Home Klik Di Bawah

Khamis, 23 Oktober 2014

Kisah Sungai dengan Pasir

Dari gunung tinggi, sebatang sungai mengalir mengatasi segala rintangan sehingga ia terjumpa padang pasir.

Sungai mencuba melintas dengan pantas. Tapi kesemua airnya lesap bila bertemu pasir.

Padang pasir berbisik pada sungai, “Angin boleh melalui padang pasir, sungai pun boleh.”

Sungai berkata tak boleh. “Setiap kali aku merempuh pasir, kesemua airku hilang dan diresap pasir. Angin boleh terbang sebab itu ia boleh melintasi padang pasir.”
 

“Jika kamu menggunakan cara yang biasa diketahui kamu, kamu takkan dapat melepasi padang pasir. Samada kamu akan hilang atau berhenti menjadi tasik berlumpur. Kamu mesti membenarkan angin membawa kamu untuk sampai ke destinasimu iaitu lautan,” kata padang pasir.

“Tapi macam mana?” tanya sungai.

“Dengan membiarkan kamu diserap oleh angin. Angin boleh berbuat demikian. Ia membawa air, melepasi padang pasir, kemudian diturunkan semula. Turun seperti hujan, kamu akan menjadi sungai semula,” kata padang pasir.

“Bagaimana aku nak tahu kamu tidak menipu aku?” tanya sungai.

“Jika begitu, dan kamu tidak mempercayainya, kamu hanya layak menjadi tasik berlumpur dan itupun akan mengambil masa bertahun-tahun lamanya sehingga pasir tidak dapat lagi menyerap airmu. Hidupmu sebagai sungai akan berakhir dan menjadi tasik berlumpur, air akan busuk dan ia tidak seperti kehidupan seperti sungai,” kata padang pasir itu.

“Tak boleh ke aku kekal sebagai sungai seperti hari ini?” tanya sungai.

“Tak boleh,” jawab padang pasir.

“Bahagian terpenting kamu, wahai sungai, iaitu air, boleh dibawa angin untuk membentuk sungai semula selepas menyeberangi padang pasir. Kamu kena faham kamu dipanggil sungai hari ini kerana kamu tidak mengerti potensi kamu dan kebolehan kamu yang sebenar kerana tidak sedar bahawa komposisi diri sebenarnya ialah air,” tambah padang pasir itu lagi.

Cerita untuk renungan.

Senyum

*Sumber dari mtaqtanwiriah.blogspot.com menerusi detik islam

1 ulasan: