Home Klik Di Bawah

Sabtu, 25 Oktober 2014

Cara MELEMBUTKAN Hati Isteri Yang Degil

cara melembutkan hati isteri yang degil 
CARA MELEMBUTKAN HATI ISTERI YANG DEGIL

Doa untuk melembutkan hati isteri. Sudah dinasihati secara lembut tetapi tetap juga tidak mahu mendengar. Tidak tahu teknik menegur isteri yang degil sebegini, suami mula mengambil jalan pintas. Menggunakan alasan tidak mahu mendengar kata, maka isteri diduakan. Jadi bagaimana mahu berdepan dengan sikap isteri yang degil tak dengar nasihat ini?

Menurut pendakwah bebas dan penulis buku motivasi, Ustaz Mohd Fikri Che Hussain kisah degil para isteri ini telah pun berlaku sejak dari zaman para nabi terdahulu. Kisah isteri Nabi Nuh dan Nabi Luth a.s yang mengingkari dan menolak dakwah suaminya, hingga mereka termasuk di kalangan orang yang kufur dan dimurkai oleh Allah diabadikan dalam al-Quran untuk ditatapi sebagai pedoman dan panduan hidup.
 


Lumrah perkahwinan ada dugaannya dan diuji dengan isteri yang degil mungkin sebahagian daripada dugaan buat suami. Boleh jadi ia berpunca daripada sikap isteri  yang kurang matang, terlalu manja, emosional tak bertempat, terlalu cemburu, kerap merajuk, ego dan sombong serta perkahwinan tidak sekufu. Oleh itu bagaimana suami mendidik isteri sebegini. Ikuti tips daripada Ustaz Mohd Fikri.

Nasihati isteri dengan kebaikan

Bagi suami yang ingin membentuk sahsiah dan peribadi isteri yang bersikap sedemikian, nasihatilah isteri dengan kebaikan. Gunakan kata-kata yang baik dan boleh melembutkan hatinya.
Berikan pujian pada setiap kebaikan yang dilakukan. Untuk mencapai matlamat itu, suami perlu menggunakan kata-kata g baik yang boleh melembutkan hati isteri. Wanita gemar jika dipuji. Sebab itulah, suami perlu memuji isteri pada setiap kebaikan yang dilakukan. Jangan sesekali menggunakan kata-kata kesat dan makian yang membuatkan isteri ingat sampai bila-bila
.
Memulau isteri

Ada juga isteri yang tidak suka mendengar nasihat walau dimarahi. Dalam situasi ini suami boleh bertindak memulaukannya hingga ke tahap memukulnya tanpa mencederakannya. Firman Allah dalam surah An Nisa ayat 34 yang bermaksud; “Perempuan-perempuan yang kamu khuatirkan akan nusyuz hendaklah kamu beri nasihat kepada mereka, tinggalkan mereka di tempat tidurnya atau pukullah mereka. Tetapi jika mereka mentaati kamu maka janganlah mencari-cari alasan untuk menyusahkan mereka.”

Tundukkan isteri dengan kasih sayang

Dalam konteks menegur isteri agar tidak terasa hati ini sebenarnya ia tidak perlu pukulan, makian dan pemulauan terhadap si isteri, paling mustahak adalah kasih sayang dalam bentuk nasihat dan tunjuk ajar. Berbincanglah dan berbuallah,dengar rintihannya dan ajaklah dia memahami anda. Isteri adalah manusia biasa yang perlu dibelai dan dipujuk demi mencari bahagia dalam kehidupan.

Latih diri kenali hati budi isteri

Gunakan sebaiknya masa yang ada untuk menegur sikap isteri dan berlatihlah mengenali hati budinya yang positif dan negatif dalam menelusuri ranjau kehidupan. Dalam hal ini, ia merupakan satu usaha yang berbaloi bagi suami dalam membina sebuah rumah tangga yang matang dan bahagia di masa hadapan.

Jangan libatkan orang luar

Ada kalanya keluarga perlu membantu untuk menegur sikap isteri. Tetapi apa yang sebaiknya dalam soal yang remeh ia tidak perlu dicampuri oleh orang lain kerana kebiasaannya rumah tangga yang berantakan ini berpunca daripada campur tangan pihak ‘luar’.

Jangan jadikan ini satu kesilapan dengan membawa orang lain membantu mengatasi masalah rumah tangga kerana mereka juga bermasalah. Cara biasa mereka ingin menghentikan masalah orang lain yang kerap mengganggu hidup mereka ialah ‘memendekkan’ masalah tersebut agar tidak mengganggu kehidupan mereka lagi. Tidak hairanlah separuh kes perceraian yang banyak berlaku di negara kita adalah berpunca campur tangan luar sama ada keluarga, adik beradik, kawan rapat dan orang ketiga.
ammar blog

Tiada ulasan:

Catat Ulasan