Home Klik Di Bawah

Rabu, 29 Oktober 2014

KELEBIHAN ILMU BERBANDING HARTA

Assalamu'alaikum W.B.T kepada semua yang masih sudi jenguk-jenguk, intai-intai, jeling-jeling blog aku ni, bersempena dengan mid-term exam bagi subjek Wealth Planning And Management esok, aku nak kongsilah sedikit ilmu yang ada dalam simpanan bahan bacaan aku ni. kisah ini berlaku pada Saidina Ali B. Abi Talib R.A yang ditanya oleh para sahabat tentang kelebihan ilmu berbanding harta. Jawapan yang diberikan oleh Ali B. Abi Talib R.A ialah:



  1. Ilmu adalah pusaka para Nabi sedangkan harta adalah pusaka Karun , Fir'aun dan lain-lain.
  2. Ilmu itu menjaga, akan tetapi harta itu kamu yang menjaganya.
  3. Harta kalau diberikan akan berkurang, sebaliknya ilmu kalau kamu berikan malah akan bertambah.
  4. Orang yang mempunyai harta kadangkala disebut dengan nama Bakhil atau nama yang buruk lainnya, akan tetapi orang yang mempunyai ilmu disebut dengan nama keagungan dan kemuliaan
  5. Orang yang mempunyai harta musuhnya ramai, sedangkan orang yang mempunyai ilmu temannya ramai.
  6. Harta harus dijaga dari pencuri sedangkan ilmu tidak perlu.
  7. Di Akhirat nanti, orang yang mempunyai harta akan dihisab, sedangkan orang yang mempunyai ilmu akan dapat syafa'at.
  8. Harta membuatkan hati seseorang itu menjadi keras, sedangkan ilmu akan membuatkan hati seseorang itu menjadi bercahaya.
  9. Harta akan hancur lebur kerana di telan zaman, akan tetapi ilmu tidak akan rosak musnah walaupun ditimbun zaman.
  10. Orang yang mempunyai harta kadangkala sanggup mengaku dirinya Tuhan , sedangkan orang yang mempunyai ilmu tetap mengaku dirinya sebagai hamba Allah kerana ilmunya."

begitulah serba sedikit lebihnya ilmu berbanding harta, namun harta juga boleh mendatangkan banyak kebaikan terutamanya bila ia disalirkan, sigunakan dan di infaqkan ke jalan ALLAH S.W.T. dengan ikhlas. namun titik tolaknya tetap berbalik kepada ilmu kerana dengan ilmulah kita dapat merancang, mengurus, mengendalikan, mentadbir harta itu.... sekian dahulu... renung-renungkan dan selamat beramal...
 http://nuekzdean.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan