Home Klik Di Bawah

Sabtu, 25 Oktober 2014

Cara Mudah Atasi dan Kawal Rasa Takut

Rasa takut akan membuat kita tidak mampu beranjak kemana-mana, takut
meyakinkan kita tidak akan mampu menggapai mimpi, membuat kita berdiam diri dan memisahkan kita dari orang yang dicintai. Rasa takut akan membelenggu kemampuan mengembangkan diri dan membatasi apa yang ingin kita cuba. Hakikatnya, rasa takut ini� membuat kehidupan kita semakin sempit.

Takut adalah berpunca dari respon semulajadi di dalam sistem biologi kita sebagai persediaan tubuh badan untuk mempertahankan diri secara untuk berlawan (fight) atau cabut lari (flight). Ianya adalah petanda (signal) amaran untuk kita bertindakbalas bagi melakukan tindakan yang sewajarnya.
Takut menurut istilah kamus dewan ialah:-

1. gentar (gerun, ngeri) menghadapi sesuatu yg dianggap boleh membahayakan diri:

2. berasa segan dan hormat, takwa: hendaklah kita ~ akan Allah;
 


3. berasa bimbang (ragu-ragu, khuatir), gelisah:


4. tidak sanggup (menghadapi bahaya, menanggung derita, dll), tidak berani, kecut:
Apa yang ingin dibincangkan dalam artikel kali ini adalah berkenaan rasa takut yang menjadi batu penghalang kepada perubahan dan kejayaan diri dan cara-cara berkesan untuk mengawal rasa takut.
Perasaan takut telah menyebabkan ramai orang terpaksa menangguhkan dan memendamkan keiginan dan impian mereka. Walau pun mempunyai keinginan cita-cita yang tinggi mereka lenih rela tidak brtindak kerana dibelenggu oleh persepsi lingkungan rasa takut tidak berjaya. Dari awal lagi mereka telah menetapkan pada diri bahawa mereka memang benar-benar tidak mampu melakukan. Mereka hanya berupaya untuk mengeluh nasib mereka yang tidak sebaik orang lain . Padahal mereka belum menguji keupayaan sebenar yang ada dalam diri mereka. Rasa takut telah menyekat potensi diri.

Teknik mudah atasi rasa takut.

1) Bersedia dan lakukan apa yang kita takuti. Lama kelamaan dengan belajar dari kesilapan dan kegagalan juga dari mereka yang telah berjaya akan menjadikan anda seorang yang berani untuk melakukan perkara yang anda takuti. I jump, you jump. Prinsip ini ialah kalau orang lain boleh buat ,saya juga pasti boleh lakukan.

2) Peniruan. Apa sahaja yang anda ingin lakukan tetapi anda takut untuk lakukan maka anda perlu cari role model untuk anda tiru tindakan mereka. Dengan mengunakan kaedah duplikasi maka rasa takut anda akan berkurangan apabila anda ada panduan yang betul untuk melakukan perkara yang anda takuti.

3) Menyedari setiap sesuatu perkerjaan dan perkara berlaku secara proses atau berperingkat-peringkat. Jadi jangan terlalu memikirkan tentang kesempurnaan. Anda perlu bersedia untuk menerima kekurangan diri dan kegagalan sebagai jalan menuju kecekapan seperti orang lain kerana mereka yang anda anggap bagus sebenarnya bermula dari kekurangan. Dengan rasa penerimaan ini akan dapat menghilangkan rasa takut. Bila berlaku kekurangan katakan pada diri anda :saya maafkan anda , saya terima anda dan saya sayang anda.

4) Rendamkan diri anda dengan tenaga positif iaitu dari alam kanak-kanak, alam semulajadi dan alam binatang. Ingat . Semasa anda masih kanak-kanak lagi anda telah berjaya menakluk rasa takut dengan hanya menumpukan matlamat anda iaitu untuk berjalan seperti orang lain. Adakah anda rasa takut? Tidak sama sekali. Anda begitu berani cuba dan terus mencuba sehinggga berjaya. Lakukan tindakan anda seperti sifat kanak-kanak yang hanya mencintai keseronokan dan kepuasan sehingga menenggelamkan rasa takut dalam diri. Dengan memerhatikan tingkah laku kanak-kanak ,anda akan lebih dapat memahami tenaga tersebut. Mereka bebas bergaul dengan sesiapa sahaja tanpa rasa prejudis. Lihat pergerakkan alam bulan, bintang ,pokok air terjun dan sebagainya akan memberikan anda ilham untuk jadi lebih berani. Begitu juga dengan perhatikan tingkah laku haiwan

Sesungguhnya rasa cinta itu dapat menakluki rasa takut.

Tip ini hanyalah beberapa panduan yang dapat dikongsikan. Ada banyak lagi tip yang berkesan akan dikongsikan untuk dipraktikkan.
 http://panduanpercuma.info/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan