Raja Tut dilahirkan cacat kerana mengalami masalah genetik kesan dari
hubungan sumbang mahram bapanya, Raja Akhenaten yang menjalinkan
hubungan bersama kakaknya sendiri. Fakta Baharu mengenai Tutankhamun
membuktikan bahawa Raja Tut meninggal dunia disebabkan oleh
masalah kesihatan dan bukan kerana kemalangan ketika menyertai
perlumbaan kereta kuda seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Ahli keluarga sebelum kelahiran Raja Tut semuanya meninggal dunia pada
usia yang lewat, berbanding adik-beradik beliau yang meninggal dunia
awal dan ini berkaitan rapat dengan masalah genetik. Merujuk Ashrafian - Pensyarah Kolej Imperial London
Raja Tut menjadi firaun ketika berusia 10 tahun dan hanya sempat
memerintah selama sembilan tahun sebelum meninggal dunia pada usia 19
tahun. Lakaran wajah Firaun Tutankhamun didedahkan kepada umum setelah lebih 3,300 tahun beliau meninggal dunia.
http://pseudosupra.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan