


Pengguna Reddit reverseloop mengamati jaring labah-labah yang terbentang di udara dan ditarik dengan batu. Penemuan menarik ini membayangkan semacam bentuk dasar penggunaan alat. 

Tidak jelas bagaimana hal ini boleh terjadi kerana dia secara peribadi tidak menyaksikan proses pembuatan jaring labah-labah. Seperti kita ketahui, untuk membentuk jaring labah-labah, diperlukan titik-titik yang akan digunakan sebagai simpul untuk membentangkan jaring labah-labah.
 

Pekerjaan Pelik Yang Terdapat Di Negara Jepun

Negara yang mendapat gelaran sebagai 'Negara Sakura' ini mempunyai pekerjaan-pekerjaan aneh. Walaupun aneh, namun pekerjaan-pekerjaan ini cukup diminati oleh ramai orang. Berikut adalah pekerjaan aneh di Jepun yang dipetik dari Japan Today.


Info -Senarai Syarikat Gergasi Pengeluar Telefon Pintar Terbaik Dari China

Penonjolan mendadak syarikat-syarikat teknologi dari China telah merubah industri gajet mudah alih. Jika dahulu bila sebut sahaja Made In China, tanggapan pertama yang terbayang dalam kepala berkenaan produk berkenaan ialah barangan rendah kualiti, cetak rompak, murah, tidak tahan lama dan macam-macam lagi.
 
Hari berganti hari, persepsi negatif terhadap barangan buatan China yang sekian lama tersemai dalam fikiran pengguna gajet di Malaysia sejak akhir-akhir ini berubah apabila munculnya beberapa peranti pintar canggih dari negara tembok besar itu yang dilihat mampu menyaingi pengeluar jenama gajet pintar lain di dunia seperti Samsung, Apple, Microsoft dan lain-lain.
 
Selain dari teknologi, harganya yang murah dan mampu milik turut menjadi faktor utama mengapa peranti pintar keluaran syarikat dari China ini semakin popular mendapat sambutan di pasaran Malaysia dalam masa yang begitu singkat.
 
Dalam segmen gajet blog Infoanda.net kali ini, penulis senaraikan beberapa syarikat gergasi teknologi dari China yang mula berkembang di Malaysia dengan produk peranti pintar masing-masing.
 
 

Resepi - Jeruk Mangga Asam Boi

 buat Jeruk Mangga Asam Boi! yang mudah dan .......

Bahan-bahan:
Mangga muda
Asam Boi
Cili Api Merah/Hijau (Baru syiok warna warni)
Gula
Garam
Cara-cara:
Hiris dulu mangga tu dalam bekas. Keringkan tau buah tu. Tak mo ada air-air.
Lepas tu letak gula 2 sudu dan garam secukup rasa. Sebab gula garam ni akan berair dengan buah ni nanti.
Kemudian tabur lada-lada tadi.
Lepas tu letak lah asam boi tu. Godel-godel hah simpan letak dalam botol.simpan 2 hngga  4 jam baru makan

Kronologi Lengkap Peristiwa Hijrah Rasulullah Dari Makkah Ke Madinah

Da`wah Islam ke Luar Kota Makkah
 

Ta’if
Setelah semakin kuat penentangan oleh orang-orang kafir Makkah, Baginda kemudiannya pergi ke Ta’if dengan harapan untuk menyampaikan da`wah. Baginda telah ke Taif pada bulan Syawwal tahun ke-10 kenabian. Jarak Ta’if dari Makkah ialah sejauh 60 batu. Baginda pergi dan balik berjalan kaki dengan ditemani pembantunya, Zaid bin Harithah.

Setiap kali Baginda berjumpa dengan kabilah di jalan, maka Baginda akan mengajak mereka kepada Islam. Namun tidak satu pun kabilah yang menyahut ajakan Baginda. Apabila sampai di Ta’if, Baginda berjumpa dengan 3 orang bersaudara dari bani Thaqif. Ketiga-tiga mereka telah mengejek dan menghina Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam.
 

Cara MELEMBUTKAN Hati Isteri Yang Degil

cara melembutkan hati isteri yang degil 
CARA MELEMBUTKAN HATI ISTERI YANG DEGIL

Doa untuk melembutkan hati isteri. Sudah dinasihati secara lembut tetapi tetap juga tidak mahu mendengar. Tidak tahu teknik menegur isteri yang degil sebegini, suami mula mengambil jalan pintas. Menggunakan alasan tidak mahu mendengar kata, maka isteri diduakan. Jadi bagaimana mahu berdepan dengan sikap isteri yang degil tak dengar nasihat ini?

