Di akhir zaman,
kemunculan penyakit-penyakit baru yang aneh dan jarang berlaku. Bahkan
dari beberapa penyakit tersebut ada yang masih belum ditemui ubatnya.
Salah satunya adalah penyakit yang sangat berbahaya dari Afrika iaitu
Ebola.
Ebola. Satu nama virus
yang pernah merebak di Afrika suatu ketika dahulu dengan sangat
paniknya. Tahap kedahsyatan merebaknya virus Ebola ini pernah diabadikan
dalam sebuah filem bertajuk 'Outbreak' yang dihasilkan pada tahun 1995,
lakonan Dustin Hoffman dan juga pelakon popular, Morgan Freeman.
Apa itu Ebola?
Ebola boleh disebut EVD
adalah virus Ebolavirus (EBOV), genus virus dan penyakit demam
hemorrhagic Ebola (EHF). Virus demam hemorrhagic (VHF),dengan kata lain
virus ini disebut penyakit demam berdarah virus yang merupakan salah
satu penyakit akibat virus yang paling berbahaya bagi manusia. Badan
Kesihatan Dunia (WHO) menyebut, virus ini menyebabkan angka kematian
sebanyak 90 peratus. Virus ini menular dari desa-desa terpencil di
Afrika Tengah dan Barat. Virus ebola akan menyerang sel hati dan sel
sistem reticuloendothelial serta lapisan kapilari darah sehingga
menyebabkan kebocoran cecair dan protein plasma.
Dalam kajian telah dikenal pasti empat terdapat jenis virus ebola, iaitu:
1. Ebola Zaire: virus
ini dijumpai di Zaire tahun 1976 iaitu tempat pertama kali jangkitan
virus ebola. Virus ini boleh menyerang manusia.
2, Ebola Sudan: virus
ini pertama kali ditemui di bahagian barat Sudan pada akhir tahun 1976
dan menyerang semula pada tahun 1979. Virus ini boleh menyerang manusia.
3. Ebola Reston: virus
ini merupakan variasi dari virus Ebola yang ditemui pada beruk Afrika
yang datang dari Amerika. Virus ini hanya boleh menyerang spesis beruk
seperti monyet, kera, dan cimpanzi.
4. Ebola Ivory Coast:
virus ini ditemui pada tahun 1995 di kawasan pantai Ivory Afrika Barat
di hutan Tai. Virus ini boleh menyerang manusia.
Penyebaran Virus Ebola
Manusia sebenarnya bukan
tempat asal pembiakan virus ebola. Pusat Kawalan dan Prevention (CDC)
berkata sumber penularan adalah dari haiwan. Namun setelah manusia
dijangkiti, penyakit ini boleh berjangkit antara manusiag melalui darah,
liur, lendir, dan pelbagai cecair yang dikeluarkan oleh badan lain. Di
negara-negara diserang ebola, penyakit sering merebak di antara staf
perubatan yang merawat pesakit tanpa pakaian pelindung atau topeng.
Pada Februari 2014,
variasi Virus Ebola ditemui di Guinea. WHO (World Health Organisation)
melaporkan sehingga 23 Julai 2014, sebanyak 1201 kes Ebola telah
disahkan di seluruh dunia, dengan jumlah kematian sudah mencecah seramai
672.
لِكُلِّدَاءٍدَوَاءٌ،فَإِذَاأَصَابَالدَّوَاءُالدَّاءَ،بَرَأَبِإِذْنِاللهِعَزَّوَجَلَّ
"Setiap penyakit pasti
memiliki ubat. Bila sebuah obat sesuai dengan penyakitnya maka dia akan
sembuh dengan izin Allah Subhanahu wa Ta'ala. "(HR. Muslim)
detik islam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan