Tidak
semua suami dikurniakan wajah dan suara yang berkarisma dan penuh
wibawa yang mampu menaklukan isterinya. Meski seorang suami dinobatkan
sebagai pemimpin, tapi belum tentu dia mampu memimpin isterinya. Bahkan
ada suami yang takut dengan isterinya. Adakah anda termasuk suami takut
isteri?
Banyak faktor yang menyebabkan suami takut isteri. Daripada masalah
kewangan sampai masalah sikap isteri yang terlalu emosional. Ingin tahu
ciri suami takut isteri? Jom, lihat ciri-ciri suami takut isteri yang
berikut:
1. Selalu menuruti permintaan isteri.
Jika ada suami yang selalu menuruti permintaan isteri, boleh jadi dia
adalah suami takut isteri. Sikap penurut suami ini biasanya disebabkan
kerana rasa takut kepada isteri. Takut isteri mengamuk atau melaporkan
kepada pihak keluarganya kadang-kadang boleh membuat suami tunduk pada
isteri.
2. Umur isteri lebih tua dari suami.
Biasanya mereka yang punya isteri lebih tua cenderung menjadi suami
yang hormat dan tunduk pada isterinya. Akibatnya, rasa hormat dan tunduk
tersebut mengarahkan si suami menjadi takut isteri.
3. Anak pertama perempuan.
Banyak orang yang mengatakan, kalau ada pasangan yang punya anak
pertama perempuan itu ertinya suaminya adalah suami takut isteri. Meski
tidak masuk akal, namun kebanyakan fakta membuktikan kalau perkara itu
benar.
4. Gaji isteri lebih tinggi berbanding gaji suaminya.
Perempuan yang mempunyai pendapatan lebih tinggi biasanya lebih
dominan, termasuk dalam hal rumah tangga. Merasa memiliki kuasa yang
besar ke atas gajinya, isteri cenderung lebih mengawal urusan rumah
tangga termasuk mengatur suami. Akibatnya, suami menjadi suami takut
isteri.
5. Isteri penuntut dan cemburu.
Ciri suami takut isteri juga boleh dilihat dari sikap isterinya.
Seorang isteri yang kuat cemburu dan suka menuntut boleh membuat suami
takut isteri. Kebiasaan isteri yang selalu mengawal apa-apa aktiviti
yang dilakukan suaminya jadi petanda kalau dia adalah suami takut
isteri.
Bagaimana, adakah anda juga termasuk suami takut isteri? Lihat saja
kelima ciri-ciri tersebut, jika memang kelima ciri-ciri tersebut ada
pada diri anda, itu bermaksud anda adalah suami takut isteri.
mummynemo
Tiada ulasan:
Catat Ulasan