Menurut pendakwah bebas dan penulis buku motivasi, Ustaz Mohd Fikri Che Hussain kisah degil para isteri ini telah pun berlaku sejak dari zaman para nabi terdahulu. Kisah isteri Nabi Nuh dan Nabi Luth a.s yang mengingkari dan menolak dakwah suaminya, hingga mereka termasuk di kalangan orang yang kufur dan dimurkai oleh Allah diabadikan dalam al-Quran untuk ditatapi sebagai pedoman dan panduan hidup.
 

Cara Mudah Atasi dan Kawal Rasa Takut

Rasa takut akan membuat kita tidak mampu beranjak kemana-mana, takut
meyakinkan kita tidak akan mampu menggapai mimpi, membuat kita berdiam diri dan memisahkan kita dari orang yang dicintai. Rasa takut akan membelenggu kemampuan mengembangkan diri dan membatasi apa yang ingin kita cuba. Hakikatnya, rasa takut ini� membuat kehidupan kita semakin sempit.

Takut adalah berpunca dari respon semulajadi di dalam sistem biologi kita sebagai persediaan tubuh badan untuk mempertahankan diri secara untuk berlawan (fight) atau cabut lari (flight). Ianya adalah petanda (signal) amaran untuk kita bertindakbalas bagi melakukan tindakan yang sewajarnya.
Takut menurut istilah kamus dewan ialah:-

1. gentar (gerun, ngeri) menghadapi sesuatu yg dianggap boleh membahayakan diri:

2. berasa segan dan hormat, takwa: hendaklah kita ~ akan Allah;
 

Keampunan Yang Amat Kita Harapkan Daripada Allah SWT

1-Daku memohon keampunan dari segala dosa yang telah daku lakukan..

2-Daku memohon keampunan dari segala solat Fardhu  yang telah daku tinggalkan..

3-Daku memohon keampunan dari semua insan yang telah daku zalimi..

Selamat Tahun Baru Hijriyah

*

Bulan Muharram ialah bulan pertama dalam kalendar Islam. Bila tiba bulan Muharram maka tibalah tahun baru. 

Bulan Muharram adalah salah satu daripada bulan-bulan Haram.

Larangan untuk melakukan maksiat adalah lebih keras di dalam bulan Haram. Amal kebaikan yang dilakukan dalam bulan Haram akan dibalas dengan balasan yang lebih besar.

Abdullah Ibnu Abbas ra. mengatakan maksiat yang dilakukan di bulan haram adalah lebih besar dosanya dan amal baik yang dilakukan di bulan haram adalah lebih besar pahalanya. (Tafsir At-Thabari)

Menurut Imam al-Razi RH: Maksud al-haram (samada bulan haram atau tempat haram) ialah maksiat padanya dibalas dengan balasan yang lebih berat dan ketaatan dibalas dengan pahala yang lebih besar. (al-Razi, jil.16, ms. 53).


Selamat menyambut tahun baru.  Moga Allah memberkati kita.
lenggangkangkung

Jumaat, 24 Oktober 2014

Misteri pembunuhan Black Dahlia belum terungkai


 Elizabeth Short
PASUKAN polis Los Angeles melalui titik hitam apabila menghadapi suatu kes pembunuhan yang masih belum terungkai sehinggalah ke hari ini.

Kes yang menjadi tabu dalam pasukan polis ini melibatkan pembunuhan ngeri  seorang wanita yang diberi jolokan, Black Dahlia.

Pada 15 Januari 1947, seorang suri rumah, Betty Bersinger menjumpai sekujur mayat wanita muda ketika sedang bersiar-siar bersama-sama anaknya yang berumur tiga tahun di kawasan lapang sebuah taman di Liemert Park, Los Angeles.
 

Gambar yang Sangat Menakjubkan Bila Semut Sedang Menghilangkan Dahaga

Kali ini kita akan lihat gambar-gambar satu lagi makhluk ciptaan Allah yang sangat cantik dan menakjubkan iaitu semut. Gambar-gambar ini semua diambil oleh seorang gadis dari Jepun bernama Miki Asai. Miki bukanlah seorang jurugambar profesional tapi hasil karyanya memang sangat menakjubkan. Semoga anda terhibur.

