Home Klik Di Bawah

Jumaat, 24 Oktober 2014

Resepi Nasi Minyak Paling Senang Dan Sedap

Assalamualaikum...

Saya gunakan resepi nasi Minyak Jus oren supaya iaya tak muak dan boleh makan banyak..Alhamdulillah licin semuanya...


Picas ni saya snap ngan enpon jer..tak sempat nk snap Nasi Minyak secara solo..ni pun curi2 snap hihiii..
 
 
RESEPI NASI MINYAK JUS OREN
by: linapg.blogspot.com

Bahan-Bahan

  • 1 kg beras (dibasuh dan ditoskan)
  • Air sama sukatan ngan beras (5 pot beras, air 5 pot juga)
  • 1/2 cawan mentega/majerin/myk sapi
  • 1 labu bawang besar (hiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 5 biji bunga cengkih
  • 2-3 kuntum bunga lawang
  • 2-3 biji buah pelaga
  • 2 kiub pati ayam
  • 2-3 helai Daun pandan simpul
  • 1 cawan susu cair )
  • 2-3 sb jus oren sunquick
  • sedikit daun ketumbar/pudina, gajus dan kismis
  • sedikit pewarna kuning

Cara-cara :

  1. Panaskan mentega dan kemudian masukkan bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga bersama bahan dihiris hingga berbau wangi.
  2. Kemudian masukkan daun pandan bersama kiub ayam, air dan susu cair serta jus oren, sedkit gajus dan kismis. (Tinggal sedikit untuk hiasan)
  3. Biarkan mendidih kemudian masukkan beras.
  4. Setelah nasi agak kering,kecilkan api buat lubang dgn belakang sudu,titiskan pewarna kuning
  5. Tutup periuk dan tunggu hingga nasi masak
  6. Setelah nasi masak, gembur2kan nasi menggunakan garfu sambil masukkan daun pudina.Tujuannya supaya dapat membangkitkan aroma.
  7. Bila menghidang taburkan gajus, kismis dan daun pudina sebagai hiasan.
 http://linapg.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan