Rabu, 29 Oktober 2014

Amalan Puasa Sunat 10 Muharam


Amalan Puasa 10 Muharam
Amalan Puasa 10 Muharam

Salam 4 Muharam buat semua pembaca. Bulan Muharam adalah diantara bulan yang istimewa didalam Islam kerana keberkatan yang ada didalamnya. Banyak amalan sunat yang kita boleh lakukan untuk memuliakan bulan ini. Salah satu amalan sunat yang disebutkan secara khusus pada bulan Muharram adalah Puasa Sunat Hari Asyura yang jatuh pada 10 Muharram. Puasa Asyura’ merupakan kewajiban puasa pertama dalam islam, sebelum Ramadhan. Setelah Allah wajibkan puasa Ramadhan, puasa Asyura’ menjadi puasa sunat. 

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah SAW bersabda: “Seafdal-afdal puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa dalam bulan Muharram dan seutama utama solat sesudah solat fardu ialah solat 1/3 malam.”   (Hadis Riwayat Muslim r.a.)


 

Selain daripada puasa hari Asyura (10 Muharam) kita juga sangat dituntut untuk berpuasa pada 9 Muharram, seperti yang telah disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim:

Rasulullah SAW bertanya: “Berpuasa apakah kamu  ini ?”. Jawab mereka, “Hari ini hari besar, pada hari ini Allah menyelamatkan Nabi Musa dan Bani Israil serta menenggelamkan Firaun dengan askar-askarnya. Maka Nabi Musa telah berpuasa sebagai tanda bersyukur kepada Allah kerana itu kami pun berpuasa.” Sabda Nabi SAW: “Kamilah yang lebih berhak mengikut jejak Nabi Musa daripada kamu.” Dari itu Nabi berpuasa dan menyuruh sahabat-sahabatnya berpuasa pada hari itu.”    (Riwayat Muslim dan Ibnu Abbas r.a)
.

Niat Puasa Sunat Muharam

.
Niat puasa Sunat 9 Muharam:
 ..
Niat Puasa Sunat 10 Muharram:

Kelebihan Puasa Sunat Di Bulan Muharram 


Kata Ibnu Abbas r.a.: “Tidak pernah aku melihat Nabi SAW menanti-nanti puasa pada suatu hari yang diutamakan lebih daripada hari lain kecuali hari ini, iaitu ‘Hari Asyura’(10 Muharram), dan bulan puasa iaitu Bulan Ramadhan.” (Riwayat Imam Bukhary dan Imam Muslim)
Daripada Abu Qatadah r.a. berkata: “Bahawa Rasulullah SAW pernah ditanya tentang berpuasa pada hari ‘Asyura (10 Muharram). Baginda menjawab: “Akan dapat mengampunkan dosa setahun yang lalu.”  (Riwayat Imam Muslim)
Daripada Ibu 'Abbas r.a. katanya, telah bersabda Rasullullah s.a.w. maksudnya: "Sesiapa berpuasa pada hari 'Arafah nescaya terhapus dosanya dua tahun dan sesiapa berpuasa satu hari daripada bulan Muharram maka untuknya setiap sehari (mendapat pahala) 30 hari." (Dikeluarkan oleh al-Tabrani) 
blog santai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...