1410462909_2-640x426  


Tips - Tujuh Emosi Yang Perlu Di Jauhi


Tujuh Emosi Yang Perlu Di Jauhi
Setiap organ dalam tubuh kita memiliki emosi tersendiri. Emosi adalah perasaan yang ditujukan kepada seseorang atau sesuatu sebagai reaksi ke atas sesuatu kejadian. Emosi selalunya berlaku diluar kawal serta berkait rapat dengan fungsi organ. Ketidakseimbangan emosi ini dapat mempengaruhi fungsi organSebagai contoh, kemarahan yang berpanjangan dapat menyebabkan ketidakseimbangan hati serta melemahkan jantung, Kebencian pula boleh melemahkan hati dan otak. Manakala ketakutan boleh melemahkan buah pinggang.
 

Resepi Nasi Minyak Paling Senang Dan Sedap

Assalamualaikum...

Saya gunakan resepi nasi Minyak Jus oren supaya iaya tak muak dan boleh makan banyak..Alhamdulillah licin semuanya...


Picas ni saya snap ngan enpon jer..tak sempat nk snap Nasi Minyak secara solo..ni pun curi2 snap hihiii..
 
 

Kenapa Kita Mesti Tengok Ke Atas ?


 
Wang syiling tiba-tiba jatuh di hadapan seorang lelaki yang sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu, tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama, tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya. Lelaki itu menoleh ke kiri, kanan dan disekelilingnya. Tiada siapa yang berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya. Tidak lama kemudian,lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama,dia mengambil dan menyimpannya.
 
 

Khamis, 23 Oktober 2014

Negara Brunei Mengharamkan Program Sentuh Anjing




Negara Brunei mula bersuara dalam isu Program Sentuh Anjing ini... Pelik pula bila ada yang benarkan program ini dengan pandangan Mazhab Maliki... Jangan jadikan orang Melayu bercelaru dalam masalah furuq berdasarkan pegangan mazhab dengan percampuran mazhab yang pelbagai.

Apa pun Negara Brunei memang lebih perihatin dan memandang serius tentang masalah semasa yang berlaku di negara jirannya.
 

Himpunan Kata- Kata USTAZ AZHAR IDRUS ٠

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...


Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat para pembaca yang saya hormati sekalian.




Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam. 
Mintalah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke syurgaNya dengan iman. Iman, iaitu kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan dengan amalan zahir dan membenarkan dengan hati. Selawat dan salam atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w.

Bagaimana Cara Menolak Cinta Yang Tidak Diundang

 

1 Berterus Terang
 
Sekiranya anda dapati rakan anda baik semacam terhadap anda seperti sanggup menghantar dan mengambil anda ke tempat kerja dan anda hanya menganggapnya rakan biasa, maka anda hendaklah berterus terang bahawa anda tidak menganggapnya lebih dari kawan biasa.
 

Foto pasangan anak kembar Nurul Syuhada

Menerusi rancangan Malaysia Hari Ini di saluran TV3, akhirnya wajah sepasang anak Nurul Syuhada Nurul Ain telah didedahkan kepada orang ramai. Comel sangat-sangat.

Untuk makluman, Nurul Syuhada telah dikurniakan seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan pada hujung bulan September yang lalu. Seorang dilahirkan secara normal manakala seorang lagi secara pembedahan.
 
Maaf kerana kualiti gambar agak kurang memberangsangkan. Ini semua salah TV3 sebab tak buat saluran HD. Hehehe. Seronok plak tengok Nurul Syuhada dapat anak kembar. 
 
Mesti tak menang tangan nak menjaga. Seorang bangun, seorang tidur. Seorang nak susu, seorang nak didukung. Hehehe. Abang Nara dapat bayangkan keseronokan dan keterujaan menjaga kembar.
 
Nurul Syuhada akan bercuti selama 3 hingga 4 bulan untuk menjaga anak kembarnya ini. Semoga si comel 2 orang ini akan membesar dengan sihat sejahtera. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya - 
 

Fakta - Penyakit mental boleh dirawat


PERSONALITI manusia dianggap sesuatu yang tekal dan tidak mudah berubah secara mendadak.

ISU peningkatan pesakit mental di Malaysia yang dilaporkan di dalam media massa baru-baru ini sewajarnya membuka mata kita semua. Satu daripada 100 orang rakyat di negara ini dikatakan menghidap penyakit mental termasuklah skizofrenia.

Walaupun laporan ini mungkin tidak memberikan gambaran yang jelas, terdapat data lain menunjukkan bahawa lebih tiga juta rakyat Malaysia dikatakan sedang menghidap masalah mental.

Kita selalu beranggapan bahawa seseorang yang menghidap penyakit mental ialah seorang manusia gila bahkan berkemungkinan besar tidak mempunyai peluang untuk dirawat. Hakikatnya, penyakit mental merupakan sebahagian penyakit yang boleh dirawat seperti penyakit fizikal yang lain.



Resepi - Aiskrim Tanpa Telur(Mudah dan Sedap)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
 
Lama jugak tak buat aiskrim sendiri.Kebetulan pulak masa tengah dok BW, ternampak e pasal aiskrim yang tak guna telur ni, terus excited nak cuba. Tambah2 bahan yang digunakan pun tak la susah nak cari, semuanya ada di rumah.

Kisah Sungai dengan Pasir

Dari gunung tinggi, sebatang sungai mengalir mengatasi segala rintangan sehingga ia terjumpa padang pasir.

Sungai mencuba melintas dengan pantas. Tapi kesemua airnya lesap bila bertemu pasir.

Padang pasir berbisik pada sungai, “Angin boleh melalui padang pasir, sungai pun boleh.”

Sungai berkata tak boleh. “Setiap kali aku merempuh pasir, kesemua airku hilang dan diresap pasir. Angin boleh terbang sebab itu ia boleh melintasi padang pasir.”
 

Rabu, 22 Oktober 2014

Makanan Tingkatkan Hemoglobin Rendah

Kadang kala ada dalam kalangan wanita hamil yang mempunyai masalah bacaan hemoglobin (Hb) rendah di dalam sel darah merah atau dikenali sebagai anemia. Hemoglobin merupakan pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Oleh itu apabila ibu hamil mengalami anemia, tisu seluruh badan menjadi hipoksia (kurang kandungan oksigen) dan kurang tenaga.

Anemia dikesan melalui ujian darah iaitu apabila paras hemoglobin dalam sel darah merah kurang daripada 11gm/dl.  Cara mengatasi masalah anemia iaitu melalui pengambilan suplemen menambah darah dan pemakanan makanan kaya dengan zat besi.

Pengambilan suplemen yang bersesuaian untuk wanita hamil bermasalah anemia adalah zat besi, asid folik, vitamin C dan vitamin B kompleks. Suplemen tersebut penting kerana kandungan zat besi, B kompleks dan asid folik diperlukan untuk pembentukan sel darah merah. Suplemen vitamin C pula membantu meningkatkan penyerapan zat besi.

Cara Mengatasi Masalah Enjin Tidak Berfungsi

Enjin adalah elemen terpenting bagi sesebuah kenderaan. Namun, ada ketikanya jika tidak bernasib baik, enjin tidak dapat dihidupkan walaupun kunci sudah diputar ke arah start.Ada beberapa kemungkinan kerosakan yang boleh terjadi berdasarkan gejala, sebab dan pembaikan yang boleh dilakukan.


Jika ada masalah dengan sistem pemula (starter), kita perlu belajar cara menghidupkan enjin apabila bateri dan/atau motor starter dalam keadaan rosak. Apabila enjin tidak dapat dihidupkan dengan mudah kerana bateri dan/atau motor starter dalam keadaan rosak, biasanya enjin dapat start dengan prosedur berikut:

Hidupkan enjin dengan menolak kenderaan (untuk kereta manual). Meskipun bateri dalam keadaan lemah, enjin akan dapat dihidupkan dengan cara menolak kenderaan apabila bateri sekurang-kurangnya masih dapat dapat menerangkan lampu besar.
 

Cara Memujuk Supaya Lelaki Masuk Meminang


gambar cincin tunang 
Cara Memujuk Supaya Lelaki Masuk Meminang

Membina sebuah perhubungan cinta mungkin sesuatu yang mudah tetapi membawa hubungan cinta itu ke sebuah perkahwinan mungkin sesuatu perkara yang agak susah. Ramai di antara kita mempunyai teman hidup atau erti kata lain “kekasih hati” namun tidak ramai diantara kita dapat membina sebuah mahligai rumah tangga dari sebuah percintaan itu.

Kepada wanita yang lanjut usianya mungkin fobia dengan keadaan seperti ini. Umur sudah meningkat, hubungan cinta sudah bertahun-tahun tetapi si dia masih tidak memberikan “lampu hijau” untuk meminang. Mungkin tips kali ini dapat membantu anda yang mempunyai masalah seperti “Si Dia Lambat Meminang”.

Antara tips untuk memujuk lelaki masuk meminang adalah: